Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Friday, October 26, 2012

BLOG VIEW: PENYOKONG CHELSEA! KERANA TORRES... JANGAN BENGANG DENGAN POSTING INI!

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:29 AM, under ,, | No comments

Salam to all,

Mungkin ada Chelsea fans yang akan terasa bengang atau "bengkerk"dengan post kali ini. Atau mungkin ada yang bersetuju. Apa yang pasti Malaysian Blues cuba untuk sedaya upaya untuk bersikap tanpa ada prejudis dan hipokrit.

Chelsea menerima kekalahan pertama UCL musim ini. Kekalahan pertama UCL sejak tewas 3-1 dengan Napoli dalam saingan pusingan kedua UCL perlawanan pertama musim lepas (we are champion rite...). Kita tewas bukan dengan Real Madrid, Barcelona, AC Milan atau Bayern Munich. Kita tewas dengan Shahktar Donestk, kelab Ukraine. Yup... tiada benda lain yang perlu disalahkan dalam kekalahan ini. Apa yang perlu disalahkan ialah Chelsea itu sendiri. Chelsea tak perlu malu tewas dengan S.Donestk kerana S.Donestk memang satu pasukan yang bagus, lebih-lebih lagi bermain ditempat sendiri. Jika scoreline 2-1 itu dijadikan ukuran, yup... Chelsea tewas tipis, tetapi itukah realitinya? Apa yang patut dikesalkan adalah persembahan Chelsea malam itu (pagi itu). Persembahan yang mengingatkan kita dengan perlawanan menentang Atletico Madrid awal musim ini (baca sini...).


Ok Blues sekalian. Minit ke 70, Shahktar Donestk 2 - Chelsea 0. Bila RDM akhirnya membuat keputusan mengeluarkan Torres dan memasukkan Sturridge, Malaysian Blues ikhlasnya adalah orang yang paling merasa agak lega. Akhirnya... RDM nampak apa yang fan nampak. Be honest, Malaysian Blues peminat Torres. Tetapi Malaysian Blues tak mahu terus bersikap hipokrit. Masanya telah tiba....

Fernando Torres. Pemain yang mempunyai tag 50 juta pound. Hakikatnya, sejak ketibaannya dari Liverpool pada musim perpindahan Januari 2010/11, Torres sebenarnya telah gagal untuk membayar balik jumlah bayaran yang dikeluarkan untuknya. Malaysian Blues mahu tanyakan dengan penyokong The Blues, adakah Torres telah/pernah mencapai semula form yang menjadikan dirinya yang terbaik satu masa dahulu?


Jujurnya, Malaysian Blues terpaksa mengakui Torres sememangnya telah/pernah memberikan persembahan baik. Tetapi kita sebenarnya tidak pernah melihat Torres sama seperti dia bersama Liverpool. Apatah lagi lebih baik daripada itu. Apa yang dia telah lakukan untuk mendiamkan mulut pengkritik-pengkritiknya. Apa yang dia telah sumbangkan untuk penyokong-penyokong yang mempertahankannya selama ini? Hakikatnya... apa yang dapat diperkatakan, apa yang dilihat tidak begitu. Torres kembali kepada asalnya... "over-rated" player sejak Chelsea memilikinya.

Dalam 3 perlawanan terakhir Chelsea (Malaysian Blues tidak terlepas menyaksikannya), Torres SECARA KONSISTEN langsung gagal untuk melakukan satu rembatan tepat (shot on goal) atau rembatannya yang lemah entah kemana-mana. Setiap kali dia menerima bola, Torres akan cuba mengelecek round in circles hinggalah pihak lawan merampas bola darinya. 

Jangan salah faham, Malaysian Blues masih fikirkan dia adalah pemain yang baik yang bekerja keras untuk pasukan TETAPI Chelsea tidak mengeluarkan 50 juta pound untuk dia bekerja keras dan membantu atau assist untuk mendapatkan gol setiap masa. Kerana itulah hari ini kita punya Juan Mata, Hazard dan Oscar (dan Marin, Moses). Kehadiran mereka untuk supply Torres untuk menjaringkan gol. Torres dibeli untuk menjaringkan gol. Itulah kerja striker.


Dalam banyak keadaan kadangkala Torres seperi tidak ada dalam perlawanan. Dia kadangkala menjadi enigma yang mencukupkan jumlah 11 pemain di padang kerana kita tak punya yang lain? Persembahannya ketika menentang Spurs dan S. Donestk sebenarnya telah memberikan idea bahawa masanya telah tiba. Sokongan peminat ke atasnya cukup sempurna sejak sekian lama. Menentang Spurs & S.Donestk, sentuhan pertama yang teruk, very bad touches, dilihat seperti kaku dan kekok, aksi-aksi seorang striker yang langsung tak dapat dilihat. Berapa kali situasi one on one yang mudah dipatahkan.. Apatah lagi gol walaupun punya seribu macam peluang... Satu ketika pergerakannya nampak menjadi tetapi akhirnya tidak. Akhirnya Torres seperti tidak berfungsi dan kemudiannya hilang dalam perlawanan sehinggalah dia dikeluarkan oleh RDM.

Apa yang selalu Malaysian Blues katakan? Yup.... Torres akan kembali. Torres akan kembali... Torres akan mendapatkan formnya semula. Musim ini musim Torres. Torres akan menjadi mesin gol untuk Chelsea. Tetapi... itu masih tidak berlaku... bukan seminggu dua... sejak lama. Supply dan lorongan bola yang dia dapat dari Mata, Oscar dan Hazard bukan calang-calang bola... bola yang sepatutnya berakhir di sebelah dalam jaring gol pihak lawan.  Jangan kita fikirkan pemain lain tidak frust... Jangan kata anda tidak frust! Bila gerakan cantik Hazard, Mata dan Oscar ditamatkan dikaki Torres. Atau mungkin selepas ini MACAZAR takkan mahu melorongkan bola untuknya... kerana apa? anda tahu kenapa... Cukup frust.... cukup frust bila melihat seorang pemain bekerja keras untuk pasukan tetapi dia tiada ditempatnya ketika diperlukan.

Sukar untuk diucapkan tetapi inilah yang perlu dilakukan. FOR THE SAKE OF THE BLUES... INILAH MASANYA.. Adakah Torres mendengar? Bring back yourself... Now! Or else...

RDM... please be brave... Sturridge, Moses, (Lukaku on loan, Piazon jika adalah...). Mengapa tidak dicuba? Nothing to lose. Samaada RDM lakukan sekarang atau Chelsea yang akan menangis kemudian hari atau RDM akan kehilangan kerjanya. Please be brave. Bagi Malaysian Blues... musim perpindahan Januari ini adalah masanya. Harap tuan RA sudah nampak perkara ini dah ada dalam kepalanya. Kita perlukan seorang striker yang mampu menjaringkan gol week in week out. Yang akan menjaringkan gol pertama dalam perlawanan yang diikuti pemain lain. Yang digeruni pihak lawan. Yang akan membawa "FEAR FACTOR" kepada pihak lawan. Jika duit bukan isunya.... then bawa seorang striker yang mampu. Whatever its cost! Bring me Falcao... (baca sini..)


MALAYSIAN BLUES - Last but not least ~ come la Chelsea, bring on Falcao (or else).

Malaysian Blues note: 
Bolehkan anda imagine apakah yang dapat dilihat jika Drogba atau Falcao atau mungkin Willian berada di posisi Torres ketika menentang S. Donestk? Malaysian Blues tak mahu imaginekan... APA KATA ANDA?  - Selamat Hari Raya Aidil Adha. Keep the blue flag flying high...

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE