Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Sunday, October 14, 2012

MALAYSIAN BLUES: PLAYER OF THE DAY ~ OSCAR 11

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:26 AM, under ,, | No comments

Salam to all,

2012. Pemain midfield paling lengkap dalam aksi bolasepak moden mungkin bukan seperti yang anda sangkakan. Ianya bukanlah Iniesta, Xavi maupun Sneijder tetapi "budak" Brazil yang baru berusia 21 tahun milik Chelsea, Oscar dos Santos Emboaba Junior. Pemain ini lahir 9 September 1991. Ketika dia menangis untuk menyusu, Malaysian Blues ketika itu sedang bersedia untuk mengambil peperiksaan SPM. Hahahaha.

I am Oscar...

Oscar yang mengambilalih no 11 Drogba adalah pemain midfield paling lengkap dalam era bolasepak moden hari ini. Oscar adalah seorang pemain yang agak kecil fizikalnya tetapi memiliki bakat magik yang mungkin dalam tempoh sedekat akan muncul sekali. Bakat yang pernah dipamerkan Kaka dan juga Zidane sebelumnya lagi. Yup... kenyataan ini mungkin berlebih-lebihan tetapi bagi Malaysian Blues, Oscar mempunyai satu potensi yang memungkinkan dia menjadi lebih hebat berbanding Kaka mahu pun Zidane. Setuju? Terpulang...

Secara taktikalnya Oscar cukup versatile yang mana dia mampu beraksi dimana sahaja bahagian midfield. Katakan sahaja... centre midfiled, no. 10 atau bermain di bahagian tepi. Untuk Chelsea ketika ini, Oscar telah bermain dalam beberapa posisi termasuk sebagai attacking midfielder kanan dalam formasi RDM 4-2-3-1 dan juga di posisi double pivot. Dalam situasi-situasi tertentu, ketika dimasukkan sebagai pemain gantian, Oscar memainkan peranan pemain no. 10 yang mana posisi biasanya bersama Brazil. Apa juga posisi yang diletakkan dia bermain, dia cukup tenang bila bola dikakinya, mempunyai sentuhan pertama yang baik seperti yang ditunjukkan dengan gol menarik ketika menentang Juventus bulan lalu. Kita tahu dia mempunyai satu teknik ledakan bola yang cukup menarik. Apa yang sebenarnya paling dikagumi tentang Oscar? Oscar mempamerkan kematangan yang cukup mengkagumkan dalam permainan. Pemain berusia 21 tahun ini bermain seolah-olah seorang pemain berusia 35 tahun yang penuh dengan pengalaman. Kita lihat apa yang dia persembahkan dalam perlawanan menentang Juventus.


Yup, dia menjaringkan 2 gol dan salah satunya pasti menjadi calon bagi gol terbaik Champions League musim ini. Dia juga mempamerkan persembahan taktikal yang cukup berkesan. Dalam perlawanan itu, Oscar diberikan peranan untuk membuat marking ke atas Pirlo. Apa yang dapat kita lihat kehadiran Oscar sememang menutup banyak ruang untuk Pirlo bergerak dan bola hantaran yang menuju ke Pirlo banyak disekat olehnya. Apapun, kerja defensive Oscar ini sebenarnya sebahagian kecil sumbangannya kerana kelebihan dalam mengatur serangannya lebih istimewa.

Dalam bolasepak moden ketika ini, permainan biasanya dinilai dari pandangan yang lebih tertumpu kepada segi pemainan offensive. Seorang striker dinilai dengan gol yang dijaringkan dan seorang midfield dinilai daripada percaturan menghubungkan bahagian pertahanan dan serangan serta assist yang dihasilkan dalam menjaringkan gol. Oscar memberikan kita satu dimensi yang menarik kerana bakat yang ditunjukkan ketika mengatur dan membuat serangan. Oscar adalah pemain yang mencipta lorongan bola tepat dan menghubungkan pemainan dibahagian midfield dan serangan. 


Satu hal yang Oscar mampu buat yang tidak banyak pemain ketika ini boleh lakukan ialah dia mampu berada dalam kedudukan yang jauh kebawah dan kemudiannya sepantas kilat memastikan bola dikakinya sampai ke bahagian serangan. Contoh yang baik kita lihat ialah seperti Frank Lampard. Frank Lampard biasanya akan memperlahan rentak dan membuat hantaran side to side dan tidak menhantarnya ke hadapan. Oscar tidak melakukan sebegitu. Oscar akan mengambil bola dari posisi yang jauh ke bawah dan serta merta membawa bola ke hadapan secepat yang mungkin. Tindakan taktikal ini akan memberikan satu igauan buruk kepada pasukan lawan kerana akan menyebabkan mereka terpaksa berhempas pulas untuk kembali ke kawasan mereka tanpa "rehat". Tambah lagi dengan cara pergerakkannya amat mengelirukan pihak lawan. Setiap kali Oscar membuat hantaran atau lorongan, dia serta merta akan bergerak disekeliling pemain lawan yang menjaganya untuk menerima bola itu kembali. Ini akan menyebabkan keletihan kepada lawannya dan menyebabkan agak mustahil untuk seseorang pemain lawan membuat marking ke atasnya. Oscar akan sentiasa bergerak dengan bola atau tanpa bola dan mengheret pemain pertahanan lawan keluar dari posisi mereka. Ruang kosong akan tercipta dan ini akan memberikan pemain lain untuk melakukan larian menerima bola. Kelebihan inilah yang ada pada Oscar yang menjadikan kesukaran kepada pertahanan lawan. Inilah yang membuatkan dia sebagai seorang pemain midfield yang lengkap dalam era bolasepak moden ini.


Secara mudahnya, Oscar mampu lakukan segalanya. Dia boleh mencipta gerakan menyerang, dia boleh bertahan dan dia boleh menjaringkan gol. Kebanyakan midfield punya 1 atau 2 daripada ini tetapi tidak kesemuanya. Kita takkan lihat Wesley Sneijder bertahan atau Xavi menjaringkan banyak gol dalam open play. Oscar yang kita miliki ini adalah pemain yang mempunyai bakat yang mungkin muncul sekali dalam 1 dekat. Apa yang menariknya,... dia hanya berumur 21 tahun sahaja ketika ini. Kita tunggu dan lihat bila mana  tiba masanya nanti Oscar akan sampai tahap yang cukup "peak" dalam potensi dan bakatnya, dia mungkin akan pasti lebih baik dari Kaka ataupun Zidane. Apa yang pasti... Chelsea dan Brazil cukup bertuah memilikinya.

Keep it up Oscar!'


Malaysian Blues - The Chelsea FC





Berikan komen anda...




Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE