Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Monday, October 22, 2012

MALAYSIAN BLUES: STILL CELEBRATING JUAN MATA & RDM ~ SPURS 2 vs CHELSEA 4

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 2:51 AM, under ,,,,,,, | No comments

Salam to all...

Salam 3 points White Hart Lane. Not an easy place to play but we show how to play there. Spurs 2 - Chelsea 4. The scoreline spoke itself. Hahaha...

JUAN MATA!
Apa yang boleh disembangkan tentang game semalam. Banyak yang boleh disembangkan. Berhati-hati, nanti timbul bongkak. Malaysian Blues masih dalam mood Chelsea. Semalam tak sempat nak posting apa-apa. Game semalam? Terbaik. Perlawanan yang menjadi tumpuan semalam. Pundit dan cerita-cerita di internet melabelkan pertemuan ini sebagai AVB vs Chelsea. Kepada yang katanya berkecuali nampak sangat mengharapkan Spurs akan menumbangkan Chelsea semalam. Rasanya mereka dah prepare cerita untuk dipublish jika Chelsea kecundang semalam. Media-media terutamanya di UK pasti mengharapkan headline panas yang mana AVB menumbangkan Chelsea dan cerita-cerita sensasi pembalasan dendam AVB kepada Abramovich sudah siap untuk dipublishkan. Apa yang pasti, hasil dari perlawanan ini sebenarnya lebih daripada 3 mata, tak kiralah apa yang RDM atau AVB katakan dalam press conference. Bagi fans Chelsea ataupun Spurs, perlawanan ini adalah perlawanan yang paling tidak mahu sekali berkesudahan dengan kekalahan.

The Blues 1st Eleven...
Bagi Malaysian Blues, kadangkala tertunggu-tunggu untuk melihat bagaimana RDM akan merencanakan kesebelasan utama. Dan sekarang rasanya, RDM sebenarnya sudah pasti dengan kesebelasan utamanya untuk perlawanan penting Chelsea. Cech, Terry, Ivanovic, Cole, Luiz, Mikel, Ramires, Mata, Hazard, Oscar dan Torres. Inilah 1st eleven Chelsea. Untuk vs Spurs semalam, Cahill menggantikan Terry yang memulakan penggantungan 4 perlawanannya. Malaysian Blues rasakan, sebarang pertukaran atau perubahan ke atas 1st eleven ini akan hanya dilakukan atas sebab-sebab kecergasan dan kesediaan pemain untuk beraksi. Bergantung kepada lawan, rotation mungkin akan dilakukan.

Lampard! Yup, Lampard tidak lagi dalam kesebelasan utama Chelsea. Jelas sekali. Tiada Lampard dalam kesebelasan utama. Dalam beberapa perlawanan penting setakat ini... Newcastle, Juventus, Arsenal dan Spurs. Hakikat bagi semua Blues fans, hari dimana Lampard sebagai regular starter telah berakhir. Mungkin sukar untuk mengagak bagaimana RDM sampaikan hal ini kepada Lampard tetapi apa yang dapat Malaysian Blues rasakan, RDM telah memilih kesebelasan utamanya untuk Chelsea ketika ini.


Jangan lupa, bila RDM memenangi Champions League dan FA Cup musim lepas, dia melakukanya dengan pemain-pemain otai Chelsea. Pemain-pemain otai inilah yang memberikan kejuaraan untuknya. Dan inilah yang memberikan RDM kerja yang sedang dilakukan ketika ini. Mungkin mudah untuk menjangkakan yang RDM akan membalas jasa pemain-pemain senior dengan terus menggunakan mereka. Tetapi dengan skuad besar dan barisan muda yang cukup matang yang dimiliki Chelsea, RDM sememangnya berhak untuk menentukan yang terbaik untuk Chelsea.

Apapun, RDM masih perlu menguruskan dengan berhemah situasi dengan Lampard. Ironinya, Lampard yang diletakkan di bangku simpanan ketika dibawah AVB, semalam masih berada di bangku simpanan ketika RDM bersalam dengan AVB. Dan apa yang Malaysian Blues rasakan, Lampard sedar dan menerima hakikat ini. Dan tiada pemberontakan dalaman seperti AVB hadapi dulu. Apa yang kita amat pasti RDM sebenarnya cukup bijak menjalankan tugasnya. Keupayaan Lampard bukanlah teruk tetapi hakikat yang kita kena terima ialah, kesebelasan yang dipilih RDM adalah yang terbaik untuk Chelsea ketika ini. Lampard mungkin satu masa takkan berada langsung di bangku simpanan. Kebijaksanaan RDM bagaimana kaedah atau approach dalam menghadapi situasi sebegini. Situasi yang melibatkan pemain senior dan lagenda kelab seperti Frank Lampard.

The Boss!
Malaysian Blues hari ini tabik spring dengan RDM. RDM layak untuk diberikan kredit yang baik untuk apa yang telah dia lakukan setakat ini dan bagaimana dia menguruskan bolasepak, pemain dan media. RDM seperti seorang diplomat yang lengkap yang cukup gentleman ketika berkomunikasi. Tak kira apa situasi dalam dan luar padang, RDM telah melakukan respond yang sepatutnya dilakukan. Apa yang dapat kita lihat, penghormatan telah diberikan kepadanya dari kelab, penyokong the Blues dan setiap pemain. Inilah sebenarnya yang membuatkannya mudah dalam menangani isu dan keputusan-keputusan yang mungkin sensitif seperti meletakkan Lampard di bangku simpanan dalam perlawanan yang cukup penting.

MALAYSIAN BLUES: Bravo Roberto di Matteo!

Ok Blues, kembali kepada perlawanan semalam. 3 mata yang cukup penting untuk kita. Dan yang pasti kita lakukanya di arena lawan. White Hart Lane bukan tempat yang mudah. London derby yang bukan mudah. Dengan Spurs yang kita tahu kelebihannya adalah kepantasan, Malaysian Blues mulanya sedikit tertanya-tanya mengapa RDM tidak menggunakan Bertrand yang pantas dan mampu bertindak sebagai defensive midfield untuk melayan kepantasan Spurs. Tetapi perlu diakui jika ini dilakukan, RDM terpaksa mengorbankan salah seorang antara Mata, Hazard atau Oscar. Maka, RDM menurunkan barisan terkuatnya dengan hanya memasukkan Cahill sebagai ganti Terry. Inilah barisan terkuat Chelsea ketika ini. Di pihak Spurs, Bale dan Dembele tak main 1st eleven. Dembele injured. Bale entah ke mana. Peduli apa... hahaha.

Goal 1. Cahill.
Perlawanan semalam, peluang terbaik mula-mula dapat kepada Spurs (Gallas) tapi Malaysian Blues tahu, bila sekali masanya kita mula mengawal keadaan, kita akan mula menguasai permainan. Itulah yang berlaku. Separuh masa pertama sememangnya milik Chelsea. Tiba penghujung separuh masa, Chelsea leading dengan 1 gol. Gol Cahill minit ke 17 cukup marvelous! (mem kat sebelah tegur, baby kecik terkejut bila tiba-tiba Malaysian Blues bersorak dengan gol ni...). Volley yang kencang dan terbaik dari Cahill. Dan Chelsea menguasai sepenuhnya permainan separuh masa pertama. Mikel beraksi cukup baik disamping Ramires. Sekarang kita tahu Ramires adalah pilihan terbaik untuk beraksi disamping Mikel diposisi holding midfield. (baca posting sebelum ini Ramires stay di tengah?). Ramires dilihat semakin konfiden dan memperlihatkan gandingan yang baik bersama Mikel.




Bermula separuh masa kedua, macam biasa, kita menunggu gol kedua dari Chelsea. Mendahului 1 gol dengan Spurs di White Hart Lane belum cukup selamat. Spurs seperti Arsenal, pasukan yang mempunyai konfiden. Bila mereka dapat gol, mereka akan dapat lagi dan semakin berbahaya. Apa yang tak mahu kita lihat akhirnya jadi juga. Spurs menyamakan kedudukan dan mendahului Chelsea dalam tempoh 10 minit selepas perlawanan disambung. Gol dari Gallas sememangnya tak patut. Pertahanan Chelsea gagal menguruskan hantaran lintang yang berpunca dari sepakan percuma dan Gallas seperti tak dikawal membuat sentuhan masuk. Ketika inilah kita ingat betapa pentingnya kehadiran Terry untuk melayan hantaran lintang pihak lawan.

Sebaik sahaja Spur menyamakan kedudukan, gol kedua mereka menyusul. Defoe menyempurnakan hantaran dari larian pantas Lennon untuk mereka mendahului. Kita lihat, betapa ketika ini stadium bergemuruh. Sokongan tuan rumah semakin menggila. Pemain Spurs semakin bersemangat. Macam biasa AVB punya celebration... seperti dah menang piala. 


Not this time brader! Hahaha...
Ok. 2-1 dibelakang Spurs. Di White Hart Lane. Inilah masanya kita melihat karakter sebenar pemain-pemain Chelsea. Kita mula memikirkan keupayaan teknikal dan sumber kretiviti pemain-pemain Chelsea. Aduhhhh... Memang tersentak! tapi masa panjang lagi. Malaysian Blues katakan kepada anak sulung.. "ko tengok macamana Chelsea bagi balik lepas ni". Mem sudah gelak-gelak.


Sebaik sahaja selepas itu, apa yang dapat kita lihat? Chelsea "winning spirit" dan "never say die"! Chelsea memulakan semula asakan. Yup, nampak Chelsea mengambil risiko dan membuka ruang tetapi Chelsea sememangnya memerlukan gol penyamaan ketika ini. Tak lama. Penyamaan tiba juga. Hantaran lintang yang cukup bahaya dari Oscar di keluarkan serta merta oleh Gallas dan bola tiba di kaki Juan Mata. Juan Mata kali ini tidak mensia-siakan peluang. Rembatan leretnya meluru ke sudut kiri gol Spurs. Freidel lansung tak bergerak. Spurs 2 - Chelsea 2. Masa ada setengah jam lagi. So, Chelsea mesti balik ke Stamford Bridge dengan 3 mata penuh.


Man of the Match. Juan Mata 10.
Inilah Chelsea. Gol ketiga cukup menarik. The best of Juan Mata & Co. Bermula dari Oscar kepada Mata. Mata membawa bola dan pass ke Mikel. Mata terus berlari. Mikel ke Hazard. Hazard first touch.... lorongan cantik kembali ke Mata yang menunggu dan gol yang cukup brilliant. Gol ini cukup memperlihatkan bagaimana rupa sebenar Chelsea 2012/13. Gol dari gerakan yang cukup menghiburkan. Chelsea kembali didepan. Spurs 2 - Chelsea 3.

Apa yang pasti, kita menunggu killer goal untuk perlawanan ini. Minit-minit akhir cukup penting. Jika Chelsea leka dan Spurs berjaya menyamakan kedudukan so no celebration untuk Blues. Memang killer gol sememangnya penting ketika ini. Sekali lagi Mata menjadi penjananya. Dari gerakan yang cantik dari Mata, Sturridge mudah melakukan tap-in untuk terus menutup mulut AVB dan penyokong Spurs (juga penyokong rival lain). White Hart Lane. Full time. Spurs 2 - Chelsea 4. MARVELLOUS WIN!



Kekal dipuncak liga. 22 mata dari 8 perlawanan masih tidak menjadikan Chelsea favourite untuk menjadi juara musim ini dimata sesetengah orang tetapi pasti membuka mata kepada pengkritik dan Chelsea haters untuk senyap. Malaysian Blues menunggu next EPL game next week. Manchester United. Yup... top of the table clash. Jika Chelsea menang perlawanan ini, so secara rasminya Chelsea menjadi "team to beat" musim ini. 

Enjoy highlight video (sementara boleh tengok lagi):




Come on Blues! Keep the Blue Flag Flying High! Next match tengah minggu ini - Shahktar Donesk away match Champions League.

Chelsea: Cech, Ivanovic, Cahill, David Luiz, A.Cole, Mikel, Ramires, Mata, Oscar (Sturridge), Hazard (Lampard), Torres. Sub: Turnbull, Azpilicueta, Bertrand, Romeu, Moses


Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE