Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Tuesday, January 31, 2012

MALAYSIA JUARA (REPUBLISH)

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:50 AM, under ,,,, | No comments

NOTA BLOG DARI STADIUM:
Post ini adalah post pertama di BLOG DARI STADIUM... dipublish semula buat kenangan dan penawar duka! KITA SEBENARNYA ADALAH RAJA DI ASIA TENGGARA)


29 Disember 2010. Masih anda ingat lagi?

Selepas menang 3-0 ke atas Indonesia di Kuala Lumpur dalam pusingan pertama perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010di Stadium Bukit Jalil, skuad Harimau Malaya berkunjung ke Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta untuk perlawanan pusingan kedua. Berbekalkan kelebihan jaringan yang agak selesa pada perlawanan pertama, seluruh rakyat Malaysia seakan sudah berpesta awal untuk menjuarai piala AFF Suzuki buat kali pertama.

Bekal 3 gol yang selesa bukan jaminan untuk perjalanan yang selesa. 90 minit yang bakal ditempuhi di Jakarta sememangnya amat berliku. Seingat kawan, tidak pernah dalam sejarah bolasepak dunia pasukan pelawat dibawa menaiki kereta perisai dari hotel penginapan ke stadium untuk perlawanan. Tapi itulah yang berlaku. Penyokong skuad Indonesia seakan tidak mampu menerima kekalahan mereka di Kuala Lumpur. Provokasi dan pelbagai kata-kata yang tidak sedap didengar sebagai perang psikologi kepada pasukan Malaysia. Stadium Bung Karno gegak gempita dengan ribuan penyokong Indonesia.
Hendak dijadikan cerita, skuad Harimau Malaya memulakan misi untuk Piala AFF Suzuki 2010 dengan langkah kiri setelah tewas 1-5 kepada Indonesia pada perlawanan pertama. Selepas itu, pelbagai cemuhan dari peminat bolasepak negara berkumandang seperti biasa. Harapan yang sekian lama untuk melihat kebangkitan bolasepak negara di persada antarabangsa seakan mimpi kosong. Namun begitu, sentuhan ketua jurulatih K Rajagopal sesuatu yang sememangnya menakjubkan. Semangat dan strategi kembali. Selepas tamat pusingan kumpulan, skuad negara berada di kedudukan kedua kumpulan untuk bersama Indonesia ke separuh akhir.

Pusingan separuh akhir menemukan Malaysia dengan bekas juara 2008 Vietnam. Pasukan Indonesia pula bertemu pasukan surprise Filipina. Semangat pasukan negara semakin memuncak. Inilah masanya yang terbaik untuk kegemilangan bolasepak negara kembali semula. Di seluruh pelusuk negara, rakyat tidak kira bangsa dan umur bercerita tentang kebangkitan ini. Pusingan pertama Malaysia-Vietnam di Stadium Bukit Jalil menceritakan segalanya. Stadium yang sekian lama sunyi penuh dengan warna kuning. Barisan muda negara mempamerkan semangat juang yang tinggi dan menewaskan Vietnam 2-0. Dua gol penyerang Safee Sali cukup untuk bekalan ke Vietnam. Di Vietnam, kita berjaya mengekang asakan mereka untuk dan melangkah ke perlawanan akhir bertemu Indonesia yang menewaskan Filipina.


26 Disember 2010, Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. AFF Suzuki Cup 2010. Pusiangan pertama. Malaysia vs Indonesia.
Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi saksi ribuan peminat bolasepak negara kembali mengisi setiap inci ruang yang ada. Stadium penuh sesak. Jeritan semangat mengiringi pasukan Malaysia melangkah masuk ke stadium. Betapa meremang bulu roma apabila lagu negaraku berkumandang dinyanyikan oleh penyokong Malaysia. Ramai penyokong yang terlewat hanya berdiri ketika semua kerusi stadium penuh. Selain itu, di seluruh negara segenap lapisan rakyat bersedia di hadapan kaca TV masing-masing menunggu saat perlawanan dimulakan.


Perlawanan bermula. Kedua-dua pasukan bermula agak tertekan. Malaysia mahu mendapatkan bekalan selesa ke pusingan kedua. Indonesia pertama kali bermain diluar Jakarta. Stadium sememangnya panas. Penyokong Indonesia yang hadir juga ramai. Malaysia dan Indonesia saling berbalas serangan. Semangat pemain muda negara nampak ketara... juga penyokong diluar padang. Sorakan terus bergema. Tiada gol di babak pertama. Agak tertekan penyokong Malaysia. Ada juga segelintir penyokong bangang yang membawa laser kedalam stadium. Dari saat pertama perlawanan bermula, laser hijau mengekori larian pemain lawan. Bukan cara ini kita mahu menang.

Waktu rehat, sorakan terus bergema. Mexican Wave bersambut dari kanan ke kiri. Laungan Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang tidak pernah berhenti. Babak kedua bermula. Ada protes dari pemain Indonesia berkenaan gangguan laser (hampeh!). Penyerang Indonesia Gonzales dapat melepaskan diri dan menggegar jaring gol Malaysia. Phewwww! Offside. Buat seketika Malaysia kelegaan. Malaysia pula mengasak bertubi-tubi. Semangat baru di babak kedua. Satu ketika Malaysia mendapat satu sepakan percuma. Ketika sepakan baru nak diambil, kekecohan berlaku di depan pintu gol. Protes psikologi Indonesia bermula. Protes gangguan laser. Amat menjengkelkan. Protes berlarutan. Penjaga gol Indonesia "baby" Markus bertindak keluar padang mahu meboikot perlawanan. Perlawanan terhenti hampir 10 minit. Mercun dan bunga api meledak ditengah padang. Memang panas perlawanan hari itu. (hakikatnya: what u give u get back ~ video BLOG DARI STADIUM yang diupload di laman YouTube "LASER...the truth" pada 26/12/2010 - 30,000++ ditonton setakat hari ini... klik untuk tengok!)


Bila perlawanan bersambung, inilah masanya. Gol pertama negara memecah kebuntuan. Safee Sali. Indonesia terus hilang punca selepas gol ini manakala Harimau Malaya terus gemilang. Gol kedua menyusul dari Mohd Ashari. Safee Sali sekali lagi menunjukkan ketajamannya dengan gol ketiga. Malaysia 3 - 0 Indonesia. Sememangnya mengujakan peminat Malaysia.


Cerita Malaysia membenam Garuda tidak tamat di situ. Seluruh negara memilih topik ini di mana jua. Di kedai kopi, di pejabat, di sekolah (opsss... sekolah cuti) semuanya bercerita pasal bola Malaysia.

29 Disember 2010. Stadium Bung Karno, Jakarta.
Indonesia (0) - Malaysia (3). Andai ada penyokong Malaysia di stadium ini malam itu (ada tapi tak banyak), sejuta salute untuk anda. Hakikatnya, penyokong Indonesia tak mampu menerima hakikat mereka dibaham Harimau Malaya pada pusingan pertama. Provokasi demi provokasi di kalangan penyokong Indonesia. Media mereka juga. Seperti diberitakan, pasukan Malaysia terpaksa berlatih di hotel penginapan mereka sahaja demi keselamatan. Rekod dunia juga terhasil bila mana pasukan Malaysia di bawa menaiki kereta perisai tentera untuk ke stadium. Di tanahair, seluruh negara bersedia di hadapan kaca TV. Sejarah akan dicipta malam itu. 3 gol yang di bawa meyakinkan bahawa piala ini akan di bawa pulang ke tanahair.


Perlawanan bermula juga cukup panas. Seperti di Bukit Jalil, stadium penuh sesak. Indonesia mengasak awal untuk mencari gol. Perlawanan seakan mahu menjadi milik Indonesia bila mendapat sepakan penalti awal. Cukup merisaukan. Namun, ketangkasan Khairul Fahmi yang menjaga gawang Malaysia mendiamkan seketika stadium. Penalti. Tiada gol. Moral pemain Indonesia semakin lemah. Malaysia akhirnya yang memperolehi gol pertama. Hantaran lintang cantik ketua pasukan Shafiq Rahim di tanduk tajam penyerang negara Safee Sali untuk semua rakyat Malaysia memulakan pesta kemenangan. 4 gol belum berbalas. Kita semakin yakin. Tak perlu dipanjangkan cerita. Malaysia akhirnya menjulang Piala AFF Suzuki 2010 walaupun tewas 1-2. Kita menang agregat 4-2. Seluruh rakyat Malaysia berbangga. Kerajaan mengisytiharkan cuti pada 31/12/2010 sebagai hadiah kepada semua rakyat Malaysia.


Kini, 5 bulan lebih telah berlalu (ketika nota ini ditulis la!). Kejuaraan ini tetap menjadi kenangan yang paling menakjubkan sepanjang tahun lepas. Penyokong Malaysia kini tidak malu bercerita tentang bolasepak negaranya. Penyokong mula memenuhi stadium setiap kali Malaysia bermain. Perkembangan pasukan Malaysia terus diikuti. Cerita ini tidak akan basi. Semoga Malaysia akan terus cemerlang di masa hadapan.

My Note: Masih ingat? BLOG DARI STADIUM hanya berkongsi untuk mengimbau kenangan best bolasepak negara. kekalkan berada dibelakang Harimau Malaya ketika senang dan susah. MALAYSIA BOLEH! Best berada di stadium ketika itu...



Bonus Video - BLOG DARI STADIUM di YouTube



Berikan komen anda tentang cerita ini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE