Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Friday, September 7, 2012

ASHLEY COLE... KONTRAK BARU SEBELUM JANUARI 2013

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:29 AM, under ,, | No comments


Salam to all...
Masih kecewa dengan kegagalan di Super Cup? Lupakan jer lah.. Malaysian Blues pun dah rilex-rilex jer. Mungkin kekalahan itu sebagai peringatan untuk RDM dan pemain-pemain Chelsea bahawa cabaran untuk musim ini sebenarnya lebih getir. Dalam masa Chelsea memperkuatkan barisan pemain dengan pemain-pemain baru perlu juga diingat team-team lain juga berbelanja untuk menguatkan team masing-masing. Apapun Malaysian Blues yakin dengan barisan yang Chelsea ada cuma RDM perlu memikirkan beberapa kelemahan yang mesti diperbaiki segera.

Ashley Cole... STAY!
Ok... hari ini suatu kejutan buat peminat Chelsea bila tersebar berita di internet tentang pemain  pertahanan kiri kesayangan semua Ashley Cole dilaporkan berkemungkinan akan meninggalkan The Blues apabila dikatakan tidak gembira dengan keputusan Chelsea yang hanya menawarkan lanjutan kontrak setahun bersama Chelsea. Kontrak Cole bersama Chelsea masih berbaki setahun lagi sehingga penghujung musim ini.

Pemain berusia 31 tahun ini yang menyertai Chelsea di hari terakhir perpindahan dari Arsenal pada 2006 merupakan pemain utama pertahanan kiri Chelsea yang belum ada penggantinya. Walaupun back-upnya iaitu Ryan Bertrand baru sahaja menandatangani kontrak 5 tahun tetapi bagi Malaysian Blues, kedudukan Cole sebagai pilihan utama RDM masih kekal. Sementara itu Bertrand kerap juga digunakan RDM sebagai pemain wing kiri yang akan membuat covering ketika Cole kehadapan menyertai serangan ketika dalam permainan.

Apa yang Malaysian Blues fikirkan, media sebenarnya hanya memainkan isu kontrak Cole selepas Bertrand sign kontrak baru. Segalanya rumours. Biasa team power macam Chelsea ni.... media akan buat apa2 cerita setiap minggu.





Beat me if u can...
Macam ni, maklumat dari sumber dalaman yang terlibat dalam rundingan kontrak Ashley Cole menolak rumours tersebut dan menyatakan perbincangan berkenaan kontrak baru Cole masih berjalan dan telah bermula ketika off season baru ni. 

Secara umumnya sumber dalaman Chelsea menjelaskan bahawa sememangnya polisi Abramovich ketika ini ialah tidak akan menawarkan kontrak untuk tempoh panjang lebih setahun bagi pemain-pemain melebihi 30 tahun, namun begitu semua pemain dilihat dan dinilai berdasarkan merit dan Ashley Cole dilihat Chelsea sebagai seorang pemain dengan potensi cemerlang untuk beraksi dalam peringkat tertinggi untuk beberapa tahun lagi.

A Chelsea source told "Abramovich has a rule that anyone over 30 can only be given a one-year extension but its madnest in Ashley's case. He trains hard, really looks after himself and can play at this level for many more years to come. There isn't the club in the world who wouldn't  Ashley for free".

Bulan lepas sahaja, Ashley Cole sendiri telah mengakui bahawa rundingan kontrak sedang berjalan dan menafikan laporan yang dia menuntut kenaikan gaji sebanyak 200,000 pound seminggu. Chelsea dilaporkan yakin rundingan akan berjalan lancar dan kontrak baru akan ditandatangani sebelum Januari 2013 yang mana jika tiada keputusan dapat dicapai, pemain ini boleh menandatangani "pre-contract" dengan mana-mana pasukan lain ketika musim perpindahan Januari nanti. 

Seperti yang kita tahu, pemain yang dianggap pertahanan kiri terbaik dunia ketika ini pernah dikaitan dengan Real Madrid sebelum ini. Bukan Madrid sahaja, Malaysian Blues percaya banyak lagi kelab mengidamkannya dan bersedia membayar gaji yang tinggi untuk khidmatnya. 

Sepanjang kariernya dengan The Blues, Ashley Cole telah mendakap Juara EPL (1 kali - 2009/10), FA Cup (4 kali - 2007, 2008, 2010, 2012) dan EUFA Champions League (1 kali - 2012) selain juara League Cup (1 kali - 2007) dan Community Shield (1 kali - 2009). 

A.Cole & Bertrand
Hakikatnya, Ashley Cole sebenarnya takkan tergugat dengan Ryan Bertrand yang baru minggu lepas sign kontrak baru selama 5 tahun. Ini kerana bagi Malaysian Blues dia adalah pemain terbaik pertahanan kiri yang Chelsea ada ketika ini dan jika dia dapat mengekalkan kecergasannya dan mengelakkan kecederaan, posisi itu akan terus miliknya di Chelsea untuk beberapa tahun lagi. Persaingan dengan Ryan Bertrand adalah satu persaingan yang baik untuk Chelsea. Dalam beberapa perlawanan sebelum ini, Bertrand diletakkan bermain di hadapan Cloe oleh RDM.

Come on Blues. 


Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...



0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...