Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Friday, August 17, 2012

CHELSEA NEW BLOOD - EDEN HAZARD

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:44 AM, under , | No comments

THIS IS EDEN HAZARD.



Hahahaha... Eden Hazard sah menjadi milik Chelsea. Mari kita kenal-kenal dengan di budak Hazard ni..

Eden Hazard merupakan salah seorang pemain yang menjadi bualan dan rebutan kelab-kelab utama dunia sejak setahun dua ini selepas beliau menunjukkan aksi menakjubkan ketika bermain untuk kelab Lille dalam liga Peranchis. Sebelum ini Manchester United dan Manchester City dilihat sebagai favourite untuk menandatangani beliau sehinggalah Chelsea memenangi Liga Juara-juara Eropah pada May 2012. Akan menggunakan no. 17 di Chelsea.

Dilabel sebagai "little Messi" oleh bekas jurulatihnya Claude Puel, Hazard adalah sebahagian pemain Lille yang memenangi kejuaraan berganda liga dan France Cup pada 2010/11 dan merupakan pemain termuda yang pernah memenangi Ligue 1 Player of the Year di musim yang sama. 
Hanya baru berusia 21 tahun, Hazard memulakan karier di Lille ketika berusia 16 tahun pada November 2007 dan kini talah mempunyai sekurang-kurangnya 26 cap untuk negaranya Belgium. Dia dipilih sebagai Player of the Year liga France (Ligue 1) 2 tahun berturut-turut pada 2011 dan 2012. Sebelum itu dia juga dipilih Young Player of the Year dua tahun berturut-turut pada 2009 dan 2010.

Pada 2011, pemain muda ini membantu Lille menjuarai liga dan menjaringkan sebanyak 17 gol. Pada musim terakhirnya bersama Lille, Eden Hazard menjaringkan 21 gol dalam 48 perlawanan dan membuat 18 assist. Lilie menamatkan musim lepas di tempat ke3 di belakang Montpellier & Paris St Germain.

Eden Hazard menyertai Chelsea dalam jelajah pre-season di USA dan menjaringkan gol dalam perlawanan pertamanya bersama Chelsea ketika perlawanan persahabatan dengan Settle Sounders.

Adakah Eden Hazard akan menyerlah dalam musim pertamanya di Liga Perdana Inggeris? Yup... mesti! Hahahaah


Video: Eden Hazard untuk Chelsea USA Pre-season Tour 2012.


Video: Eden Hazard... Siapa EDEN HAZARD?

MalaysianBlues note:
HAZARD 17.... Welcome to Chelsea! 

Berikan komen anda tentang cerita ini..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...