Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Tuesday, August 28, 2012

NEW SIGNING: VICTOR MOSES & AZPILICUETA.... BAGAIMANA PERKIRAAN ANDA?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 3:07 AM, under ,, | No comments


AZPI & MOSES... blue blood.
Chelsea akhirnya memeterai kontrak bersama 2 pemain yang menjadi target sepanjang musim panas di UK (musim kemarau & hujan di KL) minggu lalu. Pemain sayap Wigan, Victor Moses & pertahanan Marseille, Cesar Azpilicueta. Kedua pemain ini diperkenalkan kepada penyokong The Blues sebelum perlawanan menentang Newcastle United yang mana kita melengkapkan jadual EPL bulan Ogos dengan 3 kemenangan dari 3 perlawanan. So... sama ada kita suka atau tidak dengan new signing ini, kini adalah masanya untuk kita berada di belakang mereka ketika mereka sedang bersedia untuk menyarung jersi biru Chelsea buat kali pertama.

Ok bro... selain dari nilai wang yang RA keluarkan untuk pembelian mereka, apalagi yang mampu ditawarkan dari kedua pemain ini?

Victor Moses... Welcome to THE BLUES.
VICTOR MOSES - Hanya berumur 21 tahun, pemain ini cukup matang berbanding umurnya dan telah membuktikan nilainya dalam peringkat liga perdana Inggeris ketika bersama Wigan. RDM menjelaskan bahawa 2 perkara yang menyebabkan dia mahu mendapatkan Moses ialah pace yang konsisten dan keupayaannya beraksi wide play. Chelsea dilihat bermain lebih di bahagian tengah pada awal musim ini dan walaupun ianya agak berhasil, mungkin RDM memikirkan untuk keperluan seorang pemain sayap yang laju dan pantas untuk menembusi pertahanan lawan dalam cara yang berbeza. Moses mampu melakukannya. Lihat apa yang dia mampu lakukan ketika pertemuan Wigan-Chelsea dalam perlawanan pertama.

Victor Moses masih banyak yang perlu dibuktikannya. Hantaran silangnya bukanlah sentiasa yang terbaik tetapi perkembangan yang ditunjukkannya. Dia mempunyai cita-cita dan keyakinan dan mampu mempamirkan sesuatu yang berbeza. Dia mampu memberikan sesuatu yang mungkin pernah Joe Cole berikan satu ketika dulu. Apapun, kita menjangkakan pemain ini akan bermula dari bangku simpanan tetapi apa yang pasti, dia akan mendapat peluang untuk membuktikan nilai dirinya di tengah padang. Apa yang mampu kita harapkan ialah dia mempunyai sikap bersabarr untuk berjaya dan kita tidak mahu lagi bakat muda yang kita ada ini dibazirkan hanya di bangku simpanan.

Bukan PANIC BUY... Yup. Chelsea telah memburu pemain ini agak lama dan menilainya agak tinggi. Tiada persoalan tentang itu. Victor Moses mempunyai versatili dan mampu beraksi di mana-mana bahagian depan dan dari bahagian tengah attacking midfield - ini bonus. Very young talent - VICTOR MOSES.

Azpilicueta.
CEZAR AZPILICUETA - dibawa masuk RDM sebagai pengganti Jose Bosingwa sebagai pertahanan kanan. Apa yang kita boleh harapkan... mungkin dia akan menjadi instant hit player? Pemain muda Sepanyol ini mempunyai potensi yang cukup besar dan boleh dilihat lebih matang daripada umurnya.

Chelsea akan menggunakan Azpi (bolehla sebut Azpi... heheh) sebagai pemain pertahanan kanan. Pemain ini menawarkankan kepantasan, stamina dan semangat tinggi. Macam Ashley Cole, pemain ini juga suka menyerang di atas dan pantas kembali ke tempatnya bila diperlukan. Juga berkeupayaan membuat crossing yang baik yang mampu membantu bahagian midfield supply kepada Torres. Apa yang dapat kita jangkakan, mungkin RDM akan membuat rotation bersama Ivanovic di posisi pertahanan kanan dan perlu bekerja keras untuk tempatnya di bahagian pertahanan. Ianya bagus untuk Chelsea... biarlah RDM yang fikirkan.

So... apa yang anda fikirkan tentang mereka? VICTOR MOSES & CESAR AZPILICUETA.
Musim lalu kita ketandusan imiginasi dalam melakukan serangan tetapi musim ini dengan apa yang kita lihat dalam 3 perlawanan yang telah berlalu, dengan beberapa new signing yang muda dan cukup berbakat... Eden Hazard, Oscar, Marin, Victor Moses, Azilicueta.... kita bakal melihat sesuatu yang telah lama kita hilang di Chelsea FC.

Hujung minggu ini akan tutup musim perpindahan dan bukan kejutan untuk kita menerima sekurang-kurangnya 1 lagi pemain baru... mungkin seorang foward player... HULK? mungkin.... tunggu sahaja la....



Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...