Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Thursday, August 30, 2012

EUROPEAN SUPER CUP: CHELSEA vs ATL MADRID. APA NAK DI KATA?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 5:43 PM, under ,,,, | No comments

EUROPEAN SUPER CUP 2012
CHELSEA vs ATLETICO MADRID 
Stadium Stade de Louis II, Monaco
01/09/2012 2:40AM Live on AstroSuperSports

Salam to all...



The Blues berpeluang untuk merangkul piala pertama musim 2012 ini apabila akan bertemu dengan juara Europa Cup musim lalu Atletico Madrid di Monaco esok. Masa yang terbaik untuk berhadapan perlawanan European Super Cup (USC) ini. Momentum 3 kemenangan berturut-turut dalam liga dengan prestasi terkini yang berada dalam kedudukan mantap serta barisan pemain yang boleh dikatakan "fully fit". Inilah masanya.

Signifikan USC sering dipandang sepi di mana ada yang menganggap ianya hanya satu perlawanan memeriahkan suasana sahaja yang mana tidak diberikan tumpuan. Apapun bagi Malaysian Blues ianya satu perlawanan final yang mesti dimenangi dan perlu diberikan tumpuan. Begitu pun walaupun kemenangan cukup penting, kita tidak mahukan ada kecederaan teruk ke atas pemain memandangkan musim baru bermula.

Ceritanya... Chelsea pernah bergelar juara Super Cup ini pada tahun 1998. Sebagai juara Cup Winners Cup (kejuaraan sebelum EUROPA Cup diperkenalkan), Chelsea dipertemukan dengan juara eropah ketika itu, Real Madrid. Jaringan tunggal daripada Gustavo Poyet yang masuk sebagai pemain gantian menggantikan Roberto di Matteo membolehkan Chelsea merangkul piala ini menundukkan barisan bintang Real Madrid ketika itu termasuk  Clarence Seedoft, Raul Gonzalez, Roberto Carlos dan Fernando Heirro. Ketika itu, jiran mereka yang menjadi lawan kita esok Atletico Madrid bukanlah 1 team yang kuat.

European Super Cup 1998 : Chelsea 1 - Real Madrid 0


Sama seperti Chelsea, Atletico Madrid juga pernah sekali memenangi kejuaraan ini 2 tahun yang lepas dengan menumpaskan Inter Milan. Seperti mana juga Chelsea, Atletico Madrid hadir untuk perlawanan ini dengan momentum yang terbaik mereka selepas membelasah Atletic Bilbao 4-0 dalam perlawanan minggu lepas. Pemain yang dikaitkan dengan Chelsea, Falcao menyumbat hatrik dalam perlawanan tersebut.

Secara jujurnya, dari kaca mata luar dari Chelsea, tidak banyak orang memikirkan bahawa Chelsea lebih superior berbanding Atletico Madrid untuk perlawanan ini hanya kerana kita adalah juara bertahan Champions League dan mereka juara bertahan Europa League. Tapi bagi peminat Chelsea termasuklah Malaysian Blues yakin bahawa mereka sedar bahawa The Blues sememangnya lebih superior kerana Chelsea adalah kelab yang lebih besar dan lebih kuat. Simple brader...

Thibaut Courtois.  Satu hal yang mungkin bermain di minda penyokong Blues ialah pemain ini. Courtois adalah pemain Chelsea yang dipinjamkan ke Atletico Madrid sejak 2 musim yang lalu. Penjaga gol yang masih muda lagi ini tidak dinafikan kehebatannya. Memandangkan Petr Cech merupakan penjaga gol no. 1 Chelsea yang kekal gah dan mantap, Chelsea memberikan ruang untuk Courtois menimba lebih pengalaman dengan dipinjamkan ke Atletico Madrid. Persembahannya cukup mantap dan membantu Atletico Madrid menjuarai Europa League sebagai penjaga gol utama. Peminat Chelsea mungkin terbahagi dua dalam hal penglibatan Courtois dalam perlawanan esok memandangkan dia adalah pemain Chelsea. Apapun Chelsea memberikan kebenaran untuk dia bermain esok. 

Thibaut Courtois
Sesetengah peminat Chelsea mahu melihat pemain ini beraksi dalam satu perlawanan yang penting dan bertambah pengalaman dalam perlawanan besar peringkat Eropah. Sebahagiannya pula mahukan Chelsea "memaksa" untuk Atletico Madrid menggunakan penjaga gol kedua mereka yang "kureng" sikit iaitu Sergio Ajenso dan memberikan Chelsea peluang yang lebih baik untuk memenangi perlawanan ini. Jika ditakdirkan kita tewas dengan Courtois beraksi cemerlang menafikan gol dari Torres, Hazard, dan lain-lain... pasti akan jadi satu cerita lain. Apapun dari kaca mata Malaysian Blues, hamba tidak menentang keputusan RDM membenarkan dia bermain. Hakikatnya, kehadiranya tidak akan memberikan kelebihan drastik untuk Atletico Madrid menewaskan Chelsea. Bagus untuk dia bermain dan Malaysian Blues merasakan dia berhak diberikan peluang untuk bermain selepas aksi cemerlangnya musim lepas.

Sepeti yang telah RDM war-warkan, Chelsea bakal menurunkan kesebelasan paling mantap untuk pertemuan ini.  Selain kapten John Terry yang masih dalam penggantungan perlawanan peringkat Eropah dan Marko Marin yang cedera hampir keseluruhan team fully fit. Gary Cahill akan mengemudi pertahanan tengah bersama David Luiz. Malaysian Blues tidak menjangka pemain baru Azpilicueta akan membarisi 1st eleven tetapi bermula dibangku simpanan. Ivanovic akan bermula di pertahanan kanan.

Champion League moment...
Frank Lampard yang direhatkan ketika perlawanan dengan Newcastle mungkin akan bermain bersama Mikel dibahagian midfield. Mungkin ada yang tak suka Mikel kerana banyak melakukan kesilapan pada perlawanan awal tetapi pemain ini semakin tenang dan persembahan lebih menyakinkan ketika menentang Newcastle, so dia patut main sebagai holding midfielder. Hazard dan Mata hampir pasti akan diberikan kepercayaan RDM untuk menjana serangan dibelakang Torres. Apa yang pasti... RDM diharapkan akan dapat menyusun team terbaik dan terkuat untuk menang perlawanan ini memandangkan 3 minggu rehat selepas ini. 

Atletico Madrid. Yup.... Malaysian Blues sebenarnya tak tahu sangat berkenaan kekuatan mereka. Selain Courtouis yang kita tahu, penyerang mereka Radamel Falcao perlu diberi lebih perhatian. Penyerang ini tidak perlu dipersoalkan lagi adalah salah seorang pemain terbaik dunia ketika ini. Rekodnya bersama Porto dan musim lepas bersama Atletico cukup menggerunkan. Dalam edisi Europa League, Falcao merekodkan 30 gol dari keseluruhan 31 perlawanan! - cukup menggambarkan betapa ganaznya dia. Fuyoooooooo. This is the man to watch esok dam manarik bagaimana David Luiz akan melayan si Falcao. Apa yang pasti jika jentera tengah mereka dapat disenyapkan oleh "Hazard & co" so kita patut memenangi perlawanan ini.

Ok. Chelsea menentang kelab dari Sepanyol memang best untuk ditonton. Musim lepas kita melenyapkan impian 2 team Sepanyol iaitu Valencia dan Barcelona (ha? Barcelona... hahahahaha) dalam perjalanan kita menjulang piala Champions League. Perlu diiingat, 2 team ini menamatkan liga mereka di kedudukan lebih tinggi daripada lawan kita esok. Secara jujur dan secara akal logik metamatik tahun 3, Malaysian Blues rasa Chelsea akan menang esok. 3-1. InsyaAllah

So.... tunggu dan lihat. Jangan lupa. Chelsea vs Atletico Madrid esok. Keep the blue flag flying high...

Barisan yang mungkin:
Petr Cech, Ivanovic, Cahill, Luiz, Cole, Mikel, Lampard, Ramires, Mata, Hazard, Torres.

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...



0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...