Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Monday, August 20, 2012

BLOG VIEW: RAYA DAY2 - CAVANI, MODRIC, JOVETIC & AZPILICUETA

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 4:01 PM, under ,,,,,,, | No comments

EDISON CAVANI (NAPOLI) 


Cavani - Chelsea atau Napoli?
Semakin gila. Entah le... sejak cerita2 tentang Cavani ke Chelsea timbul, hakikatnya kadangkala sebenarnya ia adalah lebih cerita tentang rumours Cavani lebih daripada rumours Chelsea.
Hakikatnya kontrak penyerang antarabangsa Uruguay ini dengan Napoli sedang berjalan. Cavani mahukan kontrak (gaji) yang lebih baik di Napoli. Dan dia sebenarnya telah dijanjikan oleh Napoli berkenaan kenaikan ini musim lepas.

Apa yang hamba nampak kat sini ~ segala rumours dan cerita Cavani dengan Chelsea, Man City dimainkan oleh agennya untuk menekan Napoli untuk kontrak yang lebih baik. Taktik ini banyak digunakan oleh ramai pemain/agen di masa lalu dan berjaya. Ingat kisah Sergio Ramos - Chelsea?

So, arah tuju perbincangan kontrak ini memberikan kita sebagai Chelsea fans idea tentang masa depan Cavani. Mostly - dia akan stay di Napoli. Hahahaha.... apapun cerita Cavani ke Chelsea akan sentiasa hidup hingga ke penghujung musim perpendahan.

LUKA MODRIC (SPURS)

Luka Modric for Chelsea? No thanks la...
Khabar angin yang bertiup, pengerusi Spurs Daniel Levy menghubungi Roman Abramovich menawarkan Modric ke Chelsea  dengan harga 40 juta pound. Jangan salah baca... 40 juta pound beb! Cuba bayangkan la... Levy cuma memainkan sesuatu dengan Real Madrid dengan rumours Modric ke sana.

Real Madrid menawarkan 35juta pound untuk perpindahan Modric. Levy ingin mewujudkan suatu goyang-goyang dlm team Madrid dengan berita tawaran Modric ke Chelsea. 40 juta pound adalah harga yang Chelsea tawarkan musim lepas untuk mendapatkan Modric.

Hallo brader... 2 reason kenapa Modric takkan join Chelsea. No.1 ~ We already have Hazard & Oscar la bro.... Oscar bermain role yang sama ngan Modric. No.2 ~ Modric sendiri dah declare dia nak main Real Madrid.  Cerita ini cuma mainan media & Spurs... sama macam Cavani... mungkin sehingga tutupnya musim perpindahan 2 minggu lagi. Good luck la kat AVB & Spurs season ni... Modric? no thank you.

STEVAN JOVETIC (FIORENTINA)

Jovetic.
Fiorentina meletakkan nilai 25juta pound kepada pemain ini. Apapun hamba kurang arif sangat tentang player ni. Diberitakan Chelsea telah mengemukan tawaran belian cash+ Yossi Benayoun untuk mendapatkan pemain berusia 22 tahun ini. Apapun Juventus juga mengidamkan pemain ini. Cerita-cerita baru juga timbul dimana Mancini juga berminat untuk membawa pemain ini ke Man City.

CESAR AZPILICUETA (MARSEILLE)



Mana-mana media sekarang ini hampai sama melaporkan pemain pertahanan Sepanyol ini hanya menunggu masa sahaja disahkan sebagai pemain baru Chelsea.

Khabarnya wakil pemain itu sekarang telah berada di London untuk finalise kontrak perpindahan Azpilicueta ke Chelsea yang bernilai sekitar 8-10 juta pound.

Azpilicueta bermain bersama Marseille menentang Sochaux hujung minggu lepas. Pengurus Marseille, Elie Baup menyatakan betapa pemain ini benar-benar profesional dengan tumpuan dan aksi 100% untuk perlawanan yang terakhirnya bersama Marseille. Selepas perlawanan tamat, Azpi telah berucap dengan emosional mengucapkan terima kasih kepada semua fans Marseille.

Berdasarkan apa yang keluar dari mulut pemain ini dan reaksi fans ketika perlawanan ini, adalah semakin jelas Azpi bakal pasti meninggalkan Marseille. The truth.... tiada lagi kelab selain Chelsea yang dikaitkan dengan pemain ini sekuat kaitannya dengan Chelsea. So... untuk fans Chelsea... just wait pengumuman rasmi The Blues selewatnya minggu depan (yang pasti sebelum musim perpindahan berakhir).

Azpilicueta. Welcome to Chelsea.

MalaysianBlues note:
Masih menunggu at least 2 player baru untuk Chelsea - pertahanan & striker.
Chelsea seperti biasa? drama hingga minit terakhir musim perpindahan nak tutup? hmmmm...


Berikan komen anda tentang cerita ini..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...