Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Sunday, August 26, 2012

PIALA MALAYSIA 2012 - MATCH 2: N.SEMBILAN & FELDA UNITED KENDURI GOL

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 12:15 AM, under | No comments

PIALA MALAYSIA 2012
8 perlawanan lagi berlangsung malam ini - perlawanan kedua peringkat kumpulan. Keputusan penuh seperti berikut:

Kumpulan A

Johor FC dan Singapura Lion XII mencatatkan kemenangan pertama masing-masing setelah semua perlawanan dalam kumpulan ini berakhir dengan keputusan seri pada perlawanan pertama. Johor FC menumpaskan Johor FA 2-1 walaupun terpaksa bermain 10 orang manakala Lion XII menumpaskan Selangor PKNS 3-1 di laman sendiri. Lion XII dan Johor FC masing-masing 4 mata dan hanya dibezakan jaringan gol. 

Johor 1 - 2 Johor FC
Lion XII 3 - 1 Selangor PKNS

Kumpulan B 

Kelantan 2 - Kedah 1
Juara Liga Perdana musim ini ATM meneruskan kecemerlangan dalam perlawanan ke2 dengan menundukkan Terengganu 2-1. Kelantan pula terpaksa mengejar dari belakang selepas ketinggalan 1-0 sebelum menang 2-1 ke atas Kedah. ATM ketika ini mengungguli kumpulan B dengan 6 mata diikuti Terengganu dan Kelantan yang berkongsi 3 mata. Kedah di tempat terbawah kumpulan tanpa sebarang mata.

ATM 2 - 1 Terengganu
Kelantan 2 - Kedah 1.

Kumpulan C
Pesta gol kumpulan C. Negeri Sembilan membelasah naib juara piala FA Sime Darby 4-0 di Stadium Paroi manakala Felda United menampilkan aksi terbaik mereka menumpaskan Perak 4-2 di tempat lawan. Negeri Sembilan dan Felda United kini 4 mata dengan 1 kemenangan dan 1 seri masing-masing.

Negeri Sembilan 4 - 0 Sime Darby
Perak 2 - Felda United

Kumpulan D
4 pasukan kumpulan D masing-masing hanya memungut 1 mata malam ini apabila kedua-dua perlawanan berakhir dengan keputusan seri. T-Team dan Sarawak ketandusan gol di Terengganu bila keputusan berakhir 0-0. Di Shah Alam, Selangor ketinggalan 2 kali dibelakang sebelum berjaya mengikat Pahang dengan keputusan 2-2. Sarawak dan Pahang masing masing memungut 4 mata setakat ini.

T Team 0 - 0 Sarawak
Selangor 2 - 2 Pahang

Berikan komen anda tentang cerita ini..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...