Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Friday, November 30, 2012

MISI AFF 2012: MALAYSIA vs INDONESIA ~ EDISI BAKAR SEMANGAT HARIMAU MALAYA

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 2:28 AM, under ,, | 1 comment

Salam to all,
Salam Harimau Malaya.

Harap sudah sedikit reda meraikan kemenangan semalam. Tempoh bertenang. Tempoh bertenang buat Harimau Malaya. Tempoh bertenang buat semua penyokong Harimau Malaya yang begitu teruja dengan kemenangan dan persembahan meyakinkan semalam. Ini masanya kita untuk semua warga yang mengaku anak Malaysia memanjatkan rasa syukur kerana segala kegusaran dan kegelisahan yang terbenak dalam diri setiap penyokong terlerai sebahagiannya semalam.


Dua hari lagi perlawanan penentuan yang akan menentukan hidup mati Harimau Malaya dalam misi mempertahankan kejuaraan AFF yang kita menangi pada dua tahun yang lalu. Lumrah dalam bolasepak, mempertahankan sesuatu kejuaraan yang kita menangi kadangkala sebenarnya lebih sukar berbanding kita mengejarnya. Hakikat yang harus kita terima ialah Piala AFF yang kita miliki sejak 2010 mempunyai satu tarikh tamat tempoh. Dan tempohnya telah berakhir. Masa untuk membidanya semula untuk tempoh baru 2 tahun akan datang. Yup, Malaysia memilih jalan agak sukar dengan tewas dengan Singapura sebelum ini, tetapi bak kata orang no pain no gain... apapun syukur kerana kita berjaya menewaskan Laos dan membuka semula ruang untuk kita melangkah kepusingan seterusnya.

Apa yang kita mahukan kini berada dalam tangan kita sendiri. Berada dalam tangan Harimau Malaya sendiri.  Kita yang akan tentukan samada kita akan melangkah ke separuh akhir. Paling penting kita pastikan kita MENANG malam sabtu nanti... tempat kita di separuh akhir sudah tersedia. Banyak faktor X yang menyebelahi kita ketika ini. Bumi sendiri, stadium sendiri, penyokong sendiri. Hanya perlaksaannya sahaja. Jika kita mampu benam Indonesia 3-0 dahulu, kenapa tidak sekarang. Jika kita yakin, InsyaAllah.


Indonesia. Ini lawannya untuk kita sabtu ini. Rival serumpun yang kadangkala sukar untuk kita fahami mengapa begitu iri hati dan benci sangat dengan Malaysia. Tak perlu dijemput, tak perlu diusik, dia datang dengan sendirinya. Perang psikologi dari bumi Garuda telahpun bermula sejak sebelum AFF ini bermula lagi. Dengan kedua-dua pasukan mahu memastikan tempat ke separuh akhir dalam perlawanan ini, ianya dijamin akan menjadi lebih panas menjelang perlawanan malam esok. Penyokong-penyokong fanatik Indonesia tanpa segan silu menghina, mencerca, memaki skuad Harimau Malaya dan penyokong. Dilaman-laman sosial cukup mudah dilihat bagaimana mereka bertindak menyerang psikologi Harimau Malaya. 


Dendam kesumat dibelasah 3-0 di Bukit Jalil dalam perlawanan akhir 2010 tak pernah reda. Dendam dimalukan di Gelora Bung Karno bila kita menjulang piala AFF 2010. Dendam kekalahan final Sukan Sea 2011 di tanah mereka sendiri. Media mereka sendiri tak pernah membantu. Masuklah di google dan cari sumber-sumber berita sukan dari Indonesia kita akan tahu. Bagaimana media mereka memainkan peranan dalam membakar minda dan menimbulkan benci tanpa had dengan Malaysia. Rakyat Malaysia takkan lupa bagaimana skuad Harimau Malaya terpaksa menaiki Baracudda untuk memasuki stadium di Jakarta pada 2010. Rakyat Malaysia tak lupa bagaimana perlakuan mereka ketika lagu negaraku dimainkan dahulu.

Nasihat Malaysian Blues kepada diri sendiri dan rakan-rakan penyokong Malaysia. Tak lupa juga kepada semua pemain dan pegawai Harimau Malaya, jangan biarkan provokasi-provokasi mereka mempengaruhi kita. Provokasi murahan ini hanya perlu dijawab dengan scoreline di Bukit Jalil malam sabtu nanti. Itulah jawapan yang paling mujarab buat mereka. Kita tak perlu bimbang dengan provokasi ini. Tidak dinafikan juga ada penyokong mereka bersikap profesional.


Ayuh semua. Adjust apa yang tak penting dalam diari anda Sabtu ini. Curi sedikit masa kita untuk turun ke stadium sabtu ini. Ada kemampuan ada kelapangan, dari Arau, Alor Star, Sandakan, Miri, Segamat, Bachok, Temerloh, Seremban, Alor Gajah, Pontian, Batu Gajah, Bukit Mertajam, Dungun dan dari mana pelusuk negara semua kita turun ke stadium Bukit Jalil. Dari Cheras, Ampang, Banting, Batu Caves, Kajang, Bangi, Sepang, Shah Alam, Klang... ada kelapangan kita penuhkan stadium sabtu ini. Kita timbulkan aura Harimau Malaya di Bukit Jalil. 

Tak kiralah anda Melayu, Cina, India, Sikh, Kadazan, Dusun, Bajau, Bangla (opss sorry... hehehehe) kita bersatu. 

Tak kiralah anda towkeh gula, penanam ubi, nelayan, cikgu sekolah, student, penjual burger atau driver lori sekalipun. Ini masanya. 

Tak kiralah anda Umno ke, PAS, PKR, MCA, MIC, SUPP, Bersatu, SNAP ke... selagi anda mengaku anda warga Malaysia... jom kita bersatu! 

Tak kiralah anda penyokong Red Warriors, Harimau Selatan, Red Giant, Tok Gajah... apa juga gelarannya.. kita tunjukkan kita Harimau Malaya malam itu. 

Tak kiralah anda hard core Chelsea ke (Chelsea rules! hehehe), MU, Man City, Liverpool, Arsenal, QPR, Barcelona, Real Madrid, West Ham (West Ham?) simpan semua jersi ori atau AAA siam anda, kita sarung hitam kuning atau biru Harimau Malaya.

Tak kiralah anda Ultras ke tak ultras ke, penonton kuaci atau apa sahaja....
Ini masanya. Kita takluk Bukit Jalil. Biar gempita sorakan buat Harimau Malaya.



Kepada yang jauh dan tak berkesempatan, jangan lupa tengok TV. Biar sorakan anda juga didengari di seluruh negara (moral: kalau jiran sebelah ada anak kecil hormat sikit bila bersorak). Doa seluruh warga Malaysia buat skuad kita malam sabtu ini. 

Kepada skuad Harimau Malaya. Kepada Safiq, Safee, Mat Yo, Kyril, Aidil, S.Kunalan, Mahali, Apek, Farizal, Wan Zack dan lain-lainnya. Kukuhkan semangat anak Malaysia. Berjuang habis-habisan. Tak kira siapa sahaja yang akan diturunkan. Buktikan kepada rakyat Malaysia. Buktikan kepada semua. Pastikan Harimau turun kelaparan. Biar garuda jadi santapan....(Malaysian Blues mahu bahagian kepak)

Apa lagi yang nak Malaysian Blues katakan? Mohon sebarkan edisi bakar semangat ini... ini sikit sumbangan dari Malaysian Blues!



Malaysian Blues note: Pesanan buat penyokong
- jangan salah stadium - Bukit Jalil (bukan stadium Shah Alam)
- bawa Jalur Gemilang masing-masing (bendera parti politik simpan kat rumah). 
- jaga tingkahlaku rakyat Malaysia
- tak payah bawa Vuvuzela. tak payah bawa lebihan mercun raya
- jangan nak mengada-ngada bawa laser pointer 
- yang bawa partner, jangan buat benda tak senonoh dalam stadium
- yang makan burger atau kuaci, jangan tinggal sampah sarap dalam stadium
- apa lagi nak pesan? Warga Malaysia warga bertamadun... lu fikir la sendiri...

Malaysian Blues - The Chelsea FC




Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

1 comments:

Thanks for finally talking about > "MISI AFF 2012: MALAYSIA vs INDONESIA ~ EDISI BAKAR SEMANGAT HARIMAU MALAYA" < Loved it!
Feel free to visit my homepage Teens Free Porn

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE

Kisah Lama

Archives