Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Monday, November 12, 2012

BLOG VIEW: CHELSEA 1 - LIVERPOOL 1 ~ MANA DZEKO DAN HERNANDEZ CHELSEA?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 5:55 PM, under ,, | 1 comment

Salam to all...

Chelsea 1 - Liverpool 1. Chelsea kita kehilangan 2 mata lagi malam tadi. 2 mata yang amat penting. Dan 2 mata sahajalah yang dapat kita kutip dari 3 perlawanan EPL. Selepas mendahului Liverpool 1-0 dan menguasai permainan dengan begitu banyak peluang, The Blues gagal meraih 3 mata penuh yang cukup-cukup penting.


Blues sekalian, tipu kalau Malaysian Blues mengatakan tidak kecewa dengan keputusan ini. Jelasnya walaupun kita tidak kalah tetapi hakikatnya Chelsea seharusnya menang malam tadi. 2 mata dari 3 perlawanan EPL meletakkan Chelsea jatuh ke tangga ke 3 liga dibelakang MU dan MC yang masing-masing mencatatkan kemenangan. Yup... ketiga dalam liga dengan hanya dibezakan 3 mata di belakang pendahulu tidaklah teruk sangat dan perjalanan masih panjang lagi. Tetapi perlukah kita risau? Adakah Malaysian Blues risau? Yup... Malaysian Blues rasa sedikit risau. 

Jangan dipersoalkan kesetiaan menyokong The Blues. Itu bukan persoalannya. Kalah, seri atau menang, kita tetap dibelakang Chelsea. Namun begitu apa yang perlu diluahkan perlu juga diluahkan.


Keputusan perlawanan malam tadi cukup mengecewakan. Bukan kerana Chelsea tidak boleh menang tapi kegagalan Chelsea merebut peluang untuk menang. Satu ketika Chelsea mendahului 1-0 dan punya banyak peluang untuk menambah jaringan malangnya Chelsea gagal untuk mendapatkannya. Hakikatnya Chelsea menguasai perlawanan malam tadi.

Dengan Oscar, Mata dan Hazard malam tadi, Chelsea sentiasa membawa bahaya kepada lawan dan Liverpool hakikatnya tidak mampu untuk menangani pergerakan mereka. Tetapi apa yang berlaku? Penyudah Chelsea cukup tumpul. Selepas mendahului 1 gol, Chelsea seharusnya meningkatkan tekanan kepada Liverpool untuk mendapatkan killer gol yang akan terus mematikan rentak Liverpool. Come on RDM... perlu lakukan sesuatu. Menarik Oscar keluar bagi permainan bagi Malaysian Blues rasanya bukan sesuatu yang bijak. Selepas kemasukan Victor Moses dan Sturridge, Chelsea kelihatan seperti masih mengunakan formasi yang sama. Sebagai title contenders, Chelsea seharusnya lebih pushing foward mungkin dengan mengubah formasi kepada 4-3-3 untuk memberikan lebih tekanan kepada Liverpool. Adakah RDM ketandusan idea untuk ini? Adakah kita tidak ada plan B untuk itu?


Ketika Liverpool mula dilihat mengubah formasi untuk mengejar gol penyamaan, RDM seharusnya dapat mengesan perkara ini dan memberikan tindakbalas yang berkesan. Bagi Malaysian Blues, mengeluarkan Oscar bukanlah jawapan ketika itu yang Malaysian Blues lihat benar-benar real treat sepanjang perlawanan. 

Kehilangan kapten Marvel John Terry amat menyedihkan selepas dia menyumbat gol cantik malam tadi. Harap kecederaan yang dialami Terry tidak teruk dan dapat kembali segera memimpin pasukan.


Akhir sekali, Man City menang malam tadi selepas melakukan comeback. MU juga menang dengan melakukan comeback yang sama semalam. Apa dapat kita lihat? Keduanya datang dari bangku simpanan mereka yang masuk membawa impak kepada permainan. Dimanakah Dzeko atau Hernandez Chelsea? Come on RDM, come on Abramovich... ketika barisan midfield kita cukup mantap sebenarnya The Blues masih ketiadaan penyudah yang berbisa dihadapan. Sturridge & Moses perlukan lebih masa bermain untuk menjadi lebih mantap. 10 minit setiap pemain rasanya tidak mencukupi. RDM perlu lebih berani untuk memberikan lebih peluang Sturridge & Moses. Dan please... bawa stiker berbisa Januari ini untuk terus mencabar dalam liga. Sementara itu RDM.... buat sesuatu! JANGAN BIARKAN JANUARI MENJADI TERLALU LEWAT BUAT THE BLUES. Kita perlu kembali ke landasan kemenangan week in week out.



Ok, Malaysian Blues bukanlah hebat sangat nak berikan input yang pastinya tak mungkin sampai kepada RDM tetapi hakikatnya perlawanan selepas ini menjadi lebih-lebih penting buat Chelsea. Perlu diingat, lawan Chelsea selepas ini juga tidak boleh diambil ringan. Jika diberikan hanya tinggal 1 pilihan untuk Malaysian Blues memilih mana satu kejuaraan yang mesti dimenangi musim ini... tak syak lagi, Malaysian Blues rindukan EPL untuk dijulang Chelsea musim ini. Rilex... kita akan menang lebih dari satu musim ini.

MALAYSIAN BLUES:
~ APAKAH YANG CHELSEA PELAJARI DARI 2 PERLAWANAN EPL TERAKHIR YANG BERKESUDAHAN SERI 1-1? 
CHELSEA 1 - LIVERPOOL 1, SWANSEA CITY 1 - CHELSEA 1.
APA YANG PERLU DILAKUKAN ~ AFTER LEADING 1-0, WE SHOULD TAKE OUR CHANCES TO KILL THE GAME OFF!


Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

1 comments:

Saddam Hussein è un sunnita e la sua setta minoritaria
governava maggioranza sciiti , curdi e altri gruppi etnici fino a quando fu spodestato nel mese di aprile 2003
. " per essere al primo posto la dice lunga , perché tutti sa ] , talento - saggio , theres un sacco di parità . E il Sabato 3 Maggio ex stella Utah Utes CJ Cron ha fatto il suo grande debutto in campionato per i Los Angeles Angels .

my web-site; Boom Beach Hack

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE

Kisah Lama

Archives