Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Tuesday, November 27, 2012

BLOG VIEW: CHELSEA 0 - MAN CITY. APA CERITANYA?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 4:13 PM, under ,, | No comments

Salam to all...

Mood untuk menulis agak menurun sehari dua ni. Badan letih. Kerja banyak. Hati kecewa. Yang paling menjadi puncanya tak lain tak bukan sebab kecewa. Bukan kecewa sikit, banyak kecewanya. Harimau Malaya diratah Singapura. Kalau anda tak kecewa, maka bukan penyokong Malaysia la anda.

Ok, kali ini bukan nak sembang pasal Harimau Malaya. Dah terlalu banyak komen dan cerita Harimau Malaya. Back to Blues. Perlawanan pertama pasca peninggalan RDM.  Chelsea 0 - Man City 0. Rasanya dah tak terkira bila last kita menang EPL. Bulan November macam dah jadi badi buat Chelsea. Setiap musim bila tiba November inilah yang berlaku. Harap-harap ianya tak berpanjangan.


Perlawanan pertama RAFAEL BANITEZ di Chelsea. Perlawanan dengan penyandang gelaran EPL musim lepas. Sama ada langkah kanan atau langkah kiri bagi Rafa, peminat yang tentukan. Keputusan seri ini membawa Chelsea ke tangga ke empat dibelakang West Brom. Ulang suara... West Brom.

Ok. Pelbagai teori berkeliaran di alam maya menceritakan yang Rafa dibawa masuk ke Chelsea untuk membantu meningkatkan kembali prestasi dan moral Torres. Pemain bernilai 50 juta pound yang dibawa masuk Januari 2011. Musim 2008/09, Torres dengan prestasi mencanaknya membantu Liverpool "hampir" memenangi liga musim itu dengan menamatkan musim di tangga kedua liga dibelakang MU. Chelsea ditempat ke3 musim tersebut. Dengan Torres, Liverpool mencatatkan jaringan terbanyaknya musim itu.


Malam Chelsea vs Man City, fans memberikan tumpuan kepada Torres. Apa yang dapat Malaysian Blues katakan. Still the same Torres. Menyedihkan. Dia hanya mampu membuat 1 shot on/off target yang sepatutnya boleh menjadi 1 gol tetapi tersasar atas palang gol. Malaysian Blues bukan benci sangat dengan Torres tetapi jauh disudut hati, seakan semakin jauh prestasi Torres untuk mengepalai serangan Chelsea. (We need new striker next January).


Tak ragu lagi, penerimaan fans di Stamford Bridge menceritakan bagaimana Rafa seakan tidak langsung diterima di Chelsea. Fans menyanyi sakan menolak kehadiran Rafa selain bersorakkan nama RDM sepanjang perlawanan. Minit ke 16, penyokong berdiri bertepuk tangan sebagai satu sokongan moral bagi RDM (no. 16 adalah no yang digunakan RDM ketika kareernya sebagi pemain di Chelsea). Ada sebab kenapa fans beritu marah dengan Rafa. Penyokong ada asas untuk marah kerana apa yang Rafa lakukan sebelum ini. Bagi Malaysian Blues taklah anti sangat dengan Rafa kerana melihat apa yang terbaik untuk Chelsea. Sama pendirian Malaysian Blues keatas Torres, sama juga pendirian keatas Rafa. Selagi mereka memakai baju biru Blues, sokongan tetap diberikan (walaupun sokongan semakin menipis buat Torres).

Bagi Malaysian Blues, tempoh untuk meratapi pemergian RDM sudah tamat. Sumbangan RDM dikenang dalam lipatan sejarah Chelsea sebagai manager yang membawa Chelsea memenangi UCL musim lepas. Tiada siapa dapat menafikan sejarah ini. Tetapi hidup Chelsea perlu diteruskan. Hidup fans tetap diteruskan. Kehilangan RDM bukan bermakna Chelsea itu hilang. Fans perlu kembali untuk memberikan sokongan kepada Chelsea. Mungkin berat untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada Rafa dengan apa yang dia lakukan sebelum ini tetapi apa yang lebih penting ialah Chelsea perlu terus hidup. Maka fans perlu sedar dengan ini. 


Dari satu sudut, fans sebenarnya mahu melihat bagaimana perubahan yang akan dibawa Rafa ke dalam pasukan. Apa yang mampu dia lakukan untuk Chelsea. Tiada rahsia musim lalu Chelsea mempertaruhkan kekuatan bermain dengan bertahan secara satu init merupakan faktor utama dalam kejayaan Champions League musim lepas. Apa yang pasti dan kita sedari, kekuatan pertahanan kita menjadi longgar musim ini ketika barisan midfield lebih mantap. 

Kelemahan barisan pertahanan menjadi bukti faktor utama pemecatan RDM (selain RA memang tak mahukan RDM sejak dari awalnya). Dibawah RDM musim ini, Chelsea menjaringkan banyak gol tetapi dalam masa yang sama melepaskan banyak gol juga. Pertahanan Chelsea terlalu mudah melepaskan gol dengan kesilapan-kesilapan yang kadangkala tak masuk akal. Pertahanan kita sebenarnya mantap. Cuma perlu diperkemaskan. Mungkin keputusan sekurang-kurangnya 0-0 di Turin minggu lepas mungkin masih dapat mempertahankan RDM sebagai pengurus. 

Apapun bos besar dah bersuara. Khabarnya Rafa telah di approach selepas seri 1-1 dengan Liverpool lagi. Chelsea sebenarnya cuba memujuk Pep Guardiola untuk memendekkan cuti setahunnya untuk mengambilalih Chelsea dari RDM. Kegagalan memujuk Guardiola, Chelsea beralih kepada pilihan kedua Rafa sebagai interim manager sehingga penghujung musim. So, jika perancangan Chelsea mengikut jadual, Guardiola akan menjadi pengurus ke 10 Chelsea pada musim 2013/14 nanti. Apa pun kita tunggu dah lihat. Yang penting kita sekarang berada di 2012/13. Kita mahukan piala musim ini. Dengan Champions League dilihat agak sukar, sekurang-kurangnya kita perlu merebut baki piala yang ada tak kira League Cup, FA Cup, EPL dan World Club Cup. At least 3 Malaysian Blues idamkan musim ini jika tak semua.


Berbalik kepada Rafa Benitez.  Adalah tidak menjadi satu kejutan Rafa merangka pasukan untuk lebih fokus dalam memperketatkan pertahanan. Rafa hanya ada 3 sesi latihan sebelum bertemu Man City. Sama ada dia berjaya untuk menyerapkan falsafah permainannya dalam kepala hotak setiap pemain, kita tak pasti. Dalam perlawanan Man City, dapat kita lihat perubahan dalam merangka pasukan. Paling dapat dilihat secara personalnya Malaysian Blues lihat bagaimana pemain meletakkan diri mereka dalam posisi ketika Man City mengawal bola.

Barisan serangan Chelsea banyak membantu dalam bertahan dalam perlawanan ini. Dapat dilihat lebih dalam perlawanan ini. Bila Man City memegang bola, pemain serangan Chelsea segera membantu dengan mengawal kawasan dengan baik ditengah padang dan menyebabkan agak sukar untuk pemain Man City mencari ruang-ruang yang terbuka.


Hazard dilihat bekerja keras dalam perlawanan ini. Dia banyak membantu bahagian pertahanan tetapi Malaysian Blues mahu dia melakukan lebih daripada itu. Hazard melakukannya dalam perlawanan itu. Pergerakkannya memberikan ruang untuk A.Cole lebih efektif ketika menyerang. Hakikatnya, Hazard sebenarnya agak kepenatan. Dapat dilihat dalam beberapa ketika separuh masa kedua, dia begitu keletihan. Tidak mengejutkan Hazard ditukar dengan Moses selepas itu. Apa yang mengejutkan ialah mengapa Rafa tidak menukarkannya dengan Marin seperti yang dimahukan sangat oleh penyokong ketika ini. Apa yang Malaysian Blues boleh katakan ialah, Moses dimasukkan dengan satu alasan yang agak simple mungkin. Moses dimasukkan kerana dia lebih baik dalam membantu bahagian pertahanan berbanding Marin. Itu mungkin. Selain itu, faktor kecergasan Marin juga jadi penyebabnya.

Dapat kita lihat, Marin sebenarnya telah bersedia dan telah sama-sama warming up ditepi padang untuk dimasukkan di separuh masa kedua. Moses dimasukkan sebaik sahaja Man City membawa masuk Tevez. Yup, Tevez yang selalu menyusahkan Chelsea sebelum ini. Moses dimasukkan, Mata kebahagian sayap kiri dan Moses bermain sebelah kanan. Mungkin inilah pertukaran taktikal yang menyebabkan mengapa Moses dimasukkan dan bukannya Marin. Entahlah... jika perubahan-perubahan kecil ini dilakukan ketika RDM, mungkin RDM masih berada bersama Chelsea.

Dari segi pertahanan. Nampak ada positifnya. Tetapi.... 
Paling agak mengecewakan bagi Malaysian Blues dan mungkin anda juga ialah aspek serangan Chelsea malam itu. Mereka nampak dilihat melepaskan bola begitu mudah kepada pemain Man City di kawasan lawan. Apa yang Rafa katakan selepas perlawanan mungkin benar. Chelsea perlu bekerja lebih giat lagi utk memastikan link yang baik antara midfield dan serangan. Apa yang berlaku takpasti. Juan Mata dan Oscar nampak kadangkala melepaskan bola dan pergerakan mereka sedikit janggal. Torres pula agak ketat dikawal oleh Vincent Kompany.


Ok, jika Abramovich dikatakan mahu permainan free flowing football, maka permainan Chelsea dalam perlawanan ini, dia tak dapat apa yang dia hendak. RA turun stadium dalam perlawanan ini. Juga legend Chelsea DD11.

Ok. Chelsea perlu menang (dibaca mesti menang) dalam 2 perlawanan seterusnya menentang Fulham dan West Ham. Keduanya perlawanan London derby. Buat masa ini paling penting menang. Tak kira macamana kena menang. Jika tidak, Chelsea akan semakin jauh ditinggalkan. Harap juga rival diatas kita akan tercicir mata. Sekurang-kurangnya 5 perlawanan selepas ini dibawah Rafa perlu menang. Walau menang dalam cara yang membosankan yang penting menang. Selepas itu, Chelsea perlu mulakan semula permainan cantink dalam serangan dan paling penting MENANG.

Apa yang Malaysian Blues dan semua fan tak tahu ialah apa sebenarnya objektif yang telah ditetapkan oleh lembaga pengarah Chelsea untuk Rafa Benitez. Taklah menjadi begitu naif sangat jika kita anggap yang Abramovich mahu pasukan Chelsea memenangi kejuaraan. Tetapi apa yang pasti, jika kemenangan kita disertakan dengan "sexy football", boss besar Abramovich dan kita sendiri sebagai fans Chelsea akan lebih teruja dan bangga. Thats Fact!


Menjelang January, Chelsea rasanya dah mendapat cukup perlawanan untuk kita menganalisis perbezaan taktikal yang diserapkan antara Rafa dan RDM. Bagi penyokong Chelsea, apa yang bermain di minda dan perasaan telah pun diluahkan baik di stadium (di UK) dan kita di Malaysia di alam maya fb dan sebagainya berkaitan pemecatan RDM dan perlantikan Rafa. Apa yang pasti bagi Malaysian Blues, ini masanya untuk kita berhenti bercakap tentang Rafa dan tumpukan kembali fokus kita bagaimana pasukan kesayangan kita ini akan bergerak maju kehadapan dari sini selepas ini. 

Apa yang positif semalam ialah clean sheet yang diperolehi.  Mungkin persembahan taklah cukup solid dan City memang ada beberapa peluang tapi yang hakikatnya kita berjaya untuk clean sheet dan rasanya ini adalah langkah baik untuk ke arah yang betul. Chelsea perlu kembali ke landasan kemenangan semula tak kiralah siapa juga yang menjadi manager.

Malaysian Blues Note: CHELSEA PERLU MENANG!!!!!!!

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE

Kisah Lama

Archives