Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Tuesday, November 6, 2012

BLOG VIEW: VICTOR MOSES... PERLU LEBIH PELUANG UNTUK BUKTIKAN.

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 3:23 PM, under ,,,, | No comments

Salam to all...

The Blues 2012/13. Kedudukan liga minggu ini telah berubah. Chelsea terpaksa turun ke tangga kedua selepas hanya sekadar seri 1-1 dengan Swansea. Sebelum perlawanan, tiada siapa yang dapat menjangka kita gagal mendapatkan 3 mata penuh dari perlawanan ini. Kredit kepada Swansea yang memberikan saingan yang cukup baik. Kegagalan Chelsea untuk mencari killer goal ketika kedudukan 1-0 terpaksa dibayar dengan hanya mengutip 1 mata selepas asakan Swansea berjaya menyamakan kedudukan di penghujung permainan.



Perjalanan musim ini masih jauh. Kita hanya dibezakan 1 mata dengan pendahulu dan pasukan dibelakang kita. Perlawanan liga selepas ini menentang Liverpool di Stamford Bridge. 

Misi utama musim ini adalah untuk merangkul seberapa banyak kejuaraan yang mungkin. Yang pasti Chelsea perlu segera memperbaiki beberapa kelemahan yang masih ada setiap kali dalam perlawanan. Di mata Malaysian Blues - PERTAHANAN - perlu lebih dimantapkan. Masih ada kelonggaran. SERANGAN - penyudah yang tumpul yang banyak mensia-siakan gerakan cantik yang mampu menghasilkan gol dari bahagian tengah.



VICTOR MOSES. Malaysian Blues mahu sembangkan tentang pemain ini. Pemain ini masih belum mendapat peluang yang secukupnya untuk menunjukkan kualiti sebenarnya di Chelsea apatah lagi untuk merebut tempat dalam aksi kesebelasan utama. Pemain ini sebenarnya mampu memberikan sumbangan yang efektif kepada skuad The Blues. Disinilah perlunya kebijaksanaan RDM untuk merencanakannya.

 2 perlawanan berturut-turut dia beraksi baru-baru ini. Apa yang dapat dilihat darinya bila diberikan peluang?Persembahan yang amat meyakinkan. Hakikatnya dia masih muda. Sentuhannya cukup baik, mempunyai idea dan konfiden, bagus dlm one vs one, ada kepantasan dan timing yang agak baik. Dia juga semakin alert untuk mencari ruang-ruang kosong dan tahu kemana hendak pergi. Off the ball play juga cukup baik untuk pasukan.

1 gol telah disumbangkan Moses dalam perlawanan dengan Swansea yang mana Chelsea seri 1-1. Adakah akan diberikan peluang untuk beraksi dalam perlawanan menentang Shahktar Donestk pagi khamis nanti? Yup, ini perlawanan yang penting untuk Chelsea dalam kempen UCL. Jika playmaker kita Juan Mata masih belum cukup cergas untuk diturunkan, Moses mungkin berpeluang melihat aksi UCLnya yang pertama.

RDM sendiri secara tidak berselindung telah melihat Victor Moses sebagai mempunyai prospek yang cerah di Chelsea walaupun mengakui masih banyak yang perlu dimantapkan oleh pemain muda ini.  

He played midweek and was terrific. He got another start (at Swansea) – he's still a very young player, but he's coming along very nicely. He's got tricks, he's very good in one-v-ones, he's got pace, he's got timing as well, and he's becoming more aware of where to find the paces and where to go.So over time I think he'll be a big, big asset for us.” - RDM



Malaysian Blues agak kagum dengan work rate yang ditunjukkan Moses dan kesungguhannya dalam permainan memandangkan dia tidak punya banyak peluang bermain ketika ini dan bila diberikan peluang dia menunjukkan betapa bagusnya dia. Malaysian Blues percaya pembelian Moses juga merupakan salah satu belian bijak Chelsea musim ini. Dengan usaha yang masih muda, masa depan cerah menantinya di Chelsea. Mungkin Moses perlu diberikan lebih banyak ruang dan peluang untuk beraksi. Bukan setakat bermain dalam Capital One Cup atau menentang pasukan "lauk" dalam liga. Jika diberikan peluang, Moses mampu untuk bersaing. Peluang perlu diberikan untuk dia membuktikannya.

Ok Blues, next match - Shahktar Donestk, misi MESTI MENANG. Yup, kita tahu kebolehan yang Moses ada tetapi untuk game penting ini, diharapkan Juan Mata akan kembali dalam perlawanan ini. Mungkin ada sedikit slot untuk Moses nanti... 

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE

Kisah Lama

Archives