Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Thursday, November 22, 2012

BLOG VIEW: PEMECATAN ROBERTO DI MATTEO SESUATU YANG KEJAM? INI MASA UNTUK BERSATU...

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:19 PM, under ,, | No comments

Salam to all...


Masih terkejut? Yup... Malaysian Blues masih terasa kejutannya. Roberto Di Matteo tidak lagi menjadi pengurus The Blues. Selepas dikejutkan dengan kekalahan agak besar 3-0 dengan Juventus yang memungkinkan Chelsea tersingkir awal dalam saingan Champions League musim ini, kita dikejutkan lagi dengan breaking news pemecatan RDM sebagai pengurus Chelsea berkuatkuasa serta merta semalam. 




Kekalahan ditangan Juventus pagi semalam memaksa Chelsea berada dalam kedudukan kemungkinan terkeluar dari saingan kejuaraan yang baru dimenangi beberapa bulan lepas. Kini orang yang membawa kejuaraan itu tidak lagi bersama Chelsea. Apa yang tidak seronok diterima hakikatnya ialah kekalahan semalam menyebabkan Chelsea terpaksa bergantung kepada keputusan perlawanan orang lain dengan mengharapkan S.Donetsk menewaskan Juventus dan Chelsea menang dengan Nordjeland dua minggu lagi.  Itulah sahaja sisa-sisa perkiraan matematik mudah untuk Chelsea mara ke pusingan seterusnya. Yup, dalam bolasepak segalanya mungkin berlaku tetapi hakikatnya kadangkala sukar untuk menjadi realiti. Apapun, kita sama-sama berharap...


Ok, Blues.... apa bermain dalam fikiran anda sekarang? Adakah CHELSEA FC/Roman Abramovich bertindak kejam dengan pemecatan Champions League winning manager Roberto Di Matteo? Jika dilihat dari sudut karakter dan kejayaan singkatnya membawa Chelsea menjadi juara Eropah sememangnya terguris perasaan penyokong. Apapun jika anda berada bersama dalam perjalanan Chelsea sejak mula/sebelum RA mengambil alih Chelsea. maka apa yang berlaku telah dan pernah kita lalui. Bukakan hati seluasnya dan rilex. Ketika ini adalah "tempoh bertenang" untuk semua peminat Chelsea. Kita akan diperkenalkan dengan pengurus baru dalam masa terdekat (nota: ketika posting ini selesai ditulis, Chelsea telah pun mengumumkan pengganti RDM). Hakikat yang tidak dapat kita nafikan... biar "sekejam" mana RA dalam pemecatan ini, mungkin ada sesuatu yang bermain dalam kepalanya yang menjustifikasikan pemecatan RDM. 

Siapa yang tidak terkejut dengan pemecatan ini. Tetapi apa yang perlu dilakukan sekarang ialah... bertenang. Redakan kemarahan (jika marah) dan mula fikirkan... adakah Chelsea FC/RA telah melihat dari suatu sudut yang berbeza dalam membuat keputusan ini? Bagaimana pula kita sebagai penyokong mahu melihat dari satu sudut dan perspektif yang berbeza bahawa apa yang dilakukan Chelsea FC/RA ketika ini adalah sesuatu yang mempunyai justifikasinya yang tersendiri dalam usaha menjadikan CHELSEA FC sebuah kelab TERHEBAT sepanjang zaman? 





Ok... ROMAN ABRAMOVICH. Inilah orangnya. Breaking news semalam sepertinya RA telah mengangkat kapak kesayangannya untuk memenggal kepala (dibaca memecat) RDM. Memang, RA sebelum ini pun telah kita lihat melakukan perkara yang sama dengan memecat beberapa pengurus sebelum ini tetapi bagi Malaysian Blues kadangkala cuba melihat dari perspektif lain berkaitan RDm. Adakah pemecatan RDM benar-benar perlakuan kejam dan tak berhati perut oleh Abramovich seperti yang disangkakan? 

Yup.... jika melihat dari konteks masa yang berlalu sejak 8 bulan lepas, jawapannya ialah "YA... kejam". Tetapi cuba kita larikan diri kita dari sudut itu dan cuba melihatnya dari perpektif yang berbeza dan berikan pertimbangan dengan senario yang lebih luas, keputusan yang diambil Chelsea ini dalam pemecatan RDM mungkin tidaklah sekejam mana dan mungkin ada  asasnya. Perlu diingat, Chelsea adalah kelab yang besar.



Secara mudahnya, suka atau tidak perlu kita akui, RDM hakikatnya bukan atau belum lagi  seorang pengurus kelab yang mencapai taraf bintang. RDM sebenarnya bukan seorang yang mampu membentuk personaliti dan menjadi inspirasi yang membangkitkan keyakinan dalam satu pasukan sepertimana sesetengah nama besar mampu melakukannya. Yup.. itulah hakikatnya. Apapun RDM tetap dalam sejarah Chelsea sebagai orang yang membawa The Blues untuk menakluki Eropah musim lalu tetapi untuk mengangkat kejayaan ini kepada RDM sepenuhnya merupakan sesuatu pengiktirafan yang diarasakan tidak cukup tulin. Malaysian Blues ikhlasnya juga kagum dan bangga dengan kejayaan ini tetapi hakikat tetap hakikat.

Turning point yang cukup segar dalam kepala hotak kita musim lepas berkenaan kebangkitan Chelsea ialah ketika perlawanan menentang Napoli di Stamford Bridge bilamana kita menang 4-1 selepas tewas 3-1 di tempat lawan. Kita melangkah kepusingan seterusnya dengan agg 5-4. Yup, memang RDM lah yang menjadi interim manager ketika itu. Kita tidak boleh nafikan kredit untuk RDM dalam perlawanan penting itu tetapi kemenangan comeback Chelsea yang sebenarnya hari itu tidak datang daripada suatu taktikal masterplan RDM tetapi datang dari satu azam yang cukup kuat, determination yang sepenuhnya dari pemain ~ yang kebanyakannya kembali bersemangat selepas pemergian AVB. (perlu ingat betapa AVB meletakkan moral beberapa pemain senior dalam keadaan yang tak betul sebelum itu dan beberapa pemain senior seperti memberontak di bawah AVB termasuklah Lampard dan Drogba).





Kemenangan ke atas Barcelona dan Bayern selepas itu dicapai sejujurnya dengan satu dose of good luck dan peluang yang berjaya direbut Chelsea melalui satu formasi yang jarang kita lihat. Sekali lagi, pengaruh pemain senior dan pengalaman serta disiplin kuat memainkan peranan. Sekali lagi bukan untuk menidakkan kredit besar untuk RDM tetapi untuk meletakkan segala kejayaan ini disebabkan kepakaran RDM, bukan sesuatu yang tulin.

Perlu diakui juga, kejuaraan Champions League musim lalu dicapai oleh satu generasi pemain bolasepak yang dibawa masuk oleh manager2 terdahulu dan bintang mereka bersinar tepat pada masanya. Jangan lupa kita hanya dijarakkan dengan 1 sepakan penalti untuk menjuarainya pada tahun 2009. Selain itu, kejuaraan FA Cup musim lalu juga dicapai hanya dengan 4 kemenangan perlawanan dibawah RDM dan 2 daripadanya ke atas pasukan Championship iaitu Birmingham dan Leicester City.



Opss... rilex. Jangan salah anggap dengan Malaysian Blues. Malaysian Blues tetap menghormati RDM dan masih dalam keadaan terkejut atas pemecatan ini. Cuma... apa yang Malaysian Blues ingin sampaikan disini ialah kemungkinan-kemungkinan yang dirasakan menjustifikasikan pemecatan ini oleh RA. Bukan Malaysian Blues nak merendah-rendahkan RDM. Kita sebenarnya tidak tahu apa yang bermain dalam kepala RA dan teamnya. Apapun RA tetap The Real Boss di Chelsea.

Ok... rekod RDM bila berhadapan dengan kelab-kelab rival dalam EPL juga tidak cukup bagus. Sejak mengambilalih Chelsea, rekod RDM menentang MU, ManCity, Liverpool, Arsenal dan Spurs di dalam liga agak mengecewakan - 8 perlawanan, 2 kemenangan, 3 seri, 3 kekalahan. Selain itu jangan lupa, Chelsea gagal menamatkan liga di 4 tempat teratas dan dipenghujung musim lalu, kekalahan dengan Newcastle dan Liverpool melontarkan The Blues ke tangga ke6 (kedudukan paling teruk) dan terkeluar dari persaingan UCL jika tidak disebabkan kemenangan bersejarah di Munich.



Yup... sebenarnya baru dalam 4 minggu kebelakangan ini keputusan seakan tidak menyebelahi The Blues. Tetapi ada beberapa perlawanan yang memperlihatkan kelemahan RDM dalam merancang dan meningkatkan keyakinan pemain. Memang Chelsea mempunyai barisan yang boleh dikatakan baru dan mempersonakan tetapi pengalaman mereka dalam perlawanan getir sebenarnya memerlukan lebih dari kepakaran merancang yang RDM mampu berikan.  RA mungkin telah melihat perkara ini.

Pengalaman dan rekod RDM dalam menguruskan pasukan dalam liga juga tidak begitu baik. RDM adalah manager yang membawa West Brom kembali ke EPL tetapi dia jugalah pengurus yang dipecat West Brom pada musim pertama EPL selepas hanya mengutip 26 mata dari 25 perlawanan dan berkedudukan ditempat ke 17 ketika itu. So, jika dilihat rekod ini... untuk meletakkan dia sebagai seorang yang managerial revelation, RDM bukan orangnya.



Hari ini West Brom cukup berbeza daripada pasukan yang ditinggalkannya 2 tahun lepas. Musim lepas, Roy Hugson memimpin mereka mencapai kedudukan tertinggi pernah dicapai dalam EPL dan hari ini West Brom berada dikedudukan ke4 dibelakang Chelsea dibawah Steve Clarke di dalam liga.

Entahlah, Malaysian Blues bukan mahu mengecewakan rakan-rakan The Blues dalam menceritakan perihal ini. Malaysia Blues hanya mahu peminat The Blues sama-sama bertenang dengan keadaan ini dan menerima pemecatan RDM dengan hati yang terbuka. Memang sukar. Tetapi apa yang lebih kita sayang adalah Chelsea dan jika ini langkah terbaik untuk Chelsea, siapa tahu? Ketika ini, RA tetap boss sebenar Chelsea dan apa yang dibawanya kekal menjadi kekuatan Chelsea. Kita pernah melalui pengalaman yang hampir sama sebelum ini berkenaan pemecatan pengurus. Mungkin ada sesuatu yang baik dapat diharapkan dengan keputusan ini. Memang, Chelsea akan terus dibahan dan dikutuk kerana mempunyai sejarah bertukar manager yang cukup kerap tetapi hakikatnya jika bukan kita yang akan pertahankan Chelsea siapa lagi. 



Mungkin Chelsea terus dilabel sebagai kelab lawak oleh penyokong-penyokong pasukan lain disebabkan ini. Mereka akan kata Chelsea kejam atau bodoh dengan cara memecat seorang manager yang membawa kejuaraan Eropah. Tetapi adakah kita terfikir... berapa ramai penyokong kelab-kelab yang rival yang "besar" ini akan berbesar hati untuk mengambil RDM sebagai manager mereka sekarang ini? Pasti... tidak ramai atau tidak ada. Andai Ferguson esok dilanggar basikal dihadapan rumahnya dan cacat, adakah penyokong MU mahukan RDM? Jika Arsene Wenger yang bertahun2 tanpa piala tiba-tiba esok demam panas dan jadi gila (sebab lama tak menang piala) adakah lembaga pengarah Arsenal akan datang menawarkan tempat untuk RDM? Mungkin terpaksa melihat bukan hanya kejayaan singkat yang dibawa RDM tetapi terpaksa melihat rekod dan segala-galanya untuk dipertimbangkan.



Apa yang pasti, kita terima sahajalah hakikat ini. Kita lebih sayangkan Chelsea. Dengan hanya 12 perlawanan sahaja EPL setakat ini, perjalanan EPL sebenarnya masih jauh. Selain itu jika mungkin kita terpaksa bermain dalam Europa League musim ini, harap kita berjaya. Siapa tahu, sesuatu magik berlaku dimana Juventus kecundang ditangan S.Donestk dan kita tak sepatutnya kalah dengan Nordjeland. Secara matematiknya peluang Chelsea meneruskan misi UCL musim ini masih ada walaupun cukup tipis. Tetapi jika ditanya Malaysian Blues apa kejuaraan yang sangat diidamkan musim ini ialah kejuaraan EPL paling penting.

Mungkin RA sebenarnya berasa bimbang selepas melihat Chelsea terkeluar dari 4 tempat teratas musim lalu ketika dia memecat AVB lebih daripada orang lain. Mungkin itu juga fikirannya ketika ini. Dengan EUFA Financial Fair Play semakin menghampiri, akan menjadi suatu igauan ngeri bagi Chelsea jika gagal melayakkan diri dalam kejohanan UCL musim depan. Satu kejohanan yang mana money is spinning.

Akhir sekali, ini mungkin apa yang dapat Malaysian Blues fikirkan tentang justifikasi mengapa RA membuat keputusan  RDM dipecat ketika ini. Kepada semua The Blues.... keep the blue flag flying high. TENANG! Apa yang perlu dilakukan ialah terus menyokong Chelsea dan mengharapkan sesuatu yang menakjubkan bakal berlaku untuk Chelsea musim ini. Kepada RDM... selamat maju jaya.

Note: Belum sempat Malaysian Blues menamatkan posting ini... Chelsea telah mengumumkan perlantikan pemangku pengurus "interim manager" baru iaitu bekas pengendali Liverpool, Rafael Banitez sehingga penghujung musim ini. Seperti yang diperkata sebelum ini, Banitez akan menjadi "interim manager" untuk Chelsea sehingga penghujung musim ini sebelum Pep Guardiola mengambilalih musim hadapan. Kepada semua The Blues... berikan sokongan tak berbelah bagi kepada Rafael Banitez, sebagaimana kita berikan sokongan kepada manager-manager sebelum ini.... 

WELCOME TO THE CLUB.
Malaysian Blues - The Chelsea FC







Berikan komen anda...




Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE

Kisah Lama

Archives