Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Monday, September 10, 2012

BLOG VIEW: MALOUDA... APA KESUDAHANNYA?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 12:41 AM, under ,, | No comments

Salam to all...


Ready to leave...
Adakah kem Chelsea berada dalam satu keadaan yang kurang menyenangkan? Malaysian Blues tidak fikirkan begitu walaupunapa yang kita baca diinternat ada yang tak menyenangkan. Dengan prestasi memberangsangkan dalam permulaan liga, semuanya berada dalam keadaan baik ketika beberapa perkara perlu diperbaiki oleh RDM.


Florent Malouda. Inilah pemain yang menjadikan carian diinternet berkenaan Chelsea kurang enak dibaca dalam minggu ini. Florent Malouda awal minggu ini membuat posting dalam akaun twitternya bahawa dia dipaksa untuk berlatih bersama skuad bawah 21 tahun Chelsea untuk baki kontrak beliau di Chelsea. Selain daripada itu beberapa laporan keluar menyatakan Florent Malouda dan Paulo Ferreira diarahkan untuk bermain dalam perlawanan persahabatan pasukan simpanan menentang Charlton.


Apa yang dibaca, untuk menjadikan semakin panas, pemain ini diberikan telah diberikan amaran bahawa dia kemungkinan akan kehilangan no. 15 nya minggu ini dimana big boss, RDM akan membuat keputusan.

Selepas beberapa ketika, tidak menunggu lama, diberitakan pula kelab Peranchis, Lyon dikatakan berminat untuk memberikan jalan keluat untuk Malouda dimana adalah agak jelas bahawa pemain ini tidak lagi akan menjadi salah seorang pemain dalam perancangan RDM. Seperti yang kita tahu, pemain antarabangsa Peranchis ini tidak disenaraikan langsung dalam 25 pemain bagi pendaftaran pemain Champions League.


Bagaimana pula anda sebagai peminat the Blues? apa yang dilihat adalah penyokong The Blues terbahagi dalam menyatakan pendapat berkenaan keputusan RDM ke atas Malouda dan seolah apa yang berlaku ketika ini adalah sama dengan apa yang AVB lakukan terhadap Alex dan Anelka musim lalu.

Dalam hal Malouda, bagi Malaysian Blues, apa yang penting dalam melihat tindakan RDM ini, jangan kita lupa bahawa hakikatnya Malouda sendiri sepanjang off season musim panas lalu sentiasa bercakap berkenaan untuk keluar dari Chelsea. RDM jelas menyatakan yang dia akan bertemu dan mendengar apa yang Malouda mahukan sebaik selesai pre-season pada Julai kerana RDM ingin tahu apa fokus Malouda untuk musim ini.

Dengan RDM telah membuat keputusan, kita sebenarnya telah melihat bagaimana Maloda merasakan masa depannya bukan di Chelsea dan dia mencuba untuk berunding dengan beberapa kelab luar sebelum transfer dateline (malouda dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Vasco da Gama di Brazil).

Akhirnya, RDM telah membuat keputusan ini kerana merasakan Malouda tidak mahu berada dalam pasukan musim ini. Mungkin... yup mungkin Chelsea akan "terpaksa" berhadapan dengan pemain yang "agak mahal" tetapi unhappy, marah dan dalam keadaan tak berpuas hati sehinggalah musim perpindahan Januari kelak. Lain daripada itu, ada lagi option untuk RDM untuk menghantar sahaja Malouda keluar sebagai pinjaman. Dalam liga inggeris ada satu tempoh yang boleh kita panggil sebagai "emergency loan period" untuk kelab-kelab bawahan dan ianya telah pun dibuka. Mungkin juga Chelsea secara realistiknya menghantar Malouda untuk dipinjamkan ke kelab yang sedang bersaing dalam liga bawahan (Championship) untuk dia "happy" sehingga Januari.

Ketika ini, adalah tidak dapat dipastikan apa sebenarnya berlaku dalam rundingan Mouluda dan Chelsea. Apapun yang pasti tidak akan menggembirakan semua pihak. Malaysian Blues pasti Malouda mahukan saingan lebih tinggi daripada menyertai kelab bawahan Inggeris tetapi itu sebenarnya lebih baik daripada terpaksa berlatih dengan skuad bawah 21 Chelsea. Ianya juga mungkin baik untuk kelab bagi membunuh segala cerita yang berpotensi menggangu prestasi dan perancangan kelab selain mengurangkan sedikit jumlah dah pay slip pembayaran gaji.

Bagi Malaysian Blues, tiada yang tidak kena dengan apa yang dilakukan oleh RDM ketika ini. Jika ada apa terbaik yang boleh dilakukan ialah persetujuan untuk menamatkan baki kontraknya dan Malouda boleh meninggalkan Chelsea dan menyertai semula bekas kelabnya Lyon (jika laporan yang dibaca itu betul).

Apapun, jika ini berlaku adalah amat kurang manis. Malouda telah melakukan bahagian dia. Hakikatnya bagi   Malaysian Blues,  musim terbaik Malouda adalah ketika musim kejuaran berganda dibawah Carlo Ancelotti. Selain dari itu, persembahannya agak kurang umph. kejap ok, kejap hampeh. Apapun, Malouda tmenjaringkan untuk Chelsea beberapa gol penting dalam perlawanan yang penting dan telah menyumbang dalam beberapa kejayaan Chelsea dan JIKA dia meninggalkan Chelsea dia mungkin akan meninggalkan kata-kata yang kurang menyenangkan tetapi kita ingatlah sumbangan yang dia telah berikan.

RDM... kita minum dulu!
Malaysian Blues - support for RDM. Mungkin anda setuju atau tidak setuju. Kalau hamba, hamba juga akan lakukan yang sama.The Best for The Club. Menyemakkan otak pasal malouda ni.... kita fokus QPR hujung minggu ini.


Sekian.


Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


kongsi cerita ini..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...