Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Tuesday, September 4, 2012

BLOG VIEW: RAUL MEIRELES... SELAMAT MAJU JAYA!

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 2:02 PM, under ,, | No comments

Salam to all...

Meireles Sold!.... chelseafc.com
Malaysian Blues tersentak semalam. Selepas terhentak kepala selepas di"ayam"kan Atletico Madrid pagi Sabtu lepas dan selepas hilang jejak Hulk, Cavani atau Schurlle di penghujung musim perpindahan semalam terkejut lagi dengan penjualan Raul Meireles ke Fenerbahce. 8 juta pound membawa Meireles ke Turki.

Sedikit rasa kecewa hari ni bila Raul Meireles ke Fenerbahce. Dari kaca mata Malaysian BluesMeireles sebenarnya mempunyai rate agak tinggi dan percaya dia telah di"under-rate" sepanjang kareer yang pendeknya bersama Chelsea. Perpindahan ini mengejutkan dan mengecewakan bagaimana Chelsea melepaskan dia. Bukan hanya kerana Malaysian Blues menilai dia tetapi tindakan ini menyebabkan kita kehilangan seorang lagi pemain yang berfungsi sebagai deeper centre midfield.


Meireles menjalani kareer bersama Chelsea dengan cukup baik. Pemain midfield yang versatile yang boleh diletakkan dimana-mana bahagian midfield jika diperlukan. Tidak dapat dinafikan, aksinya mungkin terhad untuk musim ini dengan kehadiran beberapa pemain baru yang mantap tetapi kehadirannya dalam skuad Chelsea cukup penting.

Dengan Essien diloankan ke Real Madrid (satu lagi yang mengejutkan.... kita boleh jangka Essien juga akan hanya bertindak sebagai barisan back-up bagi Real Madrid), kita hanya ada tinggal Mikel, Lampard, Romeu, Ramires dan mungkin Oscar yang mampu bertindak sebagai deeper role midfielder. Mungkin di atas kertas, tak lah teruk sangat tetapi masih membimbangkan Malaysian Blues. Lampard telah mula menunjukkan rentak perlahan dalam permainannya manakala Ramires lebih ditumpukan sebagai wing kanan. Romeu masih kurang "kematangannya" manakala Oscar lebih berpotensi untuk bergerak lebih advance ke hadapan. Yup... situasi ini memberikan sedikit kebimbangan bagi Malaysian Blues. Harapnya kita tidak berhadapan dengan banyak kecederaan... Ikhlasnya, Malaysian Blues kurang paham bagaimana untuk memikirkan tentang penjualan Meireles.

Memang memeningkan. Bagi Malaysian Blues - kecuali RDM mempunyai perancangan untuk membawa mana-mana pemain yang berstatus tak berkelab "free agent", Chelsea akan kekurangan pemain untuk mengisi kekosongan Meireles. Apa mungkin RDM terfikir untuk membawa masuk Micheal Ballack yang kini 34 tahun yang sekarang ini "free agent"? mungkin idea yang ok. Entahlah.. mungkin juga bukan jawapannya... Atau membawa balik Josh Mceachran dari Middlesborough?

Micheal Ballack... good old days!
Come on RDM.... harap telah mempunyai perancangan yang sebaiknya untuk Chelsea.

Kepada RAUL MEIRELES, selamat maju jaya. Mungkin over-rate tetapi Malaysian Blues memberikan rate 7/10 untuk sumbangan Meireles sepanjang aksi terhad dan singkatnya di Chelsea.

Meireles amazing goal vs Benfica!


Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...



0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...