Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Monday, September 3, 2012

BLOG VIEW: KITA TAK SUPER IN SUPER CUP?

Salam to all...

Hilang sehari dua tak posting apa-apa. European Super Cup. Yup... terimalah hakikat yang kelab yang kita sayangi "dibelasah teruk" dan "diperbudak-budakkan" dalam match semalam. Letih mencari perkataan yang lebih sedap didengar tetapi apa yang pasti sememangnya The Blues dibelasah dan diperbudak-budakkan oleh Atletico Madrid. What can i say...

What happen?
Malaysian Blues di kampung pagi tu. Member lama datang... so bersembang punya sembang lama tak jumpa sampai ke pagi. Bila member balik baru teringat match.. terus online streaming.. (kat kampung x ada astro).... Wooooooooooo... Atletico 1 - 0 Chelsea. Baru berapa minit... Pergh!!!! Tunggu gak sampai abis... 1 persatu gol masuk.... ending 4-1. 4-1 beb!

Ok. Honest... be honest. Memang persembahan paling teruk dalam sejarah Malaysian Blues tengok live Chelsea dalam satu perlawanan yang besar seperti ini. Ok.... apa yang hendak kita katakan berkenaan perlawanan ini. Kita datang dengan reputasi sebagai King of Europe dengan momentum 9 maksimum mata EPL dari 3 perlawanan berturut-turut tetapi apa yang kita lihat pagi tu bukan Chelsea. Totally bukan Chelsea yang kita tahu. Positif & negatif. 

Positif? Nobody die. So, its positive. Yup.... Malaysian Blues "cuba" mulakan dengan apa yang positif dalam perlawanan tu. Pemain muda Brazil, Oscar masuk menggantikan Ramires di separuh masa kedua. Bagi Malaysian Blues aksinya outstanding dan dalam kelas yang sebenar. Apa yang kita lihat juga, Eden Hazard sekali lagi bersinar, sering mencuba untuk melakarkan sesuatu terbaik dalam permainannya. Torres dan Mata juga nampak hidup, sentiasa berlari dan cuba mendapatkan semula bola yang hilang. Ashley Cole macam biasa, buat apa yang selalu dibuatnya. Cahill menjaringkan gol yang cantik.. Ada lagi yang positif? yup....  Chelsea sebenarnya memegang bola lebih banyak. Lebih possesion terutamanya 2nd half.. Akhir sekali yang positif? yup... tiada mana-mana kecederaan kepada pemain. 

Falcao... hatrik
Negatif? Yup.... banyak sangat yang negatif yang boleh kita perkatakan dari apa yang kita lihat. RDM perlu membuat post mortem mendalam tentang apa yang terjadi. Andai kita benar-benar ingin mencabar dan jika kita benar2 title contender.

DAVID LUIZ. Malaysian Blues big fan untuk David Luiz. Entahlah... semalam, Bob bukan seorang defender. Pertahanan yang cukup rapuh dan selalu hilang punca dalam meletakkan diri dalam kedudukan yang sepatutnya. Kerap hilang dalam posisinya dan tidak mempunyai pace untuk kembali. Takcle yang kurang berkesan, selalu memberikan free kick yang tak sepatutnya dan attitude yang lemah. Yang paling menggerunkan, Luiz terlalu sangat meluru jauh kehadapan dan gagal kembali ke tempatnya sendiri. Honest... very poor game. Perlu diakui.

Ivanovic... below par.

BRANISLAV IVANOVIC. Yup... dia adalah antara pemain terbaik Chelsea, selalu muncul sebagai hero dan true fighter. Apapun, Ivanovic sepertinya bukan pemain pertahanan kanan yang sebenarnya. Hakikat, selain keupayaan kepalanya, dia sebenarnya kurang mendatangkan masalah kepada pihak lawan setiap kali bola di kakinya ketika menyerang di hadapan. Banyak kali kita perhatikan, dialah seorang yang langsung tidak dikawal rapi kerana Madrid tau tahap keupayaan menyerangnya. Setiap kali mendapat bola, Ivanovic selalu sahaja membuat pass yang tiada kualiti, cross atau hantaran jauh yang menuju tidak kepada sesiapa. Terlalu banyak kesilapan. RDM mungkin perlu memikirkan sesuatu untuknya. Melainkan dia membuktikan sebaliknya, new signing kita Azpilicueta mungkin telah menghidu perkara ini dan pasti mencabarnya. Malaysian Blues berpendapat Ivanovic sebenarnya lebih berkesan sebagai centre back.


RAMIRES. Mungkin ini adalah pemainan terburuk sepanjang bermain dengan Chelsea. Yup... Ramires adalah pemain favourite Malaysian Blues. Dia selalu meledak gol-gol penting untuk Chelsea dan bermain permainan yang cemerlang untuk The Blues tetapi apa yang dilakukan semalam.... sia-sia. Secara konsisten dia kehilangan bola, hilang imiginasi, hantaran silang yang teruk dan secara keseluruhanya permainan terburuknya semalam. Entahlah.... 

LAMPARD & MIKEL. Lampard hilang. Mikel juga hilang. Lampard sepatutnya lebih tenang dalam posisi yang diletakkan RDM untuknya. Sebagai pemain holding midfield bersama Mikel, kita sering melihat aksinya yang lama yang sering menerobos ke hadapan tanpa berupaya kembali ke posisi asalnya dengan pantas. Mikel? pun sama. Hancus semalam.

Chelsea secara keseluruhannya... cukup lemas. Tanpa kesungguhan. Apa yang kita lihat, pemain seakan terus give up selepas ketinggalan 2-0. Ini bukan Chelsea. Betul! kita diasak oleh pemain berkelas dunia seperti Falcao tetapi apa yang pasti, kita gagal untuk menangani serangan pantas counter attack Madrid. Hampir semua player lemas ketika menghadapi counter attack Madrid. Seakan membiarkan sahaja. 

Jujurnya, kita dirobek oleh pasukan Madrid yang jauh lebih berkualiti semalam. Mereka menyerang dengan pantas dan The Blues seolah2 tiada jawapan untuknya. Mungkin benar kita ingin melihat aksi menyerang flowing football dalam Chelsea tetapi apa yang dibuktikan malam ini, sistem yang mahu kita terapkan gagal untuk tangani musuh yang berbisa. KECUALI kita sedar segera dari lamunan ini, kita bakal hilang segalanya.  

Hakikatnya, kita mempertahankan gawang sebagai 1 unit dalam perjalanan sukar untuk bergelar King of Europe 3 bulan yang lepas. Secara tiba-tiba segalanya hilang. The Blues lupa bagaimana untuk bertahan sebagai satu pasukan semalam. Amat memalukan.

RDM... big post mortem!
Secara taktikalnya, apakah RDM tidak membuat homework yang cukup tentang gaya permainan Atl Madrid? Entahlah... Seolah-olah kita terlalu berharap kepada Hazard dan Mata untuk merencanakan permainan. RDM perlu fikirkan semula secara mendalam. Kita perlukan kreativiti di semua bahagian dan bukan hanya berharap kepada 2 pemain ini. Tak tahulah... selepas ketinggalan 4-0, ulang taip... 4-0. Kenapa? kenapa tiada pertukaran dibuat? We got nothing to lose... RDM sepatutnya memasukkan mungkin Victor Moses dan Azpilicueta. Sepatutnya. 

Apa yang dilakukan ketika training, persediaan dalam menghadapi perlawanan penting seperti ini, homework berkaitan kemampuan pihak lawan mungkin kuncinya. Hakikat... kita dapat lihat bagaimana pemain tidak bermain dengan sepenuh hati dan secara mudahnya ini bukan Chelsea yang menewaskan Newcastle sebelum ini. Bagi anda bagaimana? Adakah pemilihan pemain? adakah taktik yang tidak menjadi untuk berhadapan pasukan yang kuat? adakah sebab pemusnah yang kurang berbisa?

Yang dah berlaku telah berlaku. Apa yang pasti kita telah kehilangan 2 piala yang sepatutnya kita dakap. Kita tewas dengan Man City dalam Community Shield yang bagi Malaysian Blues rasa permainan yang ditunjukkan ketika itu jauh lebih baik. Sekarang kita kehilangan 1 lagi piala yang kita harapkan. tetapi tewas dalam keadaan yang cukup memalukan. Tanpa melawan. Hakikatnya... jika kita balik semula dalam perlawanan semalam dan 3 perlawanan sebelum itu sebenarnya pertahanan kita terlalu kerap memberikan ruang yang cukup luas untuk pihak lawan dan andai RDM tak nampak akan hal ini atau gagal memperbaikinya pasti kita akan terhukum apabila bertemu lawan yang akan mengambil peluang ini. Itulah yang berlaku dalam perlawanan semalam.

Kita bermula baik musim ini. 3 kemenangan liga berturut-turut dan 9 mata maksimum. Hakikatnya kita dirobekkan terlalu mudah semalam. Tiada apa yang perlu ditangisi. Musim baru nak masuk gear kedua. Mungkin waktu panjang rehat EPL sehingga kita beraksi semula menentang QPR perlu digunakan sebaiknya untuk melihat dan memperbaiki apa yang perlu. Lihat apa yang positif dan negatif dalam perlawanan ini dan kalau dari apa yang kita baca ~ reaksi RDM & pemain mungkin ada kebaikannya. WAKE UP CHELSEA. WE'RE TITLE CONTENDER! 

BOUNCE BACK! BRING BACK THE FEAR FACTOR! Kepada semua rakan-rakan fan Chelsea... jangan sedih sangat. Win, lose or draw... tetap Chelsea. COME ON CHELSEA! Show us REAL CHELSEA! 

Malaysian Blues - looking forward.

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...



0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...