Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Wednesday, March 28, 2012

CHAMPION LEAGUE 2012 - AWAY WIN CHELSEA & REAL MADRID

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 7:26 PM, under ,,,,, | No comments

UCL 2012 - Quarter Final 1 (1st Leg) 
SL Benfica 0 : 1 Chelsea FC


Gol kemenangan Chelsea oleh Salomon Kalou
Chelsea FC meraih kemenangan berharga 1-0 di tempat lawan apabila menumpaskan SL Benfica pagi tadi. Percaturan Roberto de Matteo untuk meletakkan beberapa nama yang kurang "menyengat" untuk kesebelasan utama pada mulanya agak menggusarkan peminat The Blues. Fernando Torres & Salomon Kalou dipilih manakala Didier Drogba dan Daniel Sturridge hanya berada di bangku simpanan. Raul Mireles & Mikel dipilih meletakkan Frank Lampard & Essien dibangku simpanan. 


Apa yang pasti percaturan ini tampak berhasil sebaik perlawanan dimulakan apabila Chelsea lebih banyak mengasak kubu pertahanan lawan. Permainan kemudiannya nampak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling menyerang dan beberapa kali mempunyai peluang besar untuk menjaringkan gol. Misi mendapatkan gol ditempat lawan akhirnya berjaya diraih Chelsea apabila Torres yang semakin menjadi berjaya melepaskan diri dari pertahanan Benfica dan hantaran bersihnya disudahkan dengan kemas oleh Salomon Kalou pada minit ke 75. Bekal 1 gol ditempat lawan ini amat berharga buat Chelsea sebagai deposit untuk perlawanan kedua di Stamford Bridge minggu hadapan.


UCL 2012 - Quarter Final 2 (1st Leg) 
Apoel FC 0 : 3 Real Madrid


Benzema - 2 gol
Real Madrid kini berada sebelah kaki untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir apabila membenam pasukan Apoel FC di laman lawan yang langsung tidak diberi peluang dengan jaringan 3 gol tanpa balas. Karim Benzema menyumbat 2 gol pada minit ke 74 dan 90 manakala pemain kebangsaan Brazil, Kaka menyumbat 1 lagi gol pada minit ke 82. 


Dengan bekalan 3 gol ditempat lawan, Real Madrid tampak pasti akan berada di peringkat separuh akhir.



Blog dari stadium note: BRAVO MY CHELSEA!


Berikan komen anda tentang cerita ini..



CHELSEA ALL ALONE IN CHAMPION LEAGUE TONITE!

CHAMPION LEAGUE 2012 - QUARTER FINAL.
Benfica vs CHELSEA
Live Astro 28 Mac 2012. 2.45am.



Selepas 6 tahun, malam ini Chelsea bersendirian sebagai wakil tunggal Liga Perdana Inggeris bersaingan dalam perlawanan peringkat suku akhir pertama Champion League 2012. Chelsea bertandang ke Lisbon untuk menentang Benfica dalam saingan suku akhir ini.

Pada 2005/06, Arsenal menjadi pasukan tunggal Liga Perdana Inggeris dalam pusingan suku akhir yang mana mereka menumpaskan Juventus diperingkat suku akhir dan seterusnya menewaskan wakil Sepanyol Villareal di saingan separuh akhir. Langkah Arsenal menjulang Champion League 2006 musnah bila ditewaskan oleh satu lagi wakil Sepanyol, Barcelona di perlawanan akhir.

Musim 2006/07, 3 pasukan dari EPL menjejakkan kaki ke suku akhir iaitu Liverpool, Manchester United & Chelsea. Liverpool dan Chelsea melangkah ke separuh akhir dan diundi bertemu sesama sendiri manakala Manchester United bertemu AC Milan dalam satu lagi separuh akhir. Liverpool mara ke perlawanan akhir selepas menundukkan Chelsea. Impian untuk 2 pasukan EPL bertermu di perlawanan akhir tidak kesampaian apabila Manchester United tumpas kepada AC Milan. Wakil Itali menjulang kejuaraan menewaskan Liverpool.


2007/08 - Arsenal, Chelsea, Liverpool & Manchester melengkapkan 4 EPL big four di suku akhir UCL 2008. Manchester United merangkul kejuaraan pertemuan dengan Chelsea selepas penentuan sepakan penalti.

2008/09 sekali lagi 4 pasukan ini layak ke suku akhir. Chelsea menumpaskan Liverpool di peringkat suku akhir untuk bertemu Barcelona di pelawanan separuh akhir yang penuh kontrovesi. Jaringan lewat Andres Iniesta membawa Barcelona sekali lagi ke perlawanan akhir dan menewaskan Manchester United dalam perlawanan akhir untuk menjulang kejuaraan untuk 2 tahun berturut-turut.

2009/10 - Arsenal & Manchester United layak ke suku akhir dan tewas masing-masing kepada Barcelona dan Bayern Munich. Inter Milan menjuarai UCL menumpaskan Bayern Munich dalam perlawanan akhir di Stadium Bernabau, Sepanyol.

2010/11 - Perlawanan akhir berlangsung di Stadium Wembley. Hanya Chelsea dan Manchester United layak ke suku akhir dan diundi sesama sendiri. MU menewaskan Chelsea dengan aggregat 3-1 tetapi akhirnya kecundang dalam perlawanan akhir dengan Barcelona.......


29 Mac 2012 - Saingan suku akhir Champion League 2012 bermula. Selepas Liverpool lenyap dalam dunia UCL sejak beberapa tahun ini, Manchester City mengambil alih tempat Liverpool untuk bersama-sama regular Man United, Chelsea & Arsenal bersaing dalam UCL 2012. Arsenal adalah satu-satunya pasukan yang awal menempatkan diri ke peringkat 16 pasukan terbaik apabila mengetuai kumpulan F yang terdiri drp Lyon, Marseille & Dortmund. Chelsea terpaksa menunggu hingga perlawanan terakhir untuk mengetuai kumpulan E yang terdiri daripada Laverkusen, Valencia & Genk. Manakala Man United & Man City lemas diperingkat kumpulan.

Arsenal yang bertemu AC Milan diperingkat kalah mati mencorak jalan sukar bila dibelasah 0-4 di San Siro dalam perlawanan pertama. Kebangkitan di tempat sendiri dalam perlawanan kedua untuk melenyapkan kelebihan 4 gol AC Milan nampak seperti menjadi apabila meledak 3 gol pada separuh masa pertama namun hilang punca mencari 1 lagi gol untuk menyamakan kedudukan di separuh masa kedua. Arsenal terkeluar tewas aggregat 3-4.

Seperti Arsenal, Chelsea yang dilanda masalah dalaman melibatkan pemain dan pengurusnya AVB menempah jalan sukar dalam perlawanan pertama di Itali. Wakil Itali, Napoli menjinakkan Chelsea 3-1. Namun begitu seperti menolak ramalan awal, Chelsea yang tanpa pengurus tetap selepas AVB dipecat, mempamerkan persembahan menakjubkan membenam Napoli 4-1 di Stamford Bridge untuk melangkah ke suku akhir bersendirian dengan aggregat 5-3.


Kini, Chelsea sendirian menggalas sebagai wakil EPL diperingkat suku akhir bertemu Benfica.
COME ON CHELSEA! 


Blog Dari Stadium - CHELSEA! CHELSEA! Hahahaha

Berikan komen anda tentang cerita ini..

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE