Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Friday, November 30, 2012

MISI AFF 2012: MALAYSIA vs INDONESIA ~ EDISI BAKAR SEMANGAT HARIMAU MALAYA

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 2:28 AM, under ,, | 1 comment

Salam to all,
Salam Harimau Malaya.

Harap sudah sedikit reda meraikan kemenangan semalam. Tempoh bertenang. Tempoh bertenang buat Harimau Malaya. Tempoh bertenang buat semua penyokong Harimau Malaya yang begitu teruja dengan kemenangan dan persembahan meyakinkan semalam. Ini masanya kita untuk semua warga yang mengaku anak Malaysia memanjatkan rasa syukur kerana segala kegusaran dan kegelisahan yang terbenak dalam diri setiap penyokong terlerai sebahagiannya semalam.


Dua hari lagi perlawanan penentuan yang akan menentukan hidup mati Harimau Malaya dalam misi mempertahankan kejuaraan AFF yang kita menangi pada dua tahun yang lalu. Lumrah dalam bolasepak, mempertahankan sesuatu kejuaraan yang kita menangi kadangkala sebenarnya lebih sukar berbanding kita mengejarnya. Hakikat yang harus kita terima ialah Piala AFF yang kita miliki sejak 2010 mempunyai satu tarikh tamat tempoh. Dan tempohnya telah berakhir. Masa untuk membidanya semula untuk tempoh baru 2 tahun akan datang. Yup, Malaysia memilih jalan agak sukar dengan tewas dengan Singapura sebelum ini, tetapi bak kata orang no pain no gain... apapun syukur kerana kita berjaya menewaskan Laos dan membuka semula ruang untuk kita melangkah kepusingan seterusnya.

Apa yang kita mahukan kini berada dalam tangan kita sendiri. Berada dalam tangan Harimau Malaya sendiri.  Kita yang akan tentukan samada kita akan melangkah ke separuh akhir. Paling penting kita pastikan kita MENANG malam sabtu nanti... tempat kita di separuh akhir sudah tersedia. Banyak faktor X yang menyebelahi kita ketika ini. Bumi sendiri, stadium sendiri, penyokong sendiri. Hanya perlaksaannya sahaja. Jika kita mampu benam Indonesia 3-0 dahulu, kenapa tidak sekarang. Jika kita yakin, InsyaAllah.


Indonesia. Ini lawannya untuk kita sabtu ini. Rival serumpun yang kadangkala sukar untuk kita fahami mengapa begitu iri hati dan benci sangat dengan Malaysia. Tak perlu dijemput, tak perlu diusik, dia datang dengan sendirinya. Perang psikologi dari bumi Garuda telahpun bermula sejak sebelum AFF ini bermula lagi. Dengan kedua-dua pasukan mahu memastikan tempat ke separuh akhir dalam perlawanan ini, ianya dijamin akan menjadi lebih panas menjelang perlawanan malam esok. Penyokong-penyokong fanatik Indonesia tanpa segan silu menghina, mencerca, memaki skuad Harimau Malaya dan penyokong. Dilaman-laman sosial cukup mudah dilihat bagaimana mereka bertindak menyerang psikologi Harimau Malaya. 


Dendam kesumat dibelasah 3-0 di Bukit Jalil dalam perlawanan akhir 2010 tak pernah reda. Dendam dimalukan di Gelora Bung Karno bila kita menjulang piala AFF 2010. Dendam kekalahan final Sukan Sea 2011 di tanah mereka sendiri. Media mereka sendiri tak pernah membantu. Masuklah di google dan cari sumber-sumber berita sukan dari Indonesia kita akan tahu. Bagaimana media mereka memainkan peranan dalam membakar minda dan menimbulkan benci tanpa had dengan Malaysia. Rakyat Malaysia takkan lupa bagaimana skuad Harimau Malaya terpaksa menaiki Baracudda untuk memasuki stadium di Jakarta pada 2010. Rakyat Malaysia tak lupa bagaimana perlakuan mereka ketika lagu negaraku dimainkan dahulu.

Nasihat Malaysian Blues kepada diri sendiri dan rakan-rakan penyokong Malaysia. Tak lupa juga kepada semua pemain dan pegawai Harimau Malaya, jangan biarkan provokasi-provokasi mereka mempengaruhi kita. Provokasi murahan ini hanya perlu dijawab dengan scoreline di Bukit Jalil malam sabtu nanti. Itulah jawapan yang paling mujarab buat mereka. Kita tak perlu bimbang dengan provokasi ini. Tidak dinafikan juga ada penyokong mereka bersikap profesional.


Ayuh semua. Adjust apa yang tak penting dalam diari anda Sabtu ini. Curi sedikit masa kita untuk turun ke stadium sabtu ini. Ada kemampuan ada kelapangan, dari Arau, Alor Star, Sandakan, Miri, Segamat, Bachok, Temerloh, Seremban, Alor Gajah, Pontian, Batu Gajah, Bukit Mertajam, Dungun dan dari mana pelusuk negara semua kita turun ke stadium Bukit Jalil. Dari Cheras, Ampang, Banting, Batu Caves, Kajang, Bangi, Sepang, Shah Alam, Klang... ada kelapangan kita penuhkan stadium sabtu ini. Kita timbulkan aura Harimau Malaya di Bukit Jalil. 

Tak kiralah anda Melayu, Cina, India, Sikh, Kadazan, Dusun, Bajau, Bangla (opss sorry... hehehehe) kita bersatu. 

Tak kiralah anda towkeh gula, penanam ubi, nelayan, cikgu sekolah, student, penjual burger atau driver lori sekalipun. Ini masanya. 

Tak kiralah anda Umno ke, PAS, PKR, MCA, MIC, SUPP, Bersatu, SNAP ke... selagi anda mengaku anda warga Malaysia... jom kita bersatu! 

Tak kiralah anda penyokong Red Warriors, Harimau Selatan, Red Giant, Tok Gajah... apa juga gelarannya.. kita tunjukkan kita Harimau Malaya malam itu. 

Tak kiralah anda hard core Chelsea ke (Chelsea rules! hehehe), MU, Man City, Liverpool, Arsenal, QPR, Barcelona, Real Madrid, West Ham (West Ham?) simpan semua jersi ori atau AAA siam anda, kita sarung hitam kuning atau biru Harimau Malaya.

Tak kiralah anda Ultras ke tak ultras ke, penonton kuaci atau apa sahaja....
Ini masanya. Kita takluk Bukit Jalil. Biar gempita sorakan buat Harimau Malaya.



Kepada yang jauh dan tak berkesempatan, jangan lupa tengok TV. Biar sorakan anda juga didengari di seluruh negara (moral: kalau jiran sebelah ada anak kecil hormat sikit bila bersorak). Doa seluruh warga Malaysia buat skuad kita malam sabtu ini. 

Kepada skuad Harimau Malaya. Kepada Safiq, Safee, Mat Yo, Kyril, Aidil, S.Kunalan, Mahali, Apek, Farizal, Wan Zack dan lain-lainnya. Kukuhkan semangat anak Malaysia. Berjuang habis-habisan. Tak kira siapa sahaja yang akan diturunkan. Buktikan kepada rakyat Malaysia. Buktikan kepada semua. Pastikan Harimau turun kelaparan. Biar garuda jadi santapan....(Malaysian Blues mahu bahagian kepak)

Apa lagi yang nak Malaysian Blues katakan? Mohon sebarkan edisi bakar semangat ini... ini sikit sumbangan dari Malaysian Blues!



Malaysian Blues note: Pesanan buat penyokong
- jangan salah stadium - Bukit Jalil (bukan stadium Shah Alam)
- bawa Jalur Gemilang masing-masing (bendera parti politik simpan kat rumah). 
- jaga tingkahlaku rakyat Malaysia
- tak payah bawa Vuvuzela. tak payah bawa lebihan mercun raya
- jangan nak mengada-ngada bawa laser pointer 
- yang bawa partner, jangan buat benda tak senonoh dalam stadium
- yang makan burger atau kuaci, jangan tinggal sampah sarap dalam stadium
- apa lagi nak pesan? Warga Malaysia warga bertamadun... lu fikir la sendiri...

Malaysian Blues - The Chelsea FC




Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

Thursday, November 29, 2012

MISI AFF 2012: HARIMAU LUKA YANG KELAPARAN ~ MALAYSIA 4 - LAOS 1 (VIDEO)

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 2:40 AM, under ,,,, | 1 comment

Salam to all...

Debaran yang menggunung di hati rakyat Malaysia malam ini sudah terlerai. Harimau Malaya yang berdarah didadanya malam ini turun dengan semangat yang begitu jitu demi membaham mangsanya dan membayar sebahagian hutang yang tinggal. Jika lumrah bolasepak Malaysia sememangnya begitu, inilah masanya untuk Harimau Malaya terus maju kehadapan. Jangan dikesali apa yang berlaku semalam. Malam ini tugas telah selesai. Kemenangan yang dicari hadir juga. Kerana hanya kemenangan yang kita cari. Malaysia 4 - Laos 1.


Hidup biar berlaku adil. Be fair. Adat manusia. Menang disanjung, kalah dipancung. Jika sehari dua ini tak cukup tangan menaip di laman sosial membahan dan mengkritik pasukan, jika sehari dua puas menyumpah dikedai kopi. Malam ini yang menang berhak mendapat kredit mereka. Yang menang berhak untuk mendapat satu pujian. Biar berpada...kerana misi kita belum berakhir. Fokus dengan apa yang akan kita hadapi dimasa hadapan.

Ikhlas Malaysian Blues. Semangat Malaysia cukup-cukup jitu malam ini. Apa yang berlaku dua hari lepas tidak mematahkan semangat anak Malaysia yang berjuang ditengah padang malam ini. Betapa mereka menggalas berjuta harapan seluruh rakyat Malaysia. Jika keseluruhan persembahan Harimau Malaya malam ini  tidak cukup untuk diberikan kredit maksimum maka tiada lain selain semangat yang dipersembahkan mereka berhak untuk kredit maksimum itu. Perlu kita akui, masih banyak yang perlu dimantapkan agar setiap peluang yang terhidang dijelmakan sebagai gol buat negara. Ini bolasepak. Menang atau kalah ditentukan dengan jaringan gol. Dan semangat inilah yang kita ada untuk menang.


KREDIT UNTUK MALAYSIA, KREDIT UNTUK HARIMAU MALAYA.  Apa yang kita saksikan tadi? Menyaksikan perlawanan tak kira di dalam stadium atau di kaca TV, sesuatu yang tak dapat tidak perlu diberikan kredit maksimum ialah SEMANGAT HARIMAU yang cukup jitu malam ini. Sukar untuk kita nafikan. Selepas moral tersembam ditanah dua hari lalu, Selepas maruah tercalar di bumi sendiri dua hari lalu. Malaysia bangkit dari luka untuk membawa semangat jitu dalam misi mesti menang malam ini. Inilah yang kita mahukan.

Harimau Malaya malam ini cukup jelas dengan apa yang perlu dan mahu dilakukan. Cukup jelas. Entah apa yang dibasuh oleh Datuk K kepada anak buahnya. Yang pasti ianya berkesan. Bermula tiupan wisel, Malaysia memberi tekanan yang menggunung buat Laos dengan serangan bertali arus. Gol awal cukup penting bagi Malaysia. Safee Sali seharusnya mampu meletakkan Malaysia dihadapan seawal minit ke 10 jika tidak kerana kegopohannya. Peluang kedua Safee muncul selepas itu juga gagal disempurnakan. Apapun penguasaan Malaysia berterusan. Menyerang dan terus menyerang. Malaysian Blues ketika ini cukup yakin gol yang ditunggu pasti tiba.



Minit ke 15, stadium dan seluruh negara bergegar bila freekick kapten pasukan Safiq Rahim menerjah jaring.  Malaysia 1 Laos 0. Gol yang cukup baik dan pilihan gol Malaysian Blues malam ini. Malaysia perlu lebih gol malam ini. Gol kedua mesti hadir segera. Mesti.

Malaysia 1 - Laos 0. Ini kedudukannya. Malaysian Blues tak mahu menipu diri sendiri. Ini hakikatnya. Dalam optimis dengan keupayaan Malaysia dan penguasaan bola yang ditunjukkan, kadangkala terusik kepala hotak Malaysian Blues dengan pesimis Malaysia akan melakukan lagi kesilapan yang biasa dilakukan bila mendahului pihak lawan. Betapa gemuruh dalam jiwa ini bila beberapa peluang terhidang untuk menambah jaringan gagal disudahkan sempurna Safee Sali dan Mat Yo. Malaysia perlu segera mendapatkan gol kedua dan terus mematikan rentak permainan Laos. Yup, kita kekal menguasai permainan tetapi gol yang dicari tidak muncul-muncul.

Cukup jelas. Pemainan milik kita. Farizal Marlias yang diturunkan sebagai penjaga gol malam ini agak tidak teruji secukupnya. Minit 39, semua tersentak. Kesilapan Safiq Rahim yang agak cuai membuat hantaran lemah menyebabkan bola singgah ke kaki pemain Laos. Gol penyamaan Laos tiba. Rembatan wing kiri Laos melambung masuk ke gawang selepas deflection tampanan Aidil tanpa dapat dibuat apa-apa oleh Farizal. Siapa yang tak tersentak? Tamat masa pertama kedudukan 1-1 cukup melemaskan penyokong. Cukup meresahkan. Tapi jauh disudut hati kita. Malam ini malam kita.


Ok. Inilah kredit sebenar yang seharusnya diberikan kepada Harimau Malaya malam ini. Entah apa yang dibebelkan datuk K di bilik persalinan. Tetapi inilah hasilnya. Setiap seorang pemain tahu Malaysia mesti menang malam ini. Separuh masa kedua benar-benar milik Malaysia. Penguasaan Malaysia berterusan. Serangan bertali arus. Malaysia perlu mendapatkan gol seterusnya dengan segera. Satu persatu peluang datang. Safiq Rahim merembat liar off the post. Safee Sali juga terlepas peluang dengan tandukannya tersasar lagi.

Minit 68, akhirnya gol yang ditunggu-tungu tiba. Wan Zack yang berjaya meloloskan diri pantas melorongkan bola untuk Safee Sali dan kali ini tenang membuat tapping untuk gol kedua Malaysia. Belum cukup. Gol ketiga mesti untuk terus mematikan rentak Laos. Tak sampai 10 minit, Wan Zack hadir dengan timing yang tepat untuk menanduk masuk hantaran lintang S. Kunalan dari kiri. Malaysia 3 - Laos 1.


Kemasukan Khyril Muhymeen menggantikan Safee Sali cukup berbaloi. Beberapa minit dipadang, pemain ini meledak gol ke-4 denga larian yang cantik melepasi pertahanan Laos dan tenang menolak bola masuk menewaskan penjaga gol Laos. Malaysia 4 - Laos 1.

Kemenangan yang kita cari malam ini sudah kita capai. Apapun perlu diingat misi jangka pendek untuk menempatkan Malaysia di saingan separuh akhir belum berakhir. Kedudukan pasukan dalam kumpulan masih terbuka luas untuk semua pasukan. Kekalahan Singapura di tangan Indonesia 0-1 meletakkan Indonesia ditangga teratas dengan 4 mata dan diikuti Singapura dan Malaysia dengan 3 mata yang dipisahkan dengan jumlah jaringan.


Pertemuan terakhir peringkat kumpulan sabtu ini menentang rival Indonesia cukup-cukup penting. Seperti malam ini, perlawanan ini adalah perlawanan mesti menang. Hanya kemenangan sahaja yang dapat memastikan Malaysia mara ke separuh akhir. Bukan seri apatah lagi kekalahan. Dendam kesumat Indonesia kepada kita jangan dikira. Tak pernah berakhir. Selepas kita melenyapkan sorakan Gelora Bung Karno 2 tahun lepas ketika menjulang AFF 2010 dan memalukan mereka dalam Sukan Sea 2011 juga ditempat yang sama, dendam mereka bukan sedikit. Semangat Harimau Malaya malam ini perlu diteruskan. Jangan mimpi untuk menjulang AFF sekali lagi. Jangan mimpi untuk membalas dendam dengan Singapura. Kekalkan tekad ini dahulu. Tewaskan Indonesia sabtu ini. Misi ini perlu dilangsaikan terlebih dahulu.

video kredit kepada siapa yang upload ke youtube..

Ini perkiraan matematiknya. Jika Malaysia menang dan Laos dapat menundukkkan Singapura atau sekurang-kurangnya seri, maka juara kumpulan B akan menjadi milik Malaysia. Perlawanan akan dijalankan serentak. Tiada kompromi. Datuk K perlu membuat study secukupnya tentang Indonesia dan wajib merangka taktikal yang cukup mujarab untuk melenyapkan Indonesia sabtu ini.

Penyokong, penuhkan stadium sabtu ini. Malaysia perlukan anda. Malaysia mesti menang. Ini masanya. Ini tempatnya. Doa dari seluruh negara buat Harimau Malaya.

Malaysian Blues Man of The Match - Wan Zack Haikal. Special mention - Shakir Saari, Mahali Jasuli, S. Kunalan.

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

Wednesday, November 28, 2012

MISI AFF 2012: MALAYSIA vs LAOS. INI MASANYA!

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 2:45 AM, under , | No comments

Salam to all.

Pertemuan hidup mati. Malaysia vs Laos. Inilah masanya jika Malaysia mahu melakukannya. Tiada keputusan lain selain menang. Selepas tewas 3-0 dengan Singapura, Malaysia tiada jalan lain selain menang dalam perlawanan ini. Dan lebih baik jika Malaysia mampu menang dengan jaringan yang banyak.


Bercakap sememangnya mudah. Hakikatnya Laos 2012 tidak sama dengan Laos 2010 yang lalu. Tahun 2010 kita membelasah Laos 5-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan yang membawa Malaysia mara ke separuh akhir dan seterusnya melangkah ke akhir dan bergelar juara. Keupayaan Laos mengikat Indonesia 2-2 dalam perlawanan pertama sedikit membuka mata pesaing-pesaing bahawa Laos bukan lagi pasukan belasahan. Perlu diingat, Malaysia tidak perlu memikirkan perlawanan menentang Indonesia selepas itu ketika ini. Apa yang penting Harimau Malaya perlu memberikan tumpuan sepenuhnya dalam misi menumpaskan Laos.

Malaysian Blues tidak gemar bercerita dengan mengaktifkan frasa KALAU dalam apa juga keadaan. Ianya bukan sekadar kita perlu menang, tetapi MESTI menang. Kepada semua penyokong Malaysia, lupakan kekecewaan tewas 0-3 dengan Singapura. Berhenti seketika mengkritik dan membahan Datuk K. Rajagopal. Biar teruk manapun pasukan kita ketika menentang Singapura. Biar letih kepala hotak kita memikirkan taktikal Datuk K ketika menentang Singapura. Inilah pasukan kita. Inilah Harimau Malaya kita. Masa untuk kita. Baik pemain ataupun peminat, masanya untuk kita fokus menentang Laos.


Tempoh 2 hari tanpa perlawanan diharapkan cukup buat Datuk K menganalisa corak persembahan Laos ketika menentang Indonesia dan merangka sesuatu yang benar-benar mujarab dalam pasukan bagi menghadapi Laos. Tempoh 2 hari ini juga diharapkan semua pemain telah berupaya mengembalikan moral yang tersembam ke tanah ke tempat yang sepatutnya. Tempoh 2 hari ini juga diharapkan semua penyokong sudah bersedia untuk kembali ke stadium dengan semangat jitu memberikan sokongan kepada Harimau Malaya. Jika Bukit Jalil medan keramat kita, inilah masanya kita buktikan.

Siapa yang tidak merasa kecewa dengan tewas kepada Singapura? Siapa? sama seperti peminat lain, Malaysian Blues juga tersentak dan terkejut. Seperti batu bertan-tan beratnya menghempap kepala. Apa yang kita rasakan, lebih yang pemain rasakan. So... ini Bukit Jalil. Stadium yang mana kita membantai Indonesia 3-0 2 tahun lalu. Stadium yang bergema lagu negaraku terkuat dalam sejarah negara ketika bertemu Singapura tahun lalu. Jika Malaysia terpaksa tersungkur, katakan bahawa ini bukan tempatnya. Ini bumi kita. Ini tanah tumpahnya darah kita. Ini bumi Malaysia. Hanya Harimau yang akan beraja di sini. Gali dan korek jauh dalam diri kita, kita tahu siapa kita dan kita mampu melakukannya.

Come on Malaysia, come on Safee Sali, come on Apek, come on Safiq Rahim, come on semua pemain! come on Penyokong, come on MALAYSIA. Jika kita gagal lakukan semalam, bukan bermakna ianya telah berakhir. Hari ini kita mulakan. Hari ini kita kibarkan Jalur Gemilang kita.

HARIMAU MALAYA! Apa juga halangannya, bawakan kepada kami. 
HARIMAU MALAYA! Whatever its take, bring it on! We are Malaysia, We are Harimau Malaya.

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

Tuesday, November 27, 2012

BLOG VIEW: CHELSEA 0 - MAN CITY. APA CERITANYA?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 4:13 PM, under ,, | No comments

Salam to all...

Mood untuk menulis agak menurun sehari dua ni. Badan letih. Kerja banyak. Hati kecewa. Yang paling menjadi puncanya tak lain tak bukan sebab kecewa. Bukan kecewa sikit, banyak kecewanya. Harimau Malaya diratah Singapura. Kalau anda tak kecewa, maka bukan penyokong Malaysia la anda.

Ok, kali ini bukan nak sembang pasal Harimau Malaya. Dah terlalu banyak komen dan cerita Harimau Malaya. Back to Blues. Perlawanan pertama pasca peninggalan RDM.  Chelsea 0 - Man City 0. Rasanya dah tak terkira bila last kita menang EPL. Bulan November macam dah jadi badi buat Chelsea. Setiap musim bila tiba November inilah yang berlaku. Harap-harap ianya tak berpanjangan.


Perlawanan pertama RAFAEL BANITEZ di Chelsea. Perlawanan dengan penyandang gelaran EPL musim lepas. Sama ada langkah kanan atau langkah kiri bagi Rafa, peminat yang tentukan. Keputusan seri ini membawa Chelsea ke tangga ke empat dibelakang West Brom. Ulang suara... West Brom.

Ok. Pelbagai teori berkeliaran di alam maya menceritakan yang Rafa dibawa masuk ke Chelsea untuk membantu meningkatkan kembali prestasi dan moral Torres. Pemain bernilai 50 juta pound yang dibawa masuk Januari 2011. Musim 2008/09, Torres dengan prestasi mencanaknya membantu Liverpool "hampir" memenangi liga musim itu dengan menamatkan musim di tangga kedua liga dibelakang MU. Chelsea ditempat ke3 musim tersebut. Dengan Torres, Liverpool mencatatkan jaringan terbanyaknya musim itu.


Malam Chelsea vs Man City, fans memberikan tumpuan kepada Torres. Apa yang dapat Malaysian Blues katakan. Still the same Torres. Menyedihkan. Dia hanya mampu membuat 1 shot on/off target yang sepatutnya boleh menjadi 1 gol tetapi tersasar atas palang gol. Malaysian Blues bukan benci sangat dengan Torres tetapi jauh disudut hati, seakan semakin jauh prestasi Torres untuk mengepalai serangan Chelsea. (We need new striker next January).


Tak ragu lagi, penerimaan fans di Stamford Bridge menceritakan bagaimana Rafa seakan tidak langsung diterima di Chelsea. Fans menyanyi sakan menolak kehadiran Rafa selain bersorakkan nama RDM sepanjang perlawanan. Minit ke 16, penyokong berdiri bertepuk tangan sebagai satu sokongan moral bagi RDM (no. 16 adalah no yang digunakan RDM ketika kareernya sebagi pemain di Chelsea). Ada sebab kenapa fans beritu marah dengan Rafa. Penyokong ada asas untuk marah kerana apa yang Rafa lakukan sebelum ini. Bagi Malaysian Blues taklah anti sangat dengan Rafa kerana melihat apa yang terbaik untuk Chelsea. Sama pendirian Malaysian Blues keatas Torres, sama juga pendirian keatas Rafa. Selagi mereka memakai baju biru Blues, sokongan tetap diberikan (walaupun sokongan semakin menipis buat Torres).

Bagi Malaysian Blues, tempoh untuk meratapi pemergian RDM sudah tamat. Sumbangan RDM dikenang dalam lipatan sejarah Chelsea sebagai manager yang membawa Chelsea memenangi UCL musim lepas. Tiada siapa dapat menafikan sejarah ini. Tetapi hidup Chelsea perlu diteruskan. Hidup fans tetap diteruskan. Kehilangan RDM bukan bermakna Chelsea itu hilang. Fans perlu kembali untuk memberikan sokongan kepada Chelsea. Mungkin berat untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada Rafa dengan apa yang dia lakukan sebelum ini tetapi apa yang lebih penting ialah Chelsea perlu terus hidup. Maka fans perlu sedar dengan ini. 


Dari satu sudut, fans sebenarnya mahu melihat bagaimana perubahan yang akan dibawa Rafa ke dalam pasukan. Apa yang mampu dia lakukan untuk Chelsea. Tiada rahsia musim lalu Chelsea mempertaruhkan kekuatan bermain dengan bertahan secara satu init merupakan faktor utama dalam kejayaan Champions League musim lepas. Apa yang pasti dan kita sedari, kekuatan pertahanan kita menjadi longgar musim ini ketika barisan midfield lebih mantap. 

Kelemahan barisan pertahanan menjadi bukti faktor utama pemecatan RDM (selain RA memang tak mahukan RDM sejak dari awalnya). Dibawah RDM musim ini, Chelsea menjaringkan banyak gol tetapi dalam masa yang sama melepaskan banyak gol juga. Pertahanan Chelsea terlalu mudah melepaskan gol dengan kesilapan-kesilapan yang kadangkala tak masuk akal. Pertahanan kita sebenarnya mantap. Cuma perlu diperkemaskan. Mungkin keputusan sekurang-kurangnya 0-0 di Turin minggu lepas mungkin masih dapat mempertahankan RDM sebagai pengurus. 

Apapun bos besar dah bersuara. Khabarnya Rafa telah di approach selepas seri 1-1 dengan Liverpool lagi. Chelsea sebenarnya cuba memujuk Pep Guardiola untuk memendekkan cuti setahunnya untuk mengambilalih Chelsea dari RDM. Kegagalan memujuk Guardiola, Chelsea beralih kepada pilihan kedua Rafa sebagai interim manager sehingga penghujung musim. So, jika perancangan Chelsea mengikut jadual, Guardiola akan menjadi pengurus ke 10 Chelsea pada musim 2013/14 nanti. Apa pun kita tunggu dah lihat. Yang penting kita sekarang berada di 2012/13. Kita mahukan piala musim ini. Dengan Champions League dilihat agak sukar, sekurang-kurangnya kita perlu merebut baki piala yang ada tak kira League Cup, FA Cup, EPL dan World Club Cup. At least 3 Malaysian Blues idamkan musim ini jika tak semua.


Berbalik kepada Rafa Benitez.  Adalah tidak menjadi satu kejutan Rafa merangka pasukan untuk lebih fokus dalam memperketatkan pertahanan. Rafa hanya ada 3 sesi latihan sebelum bertemu Man City. Sama ada dia berjaya untuk menyerapkan falsafah permainannya dalam kepala hotak setiap pemain, kita tak pasti. Dalam perlawanan Man City, dapat kita lihat perubahan dalam merangka pasukan. Paling dapat dilihat secara personalnya Malaysian Blues lihat bagaimana pemain meletakkan diri mereka dalam posisi ketika Man City mengawal bola.

Barisan serangan Chelsea banyak membantu dalam bertahan dalam perlawanan ini. Dapat dilihat lebih dalam perlawanan ini. Bila Man City memegang bola, pemain serangan Chelsea segera membantu dengan mengawal kawasan dengan baik ditengah padang dan menyebabkan agak sukar untuk pemain Man City mencari ruang-ruang yang terbuka.


Hazard dilihat bekerja keras dalam perlawanan ini. Dia banyak membantu bahagian pertahanan tetapi Malaysian Blues mahu dia melakukan lebih daripada itu. Hazard melakukannya dalam perlawanan itu. Pergerakkannya memberikan ruang untuk A.Cole lebih efektif ketika menyerang. Hakikatnya, Hazard sebenarnya agak kepenatan. Dapat dilihat dalam beberapa ketika separuh masa kedua, dia begitu keletihan. Tidak mengejutkan Hazard ditukar dengan Moses selepas itu. Apa yang mengejutkan ialah mengapa Rafa tidak menukarkannya dengan Marin seperti yang dimahukan sangat oleh penyokong ketika ini. Apa yang Malaysian Blues boleh katakan ialah, Moses dimasukkan dengan satu alasan yang agak simple mungkin. Moses dimasukkan kerana dia lebih baik dalam membantu bahagian pertahanan berbanding Marin. Itu mungkin. Selain itu, faktor kecergasan Marin juga jadi penyebabnya.

Dapat kita lihat, Marin sebenarnya telah bersedia dan telah sama-sama warming up ditepi padang untuk dimasukkan di separuh masa kedua. Moses dimasukkan sebaik sahaja Man City membawa masuk Tevez. Yup, Tevez yang selalu menyusahkan Chelsea sebelum ini. Moses dimasukkan, Mata kebahagian sayap kiri dan Moses bermain sebelah kanan. Mungkin inilah pertukaran taktikal yang menyebabkan mengapa Moses dimasukkan dan bukannya Marin. Entahlah... jika perubahan-perubahan kecil ini dilakukan ketika RDM, mungkin RDM masih berada bersama Chelsea.

Dari segi pertahanan. Nampak ada positifnya. Tetapi.... 
Paling agak mengecewakan bagi Malaysian Blues dan mungkin anda juga ialah aspek serangan Chelsea malam itu. Mereka nampak dilihat melepaskan bola begitu mudah kepada pemain Man City di kawasan lawan. Apa yang Rafa katakan selepas perlawanan mungkin benar. Chelsea perlu bekerja lebih giat lagi utk memastikan link yang baik antara midfield dan serangan. Apa yang berlaku takpasti. Juan Mata dan Oscar nampak kadangkala melepaskan bola dan pergerakan mereka sedikit janggal. Torres pula agak ketat dikawal oleh Vincent Kompany.


Ok, jika Abramovich dikatakan mahu permainan free flowing football, maka permainan Chelsea dalam perlawanan ini, dia tak dapat apa yang dia hendak. RA turun stadium dalam perlawanan ini. Juga legend Chelsea DD11.

Ok. Chelsea perlu menang (dibaca mesti menang) dalam 2 perlawanan seterusnya menentang Fulham dan West Ham. Keduanya perlawanan London derby. Buat masa ini paling penting menang. Tak kira macamana kena menang. Jika tidak, Chelsea akan semakin jauh ditinggalkan. Harap juga rival diatas kita akan tercicir mata. Sekurang-kurangnya 5 perlawanan selepas ini dibawah Rafa perlu menang. Walau menang dalam cara yang membosankan yang penting menang. Selepas itu, Chelsea perlu mulakan semula permainan cantink dalam serangan dan paling penting MENANG.

Apa yang Malaysian Blues dan semua fan tak tahu ialah apa sebenarnya objektif yang telah ditetapkan oleh lembaga pengarah Chelsea untuk Rafa Benitez. Taklah menjadi begitu naif sangat jika kita anggap yang Abramovich mahu pasukan Chelsea memenangi kejuaraan. Tetapi apa yang pasti, jika kemenangan kita disertakan dengan "sexy football", boss besar Abramovich dan kita sendiri sebagai fans Chelsea akan lebih teruja dan bangga. Thats Fact!


Menjelang January, Chelsea rasanya dah mendapat cukup perlawanan untuk kita menganalisis perbezaan taktikal yang diserapkan antara Rafa dan RDM. Bagi penyokong Chelsea, apa yang bermain di minda dan perasaan telah pun diluahkan baik di stadium (di UK) dan kita di Malaysia di alam maya fb dan sebagainya berkaitan pemecatan RDM dan perlantikan Rafa. Apa yang pasti bagi Malaysian Blues, ini masanya untuk kita berhenti bercakap tentang Rafa dan tumpukan kembali fokus kita bagaimana pasukan kesayangan kita ini akan bergerak maju kehadapan dari sini selepas ini. 

Apa yang positif semalam ialah clean sheet yang diperolehi.  Mungkin persembahan taklah cukup solid dan City memang ada beberapa peluang tapi yang hakikatnya kita berjaya untuk clean sheet dan rasanya ini adalah langkah baik untuk ke arah yang betul. Chelsea perlu kembali ke landasan kemenangan semula tak kiralah siapa juga yang menjadi manager.

Malaysian Blues Note: CHELSEA PERLU MENANG!!!!!!!

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

Monday, November 26, 2012

MISI AFF 2012: LANGKAH KIRI ~ MALAYSIA 0 - SINGAPURA 3

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 12:01 AM, under | No comments

Salam to all.



Malaysian Blues memujuk diri sendiri. Tak terasa nak rebut-rebut beli suratkhabar esok pagi. Rasa sunyi sangat malam ni. Hujan pulak mula turun di klang.... seakan ikut menangis tewasnya Harimau Malaya malam ini. Saja nak sedapkan bahasa... padahal sekarang ni memang musim hujan turun.

Ok, langkah kiri malam ini. Selepas persembahan buruk dalam perlawanan persabahatan, malam ini kita dihidangkan lagi dengan kekecewaan. Malaysia 0 - Singapura 3. Apa yang boleh diperkatakan? Misi telah bermula, keputusannya tetap sama. Ah! jangan kata hamba tak terima kenyataan. Jangan kata hamba berpaling menyokong negara. Ini realiti bolasepak. Bagi peminat bolasepak, kita ikuti turun naiknya Harimau Malaya dan bagi kita rakyat Malaysia, macamana kecewanya rasa hati malam ini... end of the day, kita jugalah yang akan sentiasa menyokong. 

Adat... menang disanjung, kalah dipancung. Dengan Harimau Malaya, tiada istilah lalang... Hak peminat untuk bersorak ketika menang, hak peminat juga untuk mengkritik ketika kalah. Menang sorak ramai-ramai, kalau dah kalah, pujuklah diri sendiri masing-masing. Apa macam pun penghujung cerita, pasukan kita tetap satu. Kita tetap peduli pasukan kita. Takkan ada istilah lalang dalam menyokong pasukan negara. 

Malaysia kita...
Kalah atau menang, kita kekal warganegara Malaysia yang cintakan negara. Bila menang wajib dipuji, kredit kena bagi. Bila kalah? tak perlulah elak dan buat alasan bila dikritik. Jika bukan peminat sendiri yang bagi kritikan paling ikhlas, siapa lagi.

Kita tahu negara kita, kita sayang negara kita. Bila tewas, nak buat macamana. Esok hidup perlu diteruskan juga. Nelayan akan turun ke laut juga. Yang menoreh getah esok kena turun mengadap pokok getah juga (kalau tak hujan). Encik-encik kerani esok hari Isnin... jangan lupa masuk kerja. Tuan-tuan pengarah syarikat, esok ada urusan juga. Siapapun kita, macamana kecewanya kita malam ini, esok perlu diteruskan. Menang atau kalah, jumpa kawan esok sembang bola juga.

Hakikatnya. Macamana terukpun kita mengkritik (dibaca mengutuk) pasukan kita... end of the day... kita juga lah yang akan kekal menyokong pasukan kita, kerana kita tak punya pasukan lain. Hanya Harimau Malaya. Marah, sedih, keliru, benci, bengang atau apa juga perasaan... jauh disudut hati kita, kita doakan Malaysia bangkit!

Kerana kita rakyat Malaysia. 


Malaysian Blues note: ENTAH APA-APA POSTING KALI INI.... main typo jer...

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

Sunday, November 25, 2012

BLOG VIEW: MAN CITY, LAMPARD, A.COLE, FALCAO, BANITEZ... KITA PERLU KEKAL POSITIF DEMI CHELSEA

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 4:12 AM, under ,,,, | No comments

Salam to all,

Tengah malam ini (ahad pagi isnin) Chelsea akan meneruskan hidup dengan menentang juara bertahan EPL Man City di Stamford Bridge tanpa RDM. Rafa Benitez akan memimpin Chelsea untuk kali yang pertama. Sama ada kita suka atau tidak, perjalanan Chelsea mesti diteruskan dan perlawanaan ini sememangnya cukup penting. Jika menang, Chelsea akan naik ke tangga ke2, 1 mata dibelakang MU. Jika tewas, kita akan tergelincir lagi ke tangga keempat dibelakang West Brom yang menang dengan Sunderland dan 7 mata akan memisahkan Chelsea dengan Man City. Maka, kesimpulannya.... kita perlu menang.

Ok, Malaysian Blues tidak berhajat untuk buat apa-apa prediction tentang perlawanan ini. Kali ini kita sembangkan berkenaan khabar angin dan berita berkenaan transfer player yang banyak kita banyak baca diinternet dalam seminggu dua ini. Dan apa sahaja yang bermain dalam kepala hotak Malaysian Blues ketika menulis posting ini.


Pertamanya, pengurus interim Chelsea yang baru sehari dua dilantik, Rafa dikhabarkan mengeluarkan kenyataan berkenaan Ashley Cole dan Lampard. Kenyataan yang tak sedap untuk kita dengar. Ceritanya, kedua pemain ini mungkin hampir pasti akan meninggalkan Chelsea apabila kontrak mereka tamat hujung musim ini. Yup, memang benar kontrak baru sebenarnya telah ditawarkan oleh Abramovich kepada mereka, tetapi dengan polisi 30 tahun above yang dipegang Chelsea ketika ini, tawaran baru yang ditawarkan mungkin akan menyebabkan kita kehilangan mereka. 

Tempoh lanjutan kontrak dan bayaran pastinya tidak mencukupi bagi mereka berdua. Sesuatu yang menyedihkan bila kita terpaksa kehilangan 2 pemain ini nanti yang begitu banyak sumbangan dan telah sama-sama melalui waktu turun naik Chelsea. Apapun, dipenghujungnya nanti, Lampard akan mendekati umur 35 tahun dan Chelsea tak mampu untuk menyimpan selamanya. Sebelum bersara, Lampard pasti akan mencuba sesuatu yang terakhir buat dirinya dan kemungkinan penghijrahan ke liga MLS Amerika dilihat hampir menjadi kenyataan.



Bagi A. Cole sebenarnya dilihat hampir mustahil untuk mendapat pengganti sehebatnya dengan Bertrand dirasakan masih lagi tidak bersedia dan kurang berpengalaman. Andai boleh, Malaysian Blues mengharapkan Abramovich akan mengambil serius tentang perkara ini dan menggunakan segala kuasa yang dia ada untuk mengekalkan A. Cole. Baru berusia 31 tahun dan terlalu banyak yang mampu diberikannya kepada Chelsea.

Selain  itu, tanpa ragu-ragu, Chelsea sememangnya perlukan penyerang, seorang target man yang mempunyai  naluri pemusnah yang sempurna dan yang mampu diharapkan untuk menghasilkan gol setiap kali dia turun bermain. Walaupun jika Rafa mampu membuatkan Torres kembali kepada asalnya dan Torres menemui sentuhannya kembali secara konsisten, Chelsea memang perlukan sekurang-kurangnya 1 atau 2 penyerang baru Januari ini untuk lebih berbisa. Demi Chelsea mencapai trofi musim ini.


Radamel Falcao masih kekal sebagai sasaran utama kita dan Malaysian Blues akan terkejut jika kita tidak mendapatkannya Januari ini. Come on Abramovich. Show me your money and bring him to the bridge! Selain Falcao, 2 pemain lain yang agak jarang kita dengar juga disebut-sebut dalam minggu ini dan menjadi sasaran yang mungkin jika kita tidak mendapat Falcao.

Rakan senegara Falcao iaitu Jackson Martinez disebut-sebut dan dikaitan dengan perpindahan ke Chelsea dan dikatakan pemain ini "amat gembira" dikaitkan dengan Chelsea. Pemain berusia 25 tahun ini merupakan seorang striker yang tipikal dalam mendapatkan gol dan merupakan sasaran yang baik jika benar. Dia merupakan seorang penyerang yang pantas dan suka melakukan larian mengelirukan dibelakang pertahanan lawan. Jenis pemain yang kita perlukan dengan adanya trio Mazacar. Dianggarkan bernilai sekitar 20 juta pound, tetapi kita sendiri tahu bagaimana kelabnya Porto jika tiba masa rundingan dengan Chelsea. Malaysian Blues melihat tansfer pemain ini agak trigger dan sedikit sukar.

Damiao
Selain itu, pemain Brazil Leandro Damiao yang juga menjadi buruan Spurs dikaitkan. Pemain ini secara terus terang menyatakan keinginannya untuk menyertai rakan-rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan Brazil, Ramires, Luiz dan Oscar di Chelsea. Bagi Malaysian Blues, pemain ini merupakan sasaran yang lebih realistik dan dianggarkan hanya berharga sekitar 15 juta pound. Pilihan yang lebih murah yang dirasakan dan mempunyai kualiti sebagai penjaring gol yang konsisten. Tidaklah bertubuh sasa semantap Drogba tetapi mempunyai kekuatan dan ketinggian dan hebat di udara. Hanya berumur 23 tahun, ini adalah antara pilihan terbaik lebih-lebih lagi dengan polisi terhad 30 tahun Chelsea.

Seorang laigi pemain Brazil, Paulinho disembangkan dalam beberapa minggu ini. Chelsea sememangnya mahukan seorang lagi defensive midfielder yang juga bagus dalam membuat serangan. Pastinya satu pilihan. Kita hanya ada 2 pemain diposisi ini iaitu Mikel dan Ramires. Dengan Lampard masih lagi cedera dan Mikel akan bermain dalam Kejuaraan Negara Afrika, keperluan seorang lagi defensive midfield cukup penting.

Ada lagi nama-nama lain juga dikaitan dengan Chelsea. Oleh kerana nama kita adalah Chelsea maka adalah tidak menjadi sesuatu yang mengejutkan dan menghairankan dengan banyak lagi nama dikaitkan. Apa yang pasti, Januari ini cukup penting dan Chelsea mesti mendapatkan beberapa pemain baru.


Ok, akhir sekali Malaysian Blues berharap agar penyokong Chelsea kekal positif dan terus menyokong Chelsea sepenuhnya. Tidak dinafikan masa ini adalah masa yang sukar bagi sesetengah penyokong. Tetapi apa yang penting, semua penyokong perlu dan mesti berada di belakang Chelsea dan ingatlah ketika tempoh-tempoh sebegini, kata-kata akan keluar dari banyak mulut-mulut, permainan minda akan mula dimainkan dan dalam bisnes bolasepak ~ pemain, pengurus, lembaga pengarah Chelsea kita yakin akan melakukan apa sahaja yang boleh dan jika apa yang dilakukan untuk kebaikan Chelsea, maka itulah yang perlu kita sokong. 

Malaysian Blues tidak kata gembira dengan perlantikan Rafa, tetapi apa yang perlu kita lakukan ketika ini ialah kita perlu lebih-lebih lagi melihat dengan positif apa juga situasi. Pemikiran negatif, komen yang emosi dan sebagainya tidak akan membantu. Memang masa ini cukup sukar bagi kita tetapi ingat... satu persamaan yang ada ialah, manager, pemain, pengurusan Chelsea, Abramovich dan lebih-lebih lagi kita... kita semua mahukan trofi, kita semua mahukan kejayaan. 

Lets rock tomorrow... 

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

Saturday, November 24, 2012

MALAYSIAN BLUES: MENGAKU CHELSEA FANS? BACA INI JIKA MASIH MAHU SALAHKAN ABRAMOVICH...

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:28 AM, under , | No comments



Salam to all,

Yang telah berlaku tetap telah berlaku. 
Yang telah berlalu tetap telah berlalu.
Yang mencipta sejarah kekal dalam sejarah.
Yang menjadi sejarah ingat dalam sejarah.

Masih menangisi kehilangan RDM?
Masih memberontak kekejaman Abramovich?
Masih terpinga-pinga kehadiran Rafa?

Masih menyalahkan Abramovich?
Anda mahu pemilik kelab yang tidak memecat manager?
... ini jalannya. Jadilah penyokong Arsenal. Mereka tak memenangi apa-apa tetapi masih kekal dengan manager yang sama.

Berhentilah menyalahkan Abramovich. Kerana apa?
Abramovich tak tahu apa-apa pasal bolasepak ~ itu FAKTA.
Abramovich tak berhati perut ~ itu FAKTA.
Abramovich menghuru-harakan bolasepak ~ itu FAKTA.
Abramovich kaya raya ~ itu FAKTA.
Abramovich memiliki Chelsea ~ itu FAKTA.
Abramovic mahukan kejuaraan untuk Chelsea ~ itu FAKTA.
Abramovich bawa kejayaan untuk Chelsea ~ itu FAKTA.

Anda pula bagaimana? 
Anda hanya peminat ~ itu FAKTA.
Anda langsung tak ada share dalam Chelsea ~ itu FAKTA.
Anda kecewa bila Chelsea kalah ~ itu FAKTA.
Anda marah bila Abramovich memecat manager ~ itu FAKTA.
Anda gembira sakan bila Abramovich mendapatkan Hazard & Oscar ~ itu FAKTA.
Anda gembira bila Chelsea menang liga & piala ~ itu FAKTA.
Anda hipokrit ~ itu FAKTA???

Chelsea adalah kelab kesayangan hamba ~ itu FAKTA.
Hamba sayangkan Chelsea ~ itu FAKTA.
Menyokong Chelsea tak kira apa berlaku ~ itu FAKTA hamba.

So.. Anda dan hamba. Sama-samalah kita menjayakannya.
Apa juga berlaku. Chelsea tetap ada untuk kita.
Siapa juga managernya... kita sokong 100%
Siapa juga Rafa Benitez, selagi dia The Blues. Kita sokong 100%.
Kerana Chelsea... kita sokong 100%.

Malaysian Blues Note: 
Hamba hidup ketika Abramovich membeli Chelsea, hamba juga hidup ketika Abramovich melantik manager kesembilannya. Hamba hidup dan melihat sendiri kejuaraan yang dikecapi Chelsea era Abramovich...
Champions League - 2012
Premier League - 2004/05, 2005/06, 2009/10
FA Cup - 2007, 2009, 2010, 2012
League Cup -2005, 2007
Community Shield - 2005, 2009
Youth Cup - 2010, 2012
Terima kasih Abramovich!

credit ~ diolah sebahagiannya dari status posting admin facebook Chelsea FC (Malaysia Fans)

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...




Kongsikan dengan rakan..

Friday, November 23, 2012

MISI AFF 2012: SKUAD HARIMAU MALAYA DIUMUMKAN

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 6:18 PM, under , | No comments

Salam to all...

3 hari lagi akan bermula Misi AFF 2012: Mempertahankan gelaran Raja Bolasepak Asia Tenggara.
Mungkin keputusan perlawanan persahabatan Malaysia sebagai persiapan agak mencemaskan peminat-peminat bolasepak negara tetapi apa yang perlu kita lakukan sekarang sebagai penyokong Harimau Malaya ialah kekal berada di belakang pasukan.


Inilah masanya untuk warga negara Malaysia tanpa mengira latar belakang bersatu. Selagi kita bernama rakyat Malaysia inilah masanya. Pasukan Harimau Malaya memerlukan kita. Ahad ini, Malaysia akan memulakan kempen dengan berhadapan dengan jiran selatan negara kita, Singapura. Tiada keputusan lain yang perlu dicapai selain kemenangan untuk Malaysia memulakan langkah di AFF 2012 ini.

OK, masa yang ditunggu telah tiba. Hari ini Datuk K Rajagopal telahpun mengumumkan senarai penuh 22 pemain yang bakal menggalas tugas mempertahankan kejuaraan AFF kali ini. Kepada semua pemain yang terpilih, apa yang kita harapkan ialah kukuhkan semangat dan beraksi dengan penuh keyakinan. InsyaAllah Malaysia mampu!

Berikut adalah senarai lengkap 22 pemain yang bakal membawa cabaran Malaysia di AFF 2012.
Penjaga gol
Khairul Fahmi Che Mat, Farizal Marlias

Pertahanan
Zubir Azmi, Azmi Muslim, Bunyamin Omar, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Faizal Muhammad, Aidil Zafuan

Tengah
Badrol Bakhtiar, Wan Zack Haikal, Azamudin Akil, S Kunalan, Safiq Rahim, Shakir Shaari, Gary Steven Robbat, Amar Rohidan

Penyerang
Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Kyril Muhymeen, Fakri Saarani, Ahmad Hazwan Bakri

Kepada semua pemain... selamat berjaya!
Kepada semua penyokong... inilah masanya... sokongan anda diperlukan! DEMI MALAYSIA!

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

Thursday, November 22, 2012

BLOG VIEW: PEMECATAN ROBERTO DI MATTEO SESUATU YANG KEJAM? INI MASA UNTUK BERSATU...

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:19 PM, under ,, | No comments

Salam to all...


Masih terkejut? Yup... Malaysian Blues masih terasa kejutannya. Roberto Di Matteo tidak lagi menjadi pengurus The Blues. Selepas dikejutkan dengan kekalahan agak besar 3-0 dengan Juventus yang memungkinkan Chelsea tersingkir awal dalam saingan Champions League musim ini, kita dikejutkan lagi dengan breaking news pemecatan RDM sebagai pengurus Chelsea berkuatkuasa serta merta semalam. 




Kekalahan ditangan Juventus pagi semalam memaksa Chelsea berada dalam kedudukan kemungkinan terkeluar dari saingan kejuaraan yang baru dimenangi beberapa bulan lepas. Kini orang yang membawa kejuaraan itu tidak lagi bersama Chelsea. Apa yang tidak seronok diterima hakikatnya ialah kekalahan semalam menyebabkan Chelsea terpaksa bergantung kepada keputusan perlawanan orang lain dengan mengharapkan S.Donetsk menewaskan Juventus dan Chelsea menang dengan Nordjeland dua minggu lagi.  Itulah sahaja sisa-sisa perkiraan matematik mudah untuk Chelsea mara ke pusingan seterusnya. Yup, dalam bolasepak segalanya mungkin berlaku tetapi hakikatnya kadangkala sukar untuk menjadi realiti. Apapun, kita sama-sama berharap...


Ok, Blues.... apa bermain dalam fikiran anda sekarang? Adakah CHELSEA FC/Roman Abramovich bertindak kejam dengan pemecatan Champions League winning manager Roberto Di Matteo? Jika dilihat dari sudut karakter dan kejayaan singkatnya membawa Chelsea menjadi juara Eropah sememangnya terguris perasaan penyokong. Apapun jika anda berada bersama dalam perjalanan Chelsea sejak mula/sebelum RA mengambil alih Chelsea. maka apa yang berlaku telah dan pernah kita lalui. Bukakan hati seluasnya dan rilex. Ketika ini adalah "tempoh bertenang" untuk semua peminat Chelsea. Kita akan diperkenalkan dengan pengurus baru dalam masa terdekat (nota: ketika posting ini selesai ditulis, Chelsea telah pun mengumumkan pengganti RDM). Hakikat yang tidak dapat kita nafikan... biar "sekejam" mana RA dalam pemecatan ini, mungkin ada sesuatu yang bermain dalam kepalanya yang menjustifikasikan pemecatan RDM. 

Siapa yang tidak terkejut dengan pemecatan ini. Tetapi apa yang perlu dilakukan sekarang ialah... bertenang. Redakan kemarahan (jika marah) dan mula fikirkan... adakah Chelsea FC/RA telah melihat dari suatu sudut yang berbeza dalam membuat keputusan ini? Bagaimana pula kita sebagai penyokong mahu melihat dari satu sudut dan perspektif yang berbeza bahawa apa yang dilakukan Chelsea FC/RA ketika ini adalah sesuatu yang mempunyai justifikasinya yang tersendiri dalam usaha menjadikan CHELSEA FC sebuah kelab TERHEBAT sepanjang zaman? 





Ok... ROMAN ABRAMOVICH. Inilah orangnya. Breaking news semalam sepertinya RA telah mengangkat kapak kesayangannya untuk memenggal kepala (dibaca memecat) RDM. Memang, RA sebelum ini pun telah kita lihat melakukan perkara yang sama dengan memecat beberapa pengurus sebelum ini tetapi bagi Malaysian Blues kadangkala cuba melihat dari perspektif lain berkaitan RDm. Adakah pemecatan RDM benar-benar perlakuan kejam dan tak berhati perut oleh Abramovich seperti yang disangkakan? 

Yup.... jika melihat dari konteks masa yang berlalu sejak 8 bulan lepas, jawapannya ialah "YA... kejam". Tetapi cuba kita larikan diri kita dari sudut itu dan cuba melihatnya dari perpektif yang berbeza dan berikan pertimbangan dengan senario yang lebih luas, keputusan yang diambil Chelsea ini dalam pemecatan RDM mungkin tidaklah sekejam mana dan mungkin ada  asasnya. Perlu diingat, Chelsea adalah kelab yang besar.



Secara mudahnya, suka atau tidak perlu kita akui, RDM hakikatnya bukan atau belum lagi  seorang pengurus kelab yang mencapai taraf bintang. RDM sebenarnya bukan seorang yang mampu membentuk personaliti dan menjadi inspirasi yang membangkitkan keyakinan dalam satu pasukan sepertimana sesetengah nama besar mampu melakukannya. Yup.. itulah hakikatnya. Apapun RDM tetap dalam sejarah Chelsea sebagai orang yang membawa The Blues untuk menakluki Eropah musim lalu tetapi untuk mengangkat kejayaan ini kepada RDM sepenuhnya merupakan sesuatu pengiktirafan yang diarasakan tidak cukup tulin. Malaysian Blues ikhlasnya juga kagum dan bangga dengan kejayaan ini tetapi hakikat tetap hakikat.

Turning point yang cukup segar dalam kepala hotak kita musim lepas berkenaan kebangkitan Chelsea ialah ketika perlawanan menentang Napoli di Stamford Bridge bilamana kita menang 4-1 selepas tewas 3-1 di tempat lawan. Kita melangkah kepusingan seterusnya dengan agg 5-4. Yup, memang RDM lah yang menjadi interim manager ketika itu. Kita tidak boleh nafikan kredit untuk RDM dalam perlawanan penting itu tetapi kemenangan comeback Chelsea yang sebenarnya hari itu tidak datang daripada suatu taktikal masterplan RDM tetapi datang dari satu azam yang cukup kuat, determination yang sepenuhnya dari pemain ~ yang kebanyakannya kembali bersemangat selepas pemergian AVB. (perlu ingat betapa AVB meletakkan moral beberapa pemain senior dalam keadaan yang tak betul sebelum itu dan beberapa pemain senior seperti memberontak di bawah AVB termasuklah Lampard dan Drogba).





Kemenangan ke atas Barcelona dan Bayern selepas itu dicapai sejujurnya dengan satu dose of good luck dan peluang yang berjaya direbut Chelsea melalui satu formasi yang jarang kita lihat. Sekali lagi, pengaruh pemain senior dan pengalaman serta disiplin kuat memainkan peranan. Sekali lagi bukan untuk menidakkan kredit besar untuk RDM tetapi untuk meletakkan segala kejayaan ini disebabkan kepakaran RDM, bukan sesuatu yang tulin.

Perlu diakui juga, kejuaraan Champions League musim lalu dicapai oleh satu generasi pemain bolasepak yang dibawa masuk oleh manager2 terdahulu dan bintang mereka bersinar tepat pada masanya. Jangan lupa kita hanya dijarakkan dengan 1 sepakan penalti untuk menjuarainya pada tahun 2009. Selain itu, kejuaraan FA Cup musim lalu juga dicapai hanya dengan 4 kemenangan perlawanan dibawah RDM dan 2 daripadanya ke atas pasukan Championship iaitu Birmingham dan Leicester City.



Opss... rilex. Jangan salah anggap dengan Malaysian Blues. Malaysian Blues tetap menghormati RDM dan masih dalam keadaan terkejut atas pemecatan ini. Cuma... apa yang Malaysian Blues ingin sampaikan disini ialah kemungkinan-kemungkinan yang dirasakan menjustifikasikan pemecatan ini oleh RA. Bukan Malaysian Blues nak merendah-rendahkan RDM. Kita sebenarnya tidak tahu apa yang bermain dalam kepala RA dan teamnya. Apapun RA tetap The Real Boss di Chelsea.

Ok... rekod RDM bila berhadapan dengan kelab-kelab rival dalam EPL juga tidak cukup bagus. Sejak mengambilalih Chelsea, rekod RDM menentang MU, ManCity, Liverpool, Arsenal dan Spurs di dalam liga agak mengecewakan - 8 perlawanan, 2 kemenangan, 3 seri, 3 kekalahan. Selain itu jangan lupa, Chelsea gagal menamatkan liga di 4 tempat teratas dan dipenghujung musim lalu, kekalahan dengan Newcastle dan Liverpool melontarkan The Blues ke tangga ke6 (kedudukan paling teruk) dan terkeluar dari persaingan UCL jika tidak disebabkan kemenangan bersejarah di Munich.



Yup... sebenarnya baru dalam 4 minggu kebelakangan ini keputusan seakan tidak menyebelahi The Blues. Tetapi ada beberapa perlawanan yang memperlihatkan kelemahan RDM dalam merancang dan meningkatkan keyakinan pemain. Memang Chelsea mempunyai barisan yang boleh dikatakan baru dan mempersonakan tetapi pengalaman mereka dalam perlawanan getir sebenarnya memerlukan lebih dari kepakaran merancang yang RDM mampu berikan.  RA mungkin telah melihat perkara ini.

Pengalaman dan rekod RDM dalam menguruskan pasukan dalam liga juga tidak begitu baik. RDM adalah manager yang membawa West Brom kembali ke EPL tetapi dia jugalah pengurus yang dipecat West Brom pada musim pertama EPL selepas hanya mengutip 26 mata dari 25 perlawanan dan berkedudukan ditempat ke 17 ketika itu. So, jika dilihat rekod ini... untuk meletakkan dia sebagai seorang yang managerial revelation, RDM bukan orangnya.



Hari ini West Brom cukup berbeza daripada pasukan yang ditinggalkannya 2 tahun lepas. Musim lepas, Roy Hugson memimpin mereka mencapai kedudukan tertinggi pernah dicapai dalam EPL dan hari ini West Brom berada dikedudukan ke4 dibelakang Chelsea dibawah Steve Clarke di dalam liga.

Entahlah, Malaysian Blues bukan mahu mengecewakan rakan-rakan The Blues dalam menceritakan perihal ini. Malaysia Blues hanya mahu peminat The Blues sama-sama bertenang dengan keadaan ini dan menerima pemecatan RDM dengan hati yang terbuka. Memang sukar. Tetapi apa yang lebih kita sayang adalah Chelsea dan jika ini langkah terbaik untuk Chelsea, siapa tahu? Ketika ini, RA tetap boss sebenar Chelsea dan apa yang dibawanya kekal menjadi kekuatan Chelsea. Kita pernah melalui pengalaman yang hampir sama sebelum ini berkenaan pemecatan pengurus. Mungkin ada sesuatu yang baik dapat diharapkan dengan keputusan ini. Memang, Chelsea akan terus dibahan dan dikutuk kerana mempunyai sejarah bertukar manager yang cukup kerap tetapi hakikatnya jika bukan kita yang akan pertahankan Chelsea siapa lagi. 



Mungkin Chelsea terus dilabel sebagai kelab lawak oleh penyokong-penyokong pasukan lain disebabkan ini. Mereka akan kata Chelsea kejam atau bodoh dengan cara memecat seorang manager yang membawa kejuaraan Eropah. Tetapi adakah kita terfikir... berapa ramai penyokong kelab-kelab yang rival yang "besar" ini akan berbesar hati untuk mengambil RDM sebagai manager mereka sekarang ini? Pasti... tidak ramai atau tidak ada. Andai Ferguson esok dilanggar basikal dihadapan rumahnya dan cacat, adakah penyokong MU mahukan RDM? Jika Arsene Wenger yang bertahun2 tanpa piala tiba-tiba esok demam panas dan jadi gila (sebab lama tak menang piala) adakah lembaga pengarah Arsenal akan datang menawarkan tempat untuk RDM? Mungkin terpaksa melihat bukan hanya kejayaan singkat yang dibawa RDM tetapi terpaksa melihat rekod dan segala-galanya untuk dipertimbangkan.



Apa yang pasti, kita terima sahajalah hakikat ini. Kita lebih sayangkan Chelsea. Dengan hanya 12 perlawanan sahaja EPL setakat ini, perjalanan EPL sebenarnya masih jauh. Selain itu jika mungkin kita terpaksa bermain dalam Europa League musim ini, harap kita berjaya. Siapa tahu, sesuatu magik berlaku dimana Juventus kecundang ditangan S.Donestk dan kita tak sepatutnya kalah dengan Nordjeland. Secara matematiknya peluang Chelsea meneruskan misi UCL musim ini masih ada walaupun cukup tipis. Tetapi jika ditanya Malaysian Blues apa kejuaraan yang sangat diidamkan musim ini ialah kejuaraan EPL paling penting.

Mungkin RA sebenarnya berasa bimbang selepas melihat Chelsea terkeluar dari 4 tempat teratas musim lalu ketika dia memecat AVB lebih daripada orang lain. Mungkin itu juga fikirannya ketika ini. Dengan EUFA Financial Fair Play semakin menghampiri, akan menjadi suatu igauan ngeri bagi Chelsea jika gagal melayakkan diri dalam kejohanan UCL musim depan. Satu kejohanan yang mana money is spinning.

Akhir sekali, ini mungkin apa yang dapat Malaysian Blues fikirkan tentang justifikasi mengapa RA membuat keputusan  RDM dipecat ketika ini. Kepada semua The Blues.... keep the blue flag flying high. TENANG! Apa yang perlu dilakukan ialah terus menyokong Chelsea dan mengharapkan sesuatu yang menakjubkan bakal berlaku untuk Chelsea musim ini. Kepada RDM... selamat maju jaya.

Note: Belum sempat Malaysian Blues menamatkan posting ini... Chelsea telah mengumumkan perlantikan pemangku pengurus "interim manager" baru iaitu bekas pengendali Liverpool, Rafael Banitez sehingga penghujung musim ini. Seperti yang diperkata sebelum ini, Banitez akan menjadi "interim manager" untuk Chelsea sehingga penghujung musim ini sebelum Pep Guardiola mengambilalih musim hadapan. Kepada semua The Blues... berikan sokongan tak berbelah bagi kepada Rafael Banitez, sebagaimana kita berikan sokongan kepada manager-manager sebelum ini.... 

WELCOME TO THE CLUB.
Malaysian Blues - The Chelsea FC







Berikan komen anda...




Kongsikan dengan rakan..

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE

Kisah Lama

Archives