Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Saturday, November 17, 2012

MALAYSIAN BLUES: Tabung Kecemasan Bantuan Perubatan Gaza - Islamic Relief Malaysia (IRM)

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 2:58 AM, under | No comments


TARIKH: 16 November 2012 - ISLAMIC RELIEF MALAYSIA (IRM)
Islamic Relief Malaysia (IRM) menyeru rakyat Malaysia menyumbang kepada Tabung Kecemasan Bantuan Perubatan Gaza (GEMA) yang dilancarkan hari ini bagi menyalur bantuan perubatan kecemasan secara terus kepada mangsa serangan terbaharu Israel di Gaza.




Pengarah Negara IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, sejumlah AS$1 juta (RM3.07 juta) sedang dikumpulkan oleh rangkaian Islamic Relief di seluruh dunia melalui tabung seumpama itu bagi penyediaan bekalan ubat-ubatan dan bahan guna pakai harian.
"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Kementerian Kesihatan di sana bergantung kepada bantuan yang diberikan melalui organisasi kemanusiaan yang beroperasi di Gaza.
“Sebelum operasi ketenteraan sekarang, mereka sudah pun berhadapan dengan kekurangan bekalan ubatan dan bahan guna pakai melibatkan 167 jenis ubatan keperluan dan 319 jenis bahan guna pakai yang digunakan setiap hari.
"Hospital-hospital utama di Gaza juga berhadapan dengan kekurangan bahan makanan dan bukan makanan yang meruncing kerana kes kecederaan mendadak, jabatan kecemasan yang sesak ditambah pula dengan kakitangan hospital yang bertugas hampir 24 jam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sumbangan boleh disalur di atas nama: Islamic Relief Malaysia 
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) - 1202 90100 6564 3, 
Malayan Banking Berhad (MBB) - 5621 4270 8704 
CIMB Bank - 1259 0000 804 058.

Untuk maklumat lanjut boleh lawati laman web rasmi Islamic Relief Malaysia - http://www.islamic-relief.org.my./ Sebarang pertanyaan boleh hubungi terus IRM 03-89263434
Laman facebook https://www.facebook.com/IslamicReliefMalaysia

Note: 
Malaysian Blues Blogspot tidak mempunyai apa-apa kepentingan berhubung rayuan tabung kecemasan ini. Hanyalah sebahagian perkongsian untuk mengurangkan kepayahan yang dialami saudara-saudara Islam kita yang sedang menderita akibat pencerobohan dan kezaliman zionis di Gaza, Palestin. Selain Tabung Kecemasan Bantuan Gaza ini, kita juga boleh menyumbang kepada mana-mana pertubuhan/NGO yang berkaitan termasuklah Aman Palestin dan sebagainya. Cuma pastikan sumbangan anda kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab. InsyaAllah sumbangan ikhlas walaupun sedikit memberi manfaat. Kepada semua, marilah sama-sama membantu. InsyaAllah. Amin - MALAYSIAN BLUES






Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE

Kisah Lama

Archives