Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Wednesday, November 7, 2012

BLOG VIEW: 20 SEBAB MENGAPA HARIMAU MALAYA 100% MADE IN MALAYSIA

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 2:19 AM, under ,, | No comments

Salam to all...

MALAYSIAN BLUES semarakkan semangat Harimau Malaya - AFF Suzuki Cup 2012.



AFF Suzuki Cup kembali lagi.  Suka Malaysian Blues membuat peringatan kepada semua warga Malaysia. Kepada yang masih tidak tahu... sama ada anda sedar atau tidak sedar atau anda tinggal di planet lain atau anda tinggal di bawah batu... AFF Suzuki Cup edisi 2012 akan bermula kurang dari 3 minggu dari sekarang. Misi mempertahankan kejuaraan bagi Harimau Malaya. Siapa yang boleh lupa kejayaan manis 2010 yang lalu.

2 tahun telah berlalu. Masanya telah tiba. Dalam tempoh 2 tahun yang lepas kehangatan bolasepak tempatan sememangnya amat mengujakan. Perhatian kepada skuad kebangsaan yang satu ketika dahulu secara tiba-tiba hilang kembali mencanak naik. 

Bagi Malaysian Blues, Piala AFF Suzuki yang merupakan kejohanan dwi tahunan serantau Asia Tenggara ini adalah satu medan penting untuk skuad negara. Sebagai juara bertahan, sebenarnya kehadirannya sekali lagi tahun ini amat dinanti-nantikan. We are King of Asean. Malaysian Blues masih terasa kekecewaan seluruh negara selepas terkandasnya Malaysia pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia ditangan Singapura. Walaupun kecewa, apa yang pasti bolasepak Malaysia ketika itu telahpun menemui lembaran baru dalam era moden ini. 


Sesuatu yang tak akan mampu dilupakan adalah fenomena full house Stadium Bukit Jalil dengan lebih 90,000 penonton pada 28 Julai 2011. Apa yang pasti... tiada yang meninggalkan stadium sebelum wisel penamat ditiupkan malam itu. Kembalinya penyokong memenuhi setiap inci ruang Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan itu menjadi bukti betapa bolasepak Malaysia akan terus hidup. Baik pemain maupun peminat bolasepak, jumlah 90,000 yang memenuhi stadium adalah sesuatu yang amat boleh kita banggakan memandangkan perlawanan tersebut hanyalah perlawanan "pusingan kelayakan". Mungkin jumlah ini adalah yang terbesar dalam sejarah bolasepak Malaysia.

Lembaran baru bolasepak Malaysia pada pandangan Malaysian Blues bermula apabila Datuk K Rajagopal berjaya membawa barisan muda anak Malaysia memenangi pingat emas Sukan Sea 2009 di Laos selepas 20 tahun terkilan. Selepas itu, kejayaan merangkul Piala AFF Suzuki 2010 oleh pasukan kebangsaan memahat keyakinan untuk gelombang baru bolasepak Malaysia. Tahun 2011 yang lalu, skuad Harimau Muda Malaya mengharumkan nama Malaysia sekali lagi apabila berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2011 di Jakarta selepas menumbangkan rival Indonesia di halaman mereka sendiri. Apa lagi? Yup... mempertahan kejuaraan AFF Suzuki 2012 di bumi kita sendiri.


Di rantau Asia Tenggara khususnya, dengan memenangi emas Sukan Sea 2009, Piala AFF Suzuki 2010 dan  sekali lagi pingat emas Sukan Sea 2011.... kita sebenarnya telah dinobatkan sebagai Raja Bolasepak di rantau ini.  Maka memenangi Piala AFF Suzuki 2012 akan datang adalah noktah terbaik yang boleh kita harapkan sebagai penutup tahun 2012.

MALAYSIA adalah RAJA BOLASEPAK di Asia Tenggara. Bukan Singapura, bukan Thailand, bukan Indonesia! Apa yang paling membanggakan ialah watak-watak Harimau Malaya yang berlari dipadang, yang menanduk bola, yang membentes pihak lawan, yang menggegar jaring lawan dan yang menjulang piala kemenangan untuk seluruh rakyat Malaysia adalah 100% anak Malaysia.

Takkala Singapura sejak lebih 10 tahun lalu telah menggunakan awang import dalam pasukan kebangsaan mereka dan kemudiannya diikuti Filipina dan Indonesia, Malaysia kekal dengan reputasi Made in Malaysia

SESUNGGUHNYA, pada pandangan MALAYSIAN BLUES majoriti rakyat MALAYSIA sebenarnya amat-amat berbangga dengan skuad Harimau Malaya diwakili 100% anak jati Malaysia. Mengapa? Malaysian Blues berikan sekurang-sekurangnya 20 sebab mengapa kita tidak perlu menggunakan pemain import.

1. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
Kalau kita guna pemain import, maka slogan semangat "Tanah Tumpahnya Darahku" tidak lagi relevan. 


Bagi yang tak tahu atau kurang tahu, di balik bendera Malaysia Jalur Gemilang (sebelah dalam baju) pada jersi Malaysia kini tertulis "Tanah Tumpahnya Darahku" (terbalikkan baju... jumpa belakang bendera... jangan salahkan Malaysian Blues jika di baju anda tiada ini... mungkin anda beli jersi buatan Cina ~ gred AAA siam pun ada). Jalur Gemilang terletak pada bahagian dada di jersi Malaysia. "Tanah Tumpahnya Darahku" dibelakangnya adalah simbolik biar tersemat dalam dada pemain yang membawa misi dan maruah negara. Jika kita guna pemain import.. ianya secara automatik jadi tidak relevan. Boleh jadi "Tanah Tumpahnya Darah?"... ohhh tidak!

2. NEGARAKU
Dari mula kita melangkah kaki ke sekolah tadika lagi, kita diajar menyayangi negara. Dalam lagu negaraku - "Negaraku, Tanah Tumpahnya Darahku!". Jika kita perhatikan pemain Singapura ketika nyanyian lagu kebangsaan mereka "Majulah Singapura" sebelum perlawanan, beberapa pemain diam sahaja bukan kerana terlalu menjiwai tetapi pada pendapat Malaysian Blues, sebenarnya langsung tak tahu nak menyanyikannya. Andaikata ada pemain import dikalangan pemain kita, pasti situasi yang sama berlaku (mungkin mulut bergerak2 nak ikut nyanyi... tapi dalam hatinya... (lagu jingle bell? lagu metalica? atau lagu negara asal mereka sendiri?)...

Nyanyian Negaraku paling hebat!

3. HARIMAU MALAYA
Kalau ada pemain import dikalangan kita... kita tak lagi Harimau Malaya. Mungkin Harimau Africa? Harimau Amazon? Harimau Bengal? Nama Harimau Malaya sebenarnya adalah diambil dari hibrid harimau yang terdapat dinegara kita The Malayan Tiger (Panthera Tigris) aka Harimau Belang (betulkan saya jika maklumat tak betul... saya ni org susah!)

4. ANAK SIAPA?
Wow... tiada lagi kebanggaan yang menjadi trademark orang-orang kita. Kalau sekarang ini kita ada...
Safee Sali ~ wah! itu anak Pak Sali tu! duk Kajang dia.
Khairul Fahmi ~ Molek come budok ni! Apek tu saing kawe ngaji SK Tapang, Kota Baharu tuh!
Qui Li (Singapore) - Once upon a time in China, sedara Fung Sai Yuk tu! Opsss...

5. SEMANGAT
Apakah semangat dan maruah negara perlu dipikul oleh orang luar. Anak Malaysia sendiri mampu memikulnya. Kita telah buktikan dengan 100% made in Malaysia kita telah bergelar raja di asia tenggara sejak 2009. 

6. MOKHTAR DAHARI, ISA BAKAR, ARUMUGAM, SOH CHIN AUN, JAMES WONG, ISA BAKAR
Generasi baru mengenali nama-nama di atas? Buat sedikit homework... selusuri sejarah bolasepak negara dan mereka pasti berbangga dengan nama-nama di atas (sekadar menyebut sebahagiannya). Mereka adalah anak Malaysia yang disegani suatu ketika dahulu. Mokhtar Dahari "SuperMokh", Arumugam "Spiderman". Mereka dengan mudah meratah Korea Selatan dan Jepun dalam Pestabola Merdeka dulu-dulu. Mereka boleh, mengapa Safee Sali, Norshahrul, Safiq Rahim dan Khairul Fahmi tidak boleh? Kita tidak perlukan pemain import! Betulkan?

7. STADIUM BUKIT JALIL 90,000++ PENONTON
Singapura hanya menyediakan stadium berkapasiti 6,000 penonton dalam perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 Singapura vs Malaysia dulu di Singapura walaupun mempunyai sekurang-kurangnya 5 pemain import. Yup... kita tewas 5-2 dalam perlawanan itu. Nak dijadikan cerita, 5 gol Singapura disana di"sumbang"kan oleh rakyat Singapura? Malaysia punya stadium yang besar untuk perlawanan yang besar bagi ditonton oleh lebih 90,000 penonton dan mungkin juga masih ada yang kecewa kerana tak dapat tiket. Malaysian Blues tak merasakan kita tiada pononton jika tiada pemain import. MALAYSIA tetap bersama Harimau Malaya.


8. KANTUNG FAM
Malaysian Blues tak pasti jika kantung FAM berisi sedikit, separuh penuh atau sentiasa penuh. Apapun biar apa situasinya, ianya perlu dibelanjakan dengan berhemah. Daripada membayar pemain import yang kesetiaan kepada negara MALAYSIA entah iya entahkan tidak, lebih baik FAM membelanjakan untuk memperbaiki liga dan mencungkil bakat baru diseluruh tanahair. Kita punya 28 juta rakyat. Yang muda belia lebih separuh daripadanya. Kita akan lahirkan lebih ramai Safiq Rahim dan Safee Sali. Kita akan pastikan muncul lagi Nazmi Faiz. Moral... apa perlu kita cari pemain import. (Bercakap berkaitan FAM... peminat sudah mula bangkit... FAM... sesekali dengarlah luahan hati peminat... apalah bolasepak tanpa peminat).

Arggggggggggh! Baru 8 sahaja sebelum 20 sebab. Apakah kita benar-benar perlukan 20 sebab? Tambahlah sendiri... Malaysian Blues penat sudah. Hakikatnya, kita sebenarnya hanya perlukan 1 sebab sahaja. sebabnya ialah MALAYSIA negara kita maka anak Malaysialah yang mesti memikul tanggugjawab ini.

Sekian. Pandangan peribadi Malaysian Blues tanpa prejudis....

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE

Kisah Lama

Archives