Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Wednesday, November 21, 2012

TERIMA KASIH ROBERTO ~ CINTA SAMPAI DI SINI SAHAJA

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 6:20 PM, under ,, | No comments

Salam to all...

Terima kasih Boss...
Belum sempat Malaysian Blues memikirkan apa yang nak diperkatakan tentang kekalahan 3-0 Chelsea di Turin, berita baru yang telah disahkan muncul. Malaysian Blues tak tertahan perasaan. Samaada percaya atau tidak tetapi itulah hakikatnya.... Perlawanan menentang Juventus menjadi titik noktah bagi kareer manager RDM di Chelsea.

Ini adalah kenyataan rasmi Chelsea yang di keluarkan di laman web rasmi chelseafc.com.


Secara jujurnya, bagi Malaysian Blues dan semua fan Chelsea tidak perlu rasa gundah gulana dengan berita ini. Pengurus dan pemain silih berganti tetapi Chelsea tetap ada dan Chelsea jugalah yang kita perlu sokong. Cuma ianya berlaku cukup pantas. Dengan prestasi hambar Chelsea beberapa minggu ini, pasti ada sesuatu dibelakang tabir yang kita tidak tahu. Mungkin RDM telah diberikan kata dua untuk memperbaiki persembahan atau akan digugurkan... siapa tahu.

Apa yang pasti sebenarnya RDM bukanlah pilihan utama RA untuk menggantikan AVB semasa AVB disingkirkan. RDM dilantik menjadi "interim manager" bagi meneruskan sisa perjuangan Chelsea yang ketika itu terumbang-ambing. Apapun kredit harus diberikan kepada RDM yang membawa 2 kejuaraan kepada Chelsea musim lepas terutamanya Champions League. Bukti RDM bukanlah pilihan utama RA ialah bagaimana Chelsea mengambil masa yang agak lama untuk mengesahkan perlantikan RDM selepas Chelsea bergelar juara Eropah.


Apa yang pasti, Malaysian Blues telah menjangkakan ini akan berlaku. Apa yang dibimbangkan tentang RDM dilihat bila kesebelasan utama Chelsea dikeluarkan pada perlawanan pagi tadi. Barisan 11 pemain dengan 5 pertahanan agak memeningkan kepala Malaysian Blues. Ketika perlawaanan ini emrupakan perlawanan yang perlu menang, barisan yang diturunkan lebih kepada defensive. Malaysian Blues bimbang yang RDM telah mula menunjukkan persamaan dengan apa yang AVB lakukan musim lepas iaitu kadangkala seperti RDM tidak tahu apa sebenarnya yang dia lakukan. Memasukkan Torres ketika Chelsea ketinggalan 2-0 bagi Malaysian Blues hanya menyebabkan Chelsea seolah-olah bermain dengan 10 pemain. Apa yang berlaku telah berlaku.


Mungkin hari ini masanya telah tiba untuk RA melepaskan RDM. Apa yang perlu kita lakukan sebagai penyokong ialah terus menyokong Chelsea. Biar siapapun yang bakal menggantikan RDM sebagai pengurus Chelsea perlu diberikan sokongan.

Siapa yang bakal menggantikan RDM? Yup... pengumuman rasmi akan dilakukan Chelsea dalam masa terdekat. Pep Guardiola (PG) yang sedang cuti sabatikal setahun di USA ketika ini dikhabarkan menjadi pilihan utama RA untuk menerajui Chelsea. Guardiola sendiri minggu lepas dikhabarkan telah menyatakan amat berminat untuk mengendalikan Chelsea. Apa yang pasti kerja-kerja belakang tabir sedang berjalan. Diberitakan RA sedang memujuk Guardiola untuk memendekkan cuti sabatikalnya dan terus menjadi pengurus baru Chelsea. Nama bekas pengurus Liverpool Rafael Banitez juga dikaitkan dengan jawatan ini. Jika RA gagal memujuk Guardiola untuk memendekkan cutinya berkemungkinan Banitez akan dilantik menjadi interim manager bagi Chelsea sehingga penghujung musim ini. Apa-apapun kita tunggu pengumuman rasmi di chelseafc.com. Yang menjadi kepastian bagi Malaysian Blues ialah Pep Guardiola bakal menerajui kerusi panas ini samada dalam masa terdekat atau selepas selesainya musim ini.


Kepada RDM - setinggi-tinggi terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan. Dilepaskan bukan kosong-kosong... poket sudah berisi.

Note: Harap RA juga ada perancangan besar untuk mengisi slot penjaring gol dan memantapkan pertahanan bagi Chelsea Januari ini. Malaysian Blues sudah putus harap dengan Torres. 

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE

Kisah Lama

Archives