Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Wednesday, December 12, 2012

MISI AFF 2012: JIKA INI LAYANAN THAILAND... TUNJUKKAN SAHAJA MEREKA JALAN KELUAR!

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 6:29 PM, under ,,, | No comments

Salam to all,

Tetamu yang terpinggir. Itu yang dialami skuad Harimau Malaya di Bangkok. Cukup memalukan. Menjelang pertemuan separuh akhir kedua AFF Suzuki Cup 2012 di Bangkok esok, perang psycho Thailand ke atas Malaysia semakin memuncak. Kem Malaysia yang berada di Bangkok dalam persiapan pertemuan itu diberitakan menerima layanan "first class" dari tuan rumah.


Dikhabarkan team Harimau Malaya terkejut bila tiba di padang tempat mereka dijadualkan melakukan latihan di Jaran Burapat di Bangkok. Dilaporkan padang yang tidak rata dan dipenuhi dengan lopak-lopak air. Tak ubah seperti sawah. Kita boleh bayangkan. Dengan tiang gol berkarat, jaring yang koyak, padang yang lecak ini sememangnya sesuatu yang amat mengejutkan kita di Malaysia. Lebih-lebih lagi layanan ini diterima dari Thailand. Lebih-lebih lagi dengan apa yang Malaysia telah berikan kepada mereka ketika mereka berada di Kuala Lumpur sebelum ini. Padang sekolah-sekolah di negara kita lebih baik.




Selain itu dikatakan dijumpai juga botol kaca pecah di atas padang. Ketiadaan bilik persalinan, tandas dan beberapa kemudahan-kemudahan asas seakan memperlihatkan bagaimana Thailand mahu memberikan tekanan kepada pasukan Malaysia. Thailand yang kita kenali adalah sebuah negara yang gilakan bolasepak dengan liga yang berjaya. Adalah tidak logik sama sekali yang mereka tidak mampu menyediakan tempat latihan yang lebih baik untuk Harimau Malaya dalam satu kejohanan yang berprestij seperti ini.

Kita diberikan satu padang awam yang terbuka yang sepertinya sawah padi yang keadaan padang boleh menyebabkan kecederaan kepada pemain. Tiada privasi untuk latihan dimana orang ramai boleh berada bebas berdekatan. Hanya sebahagian kecil kawasan padang yang boleh digunkan untuk menjalani latihan. Dikhabarkan latihan-latihan taktikal tidak dapat diteruskan oleh Datuk K. Adakah ini sebenarnya yang dimahukan oleh Thailand? 

Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi juara. Jika ini caranya Thailand melaksanakan misi mengejar kejuaraan kali ini, maka kita perlu tunjukkan mereka jalan keluar dari pertandingan ini. Biar apa yang kita hadapi ini menjadi malu yang cukup pahit untuk ditelan tuan rumah. Thailand sebenarnya sudah terasa goyangnya mereka untuk menghadapi Malaysia. Yup, mereka menang semua perlawanan peringkat kumpulan dengan bergaya dan bila kini terpaksa bertemu buku dan ruas dengan Malaysia, mereka sebenarnya sudah goyang. Esok hari perlawanan, maka Harimau Malaya mungkin ada sedikit ruang berlatih di dalam stadium.

Ok, Harimau Malaya. Jangan gentar dan ragu dengan keupayaan diri sendiri. Kita pernah hadapi layanan yang lebih "first class" di Jakarta 2 tahun lalu. Kita juga pernah menghadapi layanan ultra hebat di perlawanan akhir Sukan Sea di Jakarta tahun lalu. Layanan yang diterima di Thailand takkan mampu menggugat semangat anak jati Malaysia yang berjuang esok. Tunjukkan sahaja jalan keluar untuk Thailand malam esok.

Sekadar untuk tatapan...














Dan ini yang kita berikan kepada mereka tempohari... 
MAYBANK SPORTS COMPLEX, BANGI.



HARIMAU MALAYA - TUNJUKKAN THAILAND JALAN KELUAR!
note: sebahagian gambar dipetik dari sports247.my

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...