Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Sunday, October 7, 2012

EPL: TERBAIK DARI JUAN MATA! CHELSEA 4 - NORWICH CITY 1.

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 2:37 AM, under ,,,,, | No comments

Salam to all...

Salam 4-1 dari Malaysian Blues. What do u feel tonite? Yup... cukup bagus sebenarnya menjadi king (of Europe). Dan ketika ini, lebih menarik kerana Chelsea sedang menjadi raja semasa EPL. Chelsea kekal raja EPL ketika ini dengan kemenangan 4-1 ke atas Arsenal malam ini... opss Norwich City malam ini. Hahahaha.


Hazard. 3rd Goal.
Chelsea mempamerkan semangat waja untuk kekal fokus dalam perlawanan tanpa terusik dan terganggu dengan cerita-cerita luar padang sekali lagi dengan melenyapkan cabaran Norwich City sebentar tadi untuk terus kekal berada di singgahsana EPL selepas 7 perlawanan.

Hari ini sudah hampir setahun sejak John Terry dituduh melakukan makian rasis kepada Anton Ferdinand dan kontroversi berterusan selepas pihak FA mengeluarkan laporan penghakiman bertulis 3-4 hari lepas yang mendapati kapten Chelsea ini "bersalah" dalam semua tuduhan. Laporan ini agak kritikal untuk John Terry dan rakan sepasukan A.Cole memberikan reaksi marahnya melalui twitter. Mungkin A.Cole bakal menghadapi hukuman juga dari FA. Tetapi apakah cerita luar padang ini mengganggu Chelsea? Tidak... Terry dan A.Cole secara instrumentalnya menyumbang dengan cemerlang untuk kemenangan ke atas Norwich City malam ini.



Permainan Chelsea cukup menghiburkan sejak dari sepak mula. Gandingan Mata, Hazard dan Oscar sekali lagi mempamerkan flowing football yang cukup menarik. Torres sepatutnya telah meletakkan Chelsea di hadapan seawal minit ke 7 jika tidak kegugupan atau kegopohannya. 

Namun begitu, Norwich City terlebih dulu meledak gol apabila kapten mereka Grant Holt menjaringkan gol volley yang cantik di minit ke 11. Tetapi apa yang pasti dengan possesion di pihak Chelsea dengan permainan yang cukup menarik, semua penyokong Blues sebenarnya hanya menantikan respon untuk gol ini. (I told my son... u'll see how Chelsea respond this!)




Hanya 3 minit. The Blues tak menunggu lama untuk memadam kelebihan Norwich bila Torres bertindak bijak untuk menanduk masuk gol hantaran Ivanovic. Gol yang menaikkan konfiden Torres. Akrobatik Torres untuk gol kedua Chelsea dihalang pertahanan Norwich tetapi bola yang melantun disudahkan Lampard denga gol seperti yang biasa kita lihat Lampard menjaringkannya. Minit ke 22, Chelsea 2 - Norwich City 1.

Minit ke 31, Chelsea mengukuhkan pendahuluan dalam permainan bila Eden Hazard menjaringkan gol hasil hantaran Juan Mata yang cukup superb malam ini sebagai playmaker. Dari gerakan bertahan sepakan sudut Norwich City, Juan Mata melancarkan serangan counter attack pantas dari kawasan sendiri dan hantarannya mudah disudahkan Hazard. Separuh masa, Chelsea 3 - Norwich City 1.



Separuh masa kedua, tiada yang lebih diharapkan peminat The Blues selain Chelsea akan berpesta gol malam ini. Chelsea sememangnya mengawal permainan malam ini. Terry dan David Luiz juga dapat dilihat memilih untuk sama-sama menyerang malam ini (mungkin untuk sama meletakkkan nama sebagai penjaring malam ini). 

Cerita sama seperti first half. Chelsea in control. Rembatan Oscar diselamatkan penjaga gol Norwich City. Torres dan Mata juga beberapa kali digagalkan penjaga gol Norwich. Seperti orang lain, Malaysian Blues tertunggu-tunggu gol keempat malam ini. Minit ke 76, Ivanovic meledak gol ke 4 Chelsea dengan rembatan Volleynya selepas sentuhan flick Mata yang mendapat hantaran silang Oscar. Chelsea 4 - Norwich City 1. Game Over untuk Norwich City. Dengan 3 mata pasti ditangan, RDM memasukkan Azpilicueta dan Romeu untuk peluang beraksi. 




Ok Blues, 3 mata malam ini melonjakkan mata Chelsea kepada 19 mata (dari maksimum 21 mata) selepas 7 perlawanan dengan 6 kemenangan dan 1 seri. 4 mata di atas pencabar terdekat malam ini Man City yang menang 3-0 ke atas Sunderland. 

Key point malam ini:
  1. Apa yang berlaku bila RDM memberikan Juan Mata sedikit rehat sebelum ini? Lihat apa terjadi. Yeah... Superb dari Juan Mata. Malam ini, dia dilihat "person in charge" yang master dalam kerjanya. MOTM pilihan Malaysian Blues malam ini.
  2. Gandingan midfield Mata, Hazard dan Oscar semakin menjadi dari satu perlawanan ke satu perlawanan. Mantap!
  3. Mikel ~ aksi ke 250 malam ini untuk Chelsea.
  4. John Terry. Tidak banyak pergerakan menarik darinya dalam separuh masa pertama. Masalah dapat dilihat ketika Holt menjaringkan gol Norwich. Terry kembali di separuh masa kedua dengan lebih cemerlang. Tak pasti apakah kecederaannya tetapi dengan John Terry kita tahu dia adalah pejuang. Captain, Leader, Legend.
  5. Pertahanan Chelsea agak sedikit longgar dalam menutup ruang ketika 1st half. Perlu dimantapkan.
  6. Torres. 1 gol malam ini. Malaysian  Blues melihat Torres masih perlu menajamkan lagi "killer instinct"nya. Torrres seharusnya dapat menjaringkan 2-3 gol malam ini.
  7. Separuh masa kedua? Lovely Chelsea.
Next match. Spurs. Lama lagi... rehat agak panjang untuk Chelsea selepas ini. Enjoy kedudukan kita ketika ini....

Enjoy Youtube... (sebelum Youtube block EPL... tak tau sampai bila video ni ada)




Chelsea malam ini:
Cech, Ivanovic (Azpilicueta 78), Terry, Luiz, Cole, Mata, Mikel (Romeu 83), Lampard (Ramires 67), Oscar, Hazard, Torres. Simpanan: Turnbull, Moses, Cahill, Bertrand.


Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE