Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Sunday, October 14, 2012

BLOG VIEW: JIKA DUIT BUKAN ISUNYA ~ FALCAO COMING IN?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 3:35 AM, under ,, | No comments

Salam to all,

Chelsea. Fakta semasa (sebelum match vs Spurs) ~ di puncak liga ketika ini. 15 gol dalam 7 perlawanan EPL dan 6 gol dalam 2 aksi Champions League. Juga 6 gol dalam 1 match League Cup. So... so what? 

Dengan fakta di atas, seorang striker mungkin bukan agenda terpenting dalam kepala peminat Blues ketika ini TETAPI bila seseorang yang bernama FALCAO diberitakan hangat menjadi buruan Chelsea untuk musim perpindahan Januari, setiap seorang Chelsea fans takkan menjadi seorang yang dungu untuk tidak mengendahkannya. Yup kita sembangkan tentang Falcao!


Duitnya? 46-48 juta pound adalah harga yang dilekatkan sebagai tanda harga pemain ini. Tetapi semua fan Chelsea tahu, Torres berharga lebih kurang sebegitu.

Ok, Torres telahpun diuji dan boleh kata lulus dalam EPL tetapi jika anda pernah atau biasa melihat bagaimana aksi Falcao ketika bermain, sebenarnya sukar untuk mengatakan mengambil Falcao dengan harga itu berisiko. Dia seperti singa yang kelaparan ketika Chelsea bertemu Atletico Madrid awal musim ini, meledak hatrik bila pasukannya membenam Chelsea 4-1 dan membuatkan juara Champions League seperti pasukan belasahan. 

European Super Cup 2012
Radamel Falcao telah menjadi bualan yang cukup menggoncang Europe dalam beberapa musim kebelakangan ini ketika di Porto dan kini di Atletico Madrid. Sebagai fan Chelsea, kita semua tahu apa yang mampu pemain ini lakukan. Ok, kita ada Torres, tetapi dalam kes Falcao, Malaysian Blues jujurnya cuba mengelak dari satu sentimen yang sentimental berkenaan Torres. Falcao untuk Chelsea? Why not?

Mungkin bukan semudah yang boleh kita bayangkan. Letak 48 juta pound, dia milik Chelsea? Mungkin tak semudah itu walau kita tahu Abramovich ada duitnya. Manchester City dah menunjukkan minatnya. Roberto Mancini sendiri berada dalam stadium di mana Falcao bermain minggu lepas untuk melihatnya. Apa yang pasti walaupun Man City kini mempunyai 4 world class striker nampak seperti mereka juga mahukan pemain ini.



Atletico Madrid sebenarnya baru sahaja mendapatkan pemain ini dari Porto dengan harga 35 juta pound musim lepas. Tetapi dengan kedudukan hutang yang lebih kurang harga Falcao sekarang, Atletico Madrid mungkin akan melepaskannya.

Khabar angin yang cukup kuat telah muncul sebelum ini dimana dikatakan Chelsea telah mencuba saat-saat akhir musim perpindahan Ogos lepas untuk mendapatkan penyerang ini tetapi gagal. Chelsea ketika ini hanya ada Torrres dan Sturridge sebagai penyerang selain Lucas Piazon. Lukaku dah dihantar loan semusim ke West Brom.

Apapun, beberapa laporan di internet telah menyatakan Abramovich telah bersedia untuk menurunkan tandatangan cek bernilai 46 juta pound untuk membawa Falcao ke Chelsea Januari ini (klik sini). Malaysian Blues tak mahu bersikap pandai-pandai. Tanpa memikirkan perkara-perkara lain seperti peraturan baru financial play UEFA atau kestabilan dalam skuad bila Falcao jadi masuk, Malaysian Blues merasakan jika benar laporan ini, maka just grab it. Pastinya kem pengurusan Chelsea dan RDM sudah ada plan atau memikirkan hal-hal sebegini.

Ketika ini, Chelsea berada dalam transisi yang menarik dan isyarat-isyarat yang cukup-cukup bagus telah kita lihat. Persefahaman dan persembahan Mata, Hazard dan Oscar cukup menjadi dan gandingan ini akan lebih mantap dari masa ke semasa. Yup, kita juga mungkin telah melihat ada kebangkitan dalam persembahan Torres. Ada yang risau dengan kedudukan Torres nanti.  Apapun, Malaysian Blues melihat jika ini signing yang mampu memberikan lebih impak positif kepada Chelsea, pemain ini amat dialu-alukan.


Tiada apa yang boleh menyangkal kualiti yang ada pada Falcao. Tiada persoalan. Pemain ini pasti berjaya walau kemana sahaja dia pergi selagi dia diberikan servis terbaik dan peluang untuk menjaringkan gol. No doubt. 

Januari tak lama lagi. Kita tunggu dan lihat apakah cerita ini akan menjadi realiti atau sekadar panas seperti panasnya cerita Hulk dan Cavani dulu. Dengan Abramovich dan Chelsea mensasarkan The Blues untuk menjadi kuasa yang benar-benar disegani diperingkat domestik dan Eropah, semua penyokong Blues pastinya mengalu-alukan Falcao.

Apa kata anda? Bagaimana pula Neymar?

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE