Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Monday, October 8, 2012

BLOG VIEW: MUNGKINKAH RAMIRES STAY DI TENGAH?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:15 AM, under , | No comments

Salam to all...

The Blues No. 7. Ramires. Seperti yang kita sedari barisan attacking midfield Chelsea semakin menarik ketika ini dengan flowing football yang di persembahkan oleh trio Hazard, Mata dan Oscar. Apa yang pasti jangan kita lupa kita juga mempunyai Ramires, Marko Marin dan Victor Moses.



Mari kita bincangkan tentang Ramires. Satu ketika Malaysian Blues tak pernah terlintas atau terfikir tentang Ramires mampu bermain diposisi sebelah Mikel dengan baik. Bukan posisinya. Tetapi hakikatnya dalam beberapa perlawanan sebelum ini Ramires membuktikan bahawa tanggapan itu salah.

Sejak RDM mengambil alih kelab, Ramires diberikan peranan pentingnya bermain di bahagian luar wing kanan dan sentiasa memberikan impak yang cukup cemerlang. Ramires berperanan besar dalam gol Drobba dalam perlawanan menentang Napoli. Ramires menyumbat 2 gol dalam semi final FA Cup menentang Spurs dan 1 dalam perlawanan akhir FA Cup menentang Liverpool.



Jangan lupa, Ramires tiba entah dari mana selepas satu larian pantasnya dan aksi 1-2 Ramires bersama Lampard menghasilkan gol cantik ketika bertemu Barcelona. Ramires memulakan permainan sebagai pertahanan kanan dalam perlawanan itu.

Apa yang pasti, pemain yang cukup versatile ini memberikan RDM lebih pilihan untuk mengunakannya dalam apa juga framework formasi yang mahu diterapkan RDM. Kita tahu Ramires gembira untuk melakukan tugas yang diberikan dan mampu bermain di mana-mana bahagian kerana dia mempunyai sumber tenaga dalaman yang cukup hebat dan mampu berada dimana-mana bahagian padang dengan cukup pantas. So, sumbangannya dalam beberapa perlawanan sebelum ini di posisi holding midfielder sebenarnya agak menakjubkan.


Speeding...
Sesetengah orang memanggil posisi ini centre midfield, sesetengahnya posisi holding midfield, ada juga panggil deeper lying position. Apa sajalah... tapi apa yang pasti Malaysian Blues merasakan sesuatu yang menarik dan serius jika RDM melihat Ramires beraksi diposisi ini week in week out.

Dengan kehadiran attacking midfield seperti Eden Hazard, Oscar, Mata (juga Moses, Marin), aksi Ramires di bahagian wing kanan sebelum ini seakan mungkin jarang akan kita lihat. Untuk posisi holding midfield kita ada Mikel. Selain itu Lampard dan Romeu. Dengan pasukan yang cukup pemain berbakat dan jadual perlawanan yang ketat dan banyak untuk Chelsea, polisi rotation RDM nampak menjadi.


Mikel
Untuk posisi ini, Mikel adalah yang terbaik (walaupun dalam beberapa perlawanan awal musim permainannya kurang memberangsangkan). Frank Lampard jua sedar bahawa posisi ini adalah posisinya untuk sekarang dan masa-masa akan datang selepas posisi attacking midfield telah direbut oleh pemain-pemain lebih muda dan bertenaga. So, bagaimana pula Ramires? Ramires mempunyai segalanya untuk mengisi slot ini dan kepantasan yang dimilikinya menjadikan ianya satu kelebihan untuknya. Dan dia telah membuktikannya dalam dua tiga perlawanan sebelum ini.

Oh ok. Apa pun kita tunggu dan lihat bagaimana RDM melihat Ramires untuk berperanan dalam posisi ini yang ada Mikel, Lampard dan Romeu. RDM telah melihat impak yang diberikan Ramires dengan work rate dan tenaga serta kepantasannya. Bagi Malaysian Blues, why not? Yes, Ramires stay di posisi ini.

Apa kata anda, Blues?



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE