Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Tuesday, October 16, 2012

VIDEO: HARIMAU MALAYA BERSILAT DI HONG KONG ~ MALAYSIA 3 - HONG KONG 0

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 6:05 PM, under ,, | No comments

Salam to all...

Skuad Harimau Malaya membenam Hong Kong 3-0 di tempat lawan malam ini selepas Safee Sali, Safiq Rahim dan Fakri Saarani masing-masing meledak satu gol di separuh masa kedua. Perlawanan ini merupakan perlawanan persahabatan skuad negara dalam mempersiapkan diri untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF 2012 pada bulan Disember.



Safee Sali akhirnya menamatkan kemarau gol peringkat antarabangsa dengan gol pertama negara pada minit ke 60 dengan rembatan kaki kirinya selepas skuad negara gagal menembusi gol Hong Kong di separuh masa pertama. Safiq Rahim kemudiannya menambah gol kedua negara di minit 82 menerusi kepakaran sepakan  percumanya. Asakan berterusan Harimau Malaya akhirnya memberikan hasil apabila pemain gantian Fakri Saarani berjaya menyempurnakan hantaran menarik Safiq Rahim di masa kecederaan untuk menutup perlawanan dengan kemenangan 3-0. Kemenangan ini sememangnya cukup penting untuk mengembalikan moral pasukan yang sebelum ini tumpas 0-2 di tangan Vietnam dalam perlawanan persabahatan di Bukit Jalil bulan lepas.

Selepas ini 2 lagi perlawanan persabahatan akan menjadi medan persediaan Malaysia sebelum turun mempertahankan Piala AFF pada bulan Disember di Bukit Jalil. Malaysia akan bertemu Vietnam sekali lagi pada 3 November sebelum menentang Thailand pada 7 November.



Next match:
Friendly - Vietnam 03/11/2012
Friendly - Thailand 07/11/2012

HONGKONG 0 - MALAYSIA 3

International Friendly



Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE