Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Wednesday, October 24, 2012

MALAYSIAN BLUES: SHAHKTAR DONETSK 2 - CHELSEA 1 ~ BILA SEMUANYA TAK MENJADI!

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 6:15 PM, under ,, | No comments

Salam to all...

Champions League match. SHAKTAR DONESK 2 - CHELSEA 1.

Blues. Ada 2 sebab utama mengapa Chelsea tewas awal pagi tadi. 
Sebab pertama ialah Shaktar Donesk bermain lebih baik dari Chelsea. 
Sebab kedua ialah Shaktar Donesk score 2 gol berbanding Chelsea hanya 1 gol. 
Its simple. The Blues harus terima hakikat tewas malam tadi. Bagi Malaysian Blues, walaupun kecewa dengan kekalahan ini, apa yang lebih penting Chelsea perlu fokus untuk perlawanan-perlawanan akan datang. Thats all..


Roberto Di Matteo membuat 2 pertukaran ke atas barisan kesebelasan utama Chelsea ketika turun menentang Spurs minggu lepas. Frank Lampard kembali dalam pasukan menggantikan Hazard dan Terry menggantikan Gary Cahill. Yup... hanya 2 pertukaran sahaja. Ramires diberikan peranan untuk bermain di bahagian wing. Yup, inilah posisi yang Ramires banyak bermain di musim lepas tetapi untuk musim ini, tidak sesuai.


Match pagi tadi, S. Donesk sememangnya lebih menguasai majoriti masa permainan dan jika bukan kerana aksi cemerlang Petr Cech, mungkin Chelsea akan kalah dengan satu keputusan yang lebih memalukan. Entah apa yang bermain dalam kepala pemain, Chelsea gagal untuk menguasai bola dengan baik dan juga gagal mencipta banyak peluang yang benar-benar mampu mencipta gol. Jika ada pun beberapa kali peluang... ianya tersia-sia sahaja.

Fernando Torres kelihatan seperti pemain yang langsung tiada imaginasi, sentuhan pertama yang cukup lemah dan sepertinya langsung tiada konfiden. Kecederaan awal Lampard memberikan ruang Hazard kembali ke padang (perlu ingat ketika itu Chelsea telah ketinggallan 1 gol). Yup, aksi Hazard agak baik tetapi masih gagal menemui sentuhannya dan tiada serangan yang cukup berkesan.


Juan Mata. Malam tadi (or pagi tadi) bukan malamnya. Mata seakan menjadi pemalu dan bukan dirinya yang sebenar. David Luiz bagi Malaysian Blues amat mengecewakan malam tadi. Akhirnya, jadilah perlawanan ini salah satu perlawanan yang paling mahu cepat dilupakan bagi semua pemain dan penyokong Chelsea (masih ingat persembahan Chelsea ketika tewas dengan Atletico Madrid awal September lalu?)


Apa yang positif? Ada... tapi tak mencukupi untuk Chelsea menang malam tadi. Ramires dan Petr Cech keduanya beraksi cemerlang, Ivanovic cukup baik di sebelah kanan (dia yang menyumbang assist untuk gol saguhati yang disudahkan Oscar dari jarak dekat). Mikel secara keseluruhannya agak konsisten dan yang paling utama Oscar - penuh tenaga dan bekerja keras untuk pasukan.

Entahlah, apa yang Malaysian Blues nampak, pemain-pemain seperti agak keletihan. Torres nampak seperti nak tumbang di separuh masa kedua sebelum ditukarkan dengan Sturridge. Mata, Hazard, Luiz, Mikel, Cole dan Ivanovic jelas agak keletihan dan perlahan sepanjang perlawanan. Mungkinkah keletihan puncanya kita tewas dengan cara agak mudah?

OK, S. Donesk bermain baik malam tadi. Malaysian Blues sebenarnya tak banyak idea tentang pasukan ini. Apa yang dapat kita lihat malam tadi, mereka mempunyai sekumpulan Brazilian yang pantas yang benar-benar memberikan kita masalah. Jika pemain Chelsea tidak dalam keletihan, mungkin lain ceritanya.


Malaysian Blues gagal untuk memahami mengapa hanya 2 pertukaran sahaja untuk match malam ini. Yup, sememangnya orang akan mengatakan bahawa kita perlu bermain dengan pasukan terkuat bila bermain di tempat lawan di peringkat Eropah tetapi adakah anda bersetuju bahawa midfield terbaik kita ketika ini ialah dengan Ramires dan Mikel berada di bahagian holding midfield. Maka, menurunkan Lampard bukan barisan terkuat kita.

Bagi Malaysian Blues, setiap pemain yang Chelsea ada adalah cukup kuat untuk bermain sebagai pasukan terkuat kita untuk diturunkan. Dengan jelas bila dilihat beberapa pemain kita keletihan dengan jadual yang ketat, sebenarnya kita ada barisan pemain seperti Bertrand, Marin, Moses, Cahill, Azpilicueta, Piazon, Sturridge dan Romeu yang juga merupakan pemain berkualiti dan lebih dari mampu untuk mengisi beberapa tempat di kesebelasan utama. Yup.... 1st eleven malam tadi sememangnya barisan yang cukup kuat atas kertas tetapi hakikatnya mereka agak keletihan. Kita perlukan tenaga dari pemain yang cergas (kalaupun tidak semua ditukarkan) dan keletihan inilah yang menyebabkan harga mahal yang perlu dibayar dengan persembahan tidak bermaya.


S. Donesk menjaringkan gol awal seawal minit ke 3. Hakikatnya, untuk tempoh yang panjang, susah untuk kita lihat bahaya yang didatangkan dari Chelsea ke atas kubu S. Donesk. Sungguh tak senang duduk menonton perlawanan ini.  Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat ini tetapi bagi Malaysian Blues, beberapa pemain malam tadi (tidak semua) perlu diberikan rehat dan memberikan ruang kepada pemain yang cukup cergas.


Torres... Argghhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!
Sebagai salah seorang fan Torres, Malaysian Blues menyokong dan cuba bertahan dengan apa yang telah disumbangkan olehnya sejak perpindahan 50 juta pound dahulu. Mungkin kita telah melihat sedikit kebangkitannya beberapa perlawanan terdahulu tapi hakikatnya permainannya dalam 2-3 perlawanan sebelum ini cukup-cukup mengecewakan. Come la Torres... hakikatnya peminat telah lama bersabar... dan kesabaran ini semakin menipis....

Ok Blues, lupakanlah kekalahan ini. Chelsea perlu fokus untuk perlawanan-perlawanan akan datang. Harapnya RDM sudah menemui jalan untuk menyelesaikan isu-isu ini, mencipta penyelesaian dengan masalah yang kita lihat malam tadi. Get ready untuk berhadapan dengan MU Ahad ini dan bersedialah untuk menunjukkan kepada dunia sekali lagi "fear factor" dan kelas yang kita miliki musim ini kerana Chelsea adalah pasukan yang paling handal dan apa yang berlaku malam tadi sekadar "blip" yang disebabkan keletihan.

Lastly, bangun Chelsea, kembali positif semula dan keep the blue flag flying high. Kerana kita Chelsea!

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE