Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Tuesday, October 9, 2012

BLOG VIEW: SPURS vs CHELSEA ~ KITA HANYA PERLUKAN SATU REASON.

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 3:36 PM, under ,, | No comments

Salam to all.

Next match. 20 Oktober 2012. Chelsea akan bertandang ke White Hart Lane untuk satu perlawanan yang menemukan The Blues dengan bekas pengurus Andre Villas Boas di Spurs.



Dengan form Spur ketika ini memuncak dengan moral yang agak tinggi selepas mencatatkan 4 kemenangan berturut-turut termasuk menumpaskan Aston Villa 2-0 dua hari lepas ditempat sendiri dan memalukan Man United minggu lepas di Old Trafford, perlawanan ini pasti menjadi satu perlawanan tumpuan nanti. Spurs kini dikedudukan ke5 liga dengan 14 mata. Dalam 7 perlawanan EPL, Spurs menang 4, seri 2 kali dan tewas hanya sekali di tangan Newcastle dalam perlawanan pertama mereka.

Apapun Chelsea setakat ini adalah pasukan yang belum tewas dalam EPL dan kekal di persada liga. Hakikatnya, banyak pengkritik bolasepak sebenarnya mahu melihat Chelsea tewas. Apakah ini mungkin berlaku.

Ok, Malaysian Blues melihat ini hanya satu psyco dari pihak luar untuk melemahkan Chelsea. Perlu diingat AVB adalah bekas pengurus yang disingkirkan musim lepas di tengah jalan selepas kedudukan Chelsea yang hilang arah angkara AVB (Malaysian Blues bukan fan AVB). Perlu diingat juga Spurs menangis tak berlagu bila tempat mereka dalam Champions League musim ini dinafikan Chelsea dengan cara cukup tragis. Hahahaha...

Hari ini Malaysian Blues terjumpa satu pengkisahan di internet yang mana mereka di luar sana memberikan 5 sebab mengapa mereka merasa yang AVB bakal menamatkan rekod tanpa kalah Chelsea musim ini (KLIK SINI)

So... apa kata mereka?

Sebab 1 - Suspension
~ John Terry tidak akan bermain kerana memulakan penggantungan dan nasib Ashley Cole yang bakal dikenakan tindakan disebabkan tweetnya . Dengan kehilangan John Terry, Chelsea kehilangan seorang pemain yang berwibawa untuk memimpin dan ketiadaan A. Cole bakal melemahkan barisan pertahanan Chelsea.

~ Malaysian Blues: Mereka lupa bahawa Chelsea mempunyai ramai pemain yang berpengaruh dan berkeupayaan memimpin pasukan. Mereka juga lupa bahawa Chelsea menidakkan mereka untuk aksi Champion League musim ini tanpa kehadiran John Terry di Munich. Mereka juga lupa Spurs dibaham 5-1 dalam perlawanan separuh akhir FA Cup musim lepas. Jangan lupa pertahanan Chelsea hanya melepaskan 4 gol dalam liga dan menjaringkan 15 gol. Adakah mereka tak melihat aksi dan persembahan David Luiz, Gary Cahill, Ivanovic yang cukup mantap? Juga kita ada Bertrand dan Azpilicueta? 


Cahill
Sebab 2 - Pace
~ kepantasan yang ada pada Spurs cukup untuk melemaskan pertahanan Chelsea yang perlahan. Bale & Lennon adalah antara dua pemain yang paling pantas dlm EPL dan dengan pertahanan tengah Chelsea dikemudikan Luiz dan Cahill, mereka pasti memberikan igauan ngeri untuk pertahanan Chelsea ini.

Malaysian Blues: Really? Adakah mereka fikirkan RDM bodoh untuk tidak melihat situasi ini? David Luiz dan Cahill sebenarnya cukup mantap untuk berhadapan dengan serangan Spurs. Dan jika perancangan RDM menjadi, Lennon & Bale sebenarnya akan tersekat dihadapan Ivanovic, Ramires/Lampard, Mikel dan Bertrand sebelum berhadapan Cahill dan Luiz. Apa mereka lupa tentang trio Chelsea Hazard-Mata-Oscar yang bakal mengucarkacirkan mereka sendiri?

Sebab 3- Balas Dendam

Peluang untuk Spurs melunaskan dendam dengan Chelsea? AVB akan membuktikan kepakaran taktikalnya kepada Abramovich dan penyokong Chelsea. Pengurus yang disingkirkan pastinya akan membuktikan dan akan mendapatkan keputusan yang baik untuk mendiamkan bekas majikan dan penyokong mereka.

Malaysian Blues: Come on lah AVB. Bring it on! Anda dipecat bukan kerana apa yang kamu lakukan tetapi kerana kamu tak tahu apa yang telah kamu lakukan. RDM is much better than u.


Sorry brader.. I am the boss now...
Sebab 4 - Momentum
Ketika Chelsea cukup baik membina momentum, Spur menang 4 perlawanan terakhir EPL termasuk kemenangan ke atas Man United di tempat lawan, Chelsea hanya menang 3 menang EPL berturut-turut, dibelakang Spurs.

Malaysian Blues: Bila bercerita tentang momentum, adakah mereka lupa mereka sekadar seri 1-1 dengan Panathinaikos dalam Europa League ketika Chelsea menang besar 4-0 dengan Nordsjaelland dalam Champions League? Apakah momentum bila Spurs kini di tangga ke 3 table kumpulan Europa League juga belum menang lagi dalam Europa League? Apakah mereka lupa ketika menang dengan Man United, kita menang denga Arsenal juga ditempat lawan? Kita lihat momentum siapa yang akan meledak nanti di White Hart Lane nanti.

Sebab 5 - Persamaan
Ketika pendekatan Spurs dalam permainan biasanya melibatkan kepantasan, Chelsea menerapkan gaya permainan dengan kepelbagaian hantaran-hantaran (pass) yang sukar untuk memerangkap pihak lawan dan melalui hantaran jauh. AVB tahu rahsia Chelsea dengan pengalamannya sebelum ini dan akan memaksa Chelsea bermain dalam cara berbeza yang Chelsea tidak biasa dan menghalang Chelsea daripada menjaringkan gol.

Malaysian Blues: Pundit ini sekali lagi menampakkan kebodohannya dalam menilai keupaayaan Chelsea. Jika AVB benar-benar tahu gaya permainan Chelsea, maka RDM lebih tahu tentang apa yang sebenarnya mampu Chelsea lakukan. Ingat, RDM yang membawa Chelsea bangkit bila AVB disingkirkan. Dengan barisan playmaker Chelsea yang diketuai Mata, Hazard dan Oscar mereka mahu merobek gawang Spurs dengan banyak cara. Dengan konfiden Torres juga semakin baik Spurs sebenarnya goyang untuk menghadapi Chelsea.


Spurs nightmare...
Apa pandangan anda?

Malaysian Blues: THE BLUES TAK PERLU BANYAK SEBAB MENGAPA CHELSEA MAMPU MENUMPASKAN SPURS DI LAMAN MEREKA SENDIRI. CHELSEA HANYA PERLUKAN 1 SEBAB ~ SEBABNYA IALAH: CHELSEA LEBIH BAIK DARIPADA SPURS.
Itu Sahaja.

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE