Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Tuesday, October 9, 2012

MALAYSIAN BLUES: TORRES IN MY HOUSE... WILL SCORE MORE FOR THE BLUES!

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:17 AM, under | No comments

Salam to all...

Jom sembang pasal striker 50 juta pound kita, FERNANDO "el NINO"  TORRES.
Ok Blues... ada sesiapa antara anda yang merasakan jumlah jaringan Torres setakat ini dalam apa juga keadaan mendapat perhatian? Yup, sejak musim bermula Eden Hazard, Mata dan Oscar adalah antara pemain-pemain Chelsea yang paling banyak mendapat perhatian dan sememangnya mereka berhak. Torres? Yup... 6 gol dalam 12 perlawanan setakat ini dari Torres sebenarnya sedikit sebanyak telah memberikan bayangan yang Torres yang kita lihat beberapa musim lalu telah kembali. Benar-benar kembali?



Jangan salah faham dengan Malaysian Blues tetapi inilah hakikat. Hakikatnya Torres ketika ini dapat kita lihat seolah-olah dalam situasi-situasi yang tertentu dia "lambat selangkah" dalam lariannya atau kadangkala terlalu "bersifat pemalu". Faham maksud Malaysian Blues? Jika faham... bagus. Kalau tak faham... buat-buat sahaja faham dan teruskan membaca. Yang pasti apa yang positif dapat kita rasakan ialah tanda-tanda kebangkitannya. 

Sebenarnya mudah untuk kita baca gaya lenggok bahasa badan Torres di tengah padang ketika ini. Tiada lagi nampak keluhan panjang ke atas pemain lain yang tidak mengendahkan lariannya. Kita akan lebih nampak semangat dalam dirinya, juga senyuman. Torres kelihatan seperti seorang pemain yang gembira dengan sumbangannya. Apa yang mungkin tidak cukup menggembirakannya dan penyokong-penyokong setianya adalah jumlah gol atas namanya ketika ini.



Chelsea vs Norwich sabtu lepas... ingat? Apa yang Malaysian Blues nampak, Torres sebenarnya boleh meledak hatrik dalam perlawanan tersebut tetapi agak mengecewakan bila mana Torres seperti seolah-olah tiba-tiba menjadi cukup "pemalu" untuk membuat rembatan ketika berada dalam satu posisi yang cukup baik untuk menjaringkan gol. Hantaran bola kepadanya amat cantik dan dia sebenarnya berada dalam satu posisi yang pastinya seorang striker terbilang takkan lepaskannya. 

Yup, tidak dapat siapa nafikan, Torres memang dilihat bekerja keras dalam setiap perlawanan. Dia menjaringkan gol yang penting dalam perlawanan menentang Arsenal dan Norwich baru-baru ini. Workrate dia agak mengkagumkan. Tetapi Torres seolah-olah seperti pemalu bila mendapat peluang yang mampu menghasilkan gol. Dari 3 peluang terbaik yang dia dapat, dia menjaringkan 1 gol akhir-akhir ini. Lihat dalam perlawanan menentang Nordsjaelland, betapa dia telah mensia-siakan peluang. Dengan servis yang terbaik di belakangnya dari Mata, Hazard dan Oscar, Torres seharusnya telah menemui sentuhan berbisa yang amat ditakuti setiap penjaga gol lawan satu ketika dulu.



Gol vs Arsenal
Ok, Malaysian Blues tidak menafikan bahawa Torres adalah pemain yang bagus. Beberapa lariannya dapat dilihat memecahbelahkan pertahanan lawan. Kerja kerasnya juga tak dapat dinafikan. Tapi apa yang sedikit menggusarkan adalah sentuhan penyudah yang diharapkan dari seorang striker solo belum cukup-cukup meyakinkan. Ada sesuatu yang besar perlu dipertingkatkan dalam diri Torres. Konfiden dalam dirinya untuk mencari sentuhan berbisanya yang pernah dia persembahkan beberapa tahun yang lalu. Chelsea amat memerlukannya. Penyudahnya dalam situasi satu lawan satu perlu dipertajamkan lebih-lebih lagi bila menghadapi pasukan lawan yang kuat. Setiap peluang tidak seharusnya disia-siakan.

Apa lagi yang boleh Blues harapkan? Chelsea kini di puncak liga selepas 7 perlawanan. Jika Torres dapat mengembalikan semula zaman kegemilangannya dan dengan adanya sokongan dibelakangnya yang dicemburui pasukan lawan ketika ini maka kejuaraan liga bakal milik Chelsea. 



Malaysian Blues Video: The wait is over... satu ketika dulu

Malaysian Blues sentiasa percaya Torres akan menjaringkan gol untuk the Blues dan semua penyokong Chelsea sebenarnya telah cukup bersabar dan sentiasa memberikan sokongan tanpa berbelah bagi buatnya selama ini. Inilah masanya Torres! Balas kepercayaan penyokong dengan menyumbat seberapa banyak gol untuk Chelsea. Ini lah masanya.


Torres in my house... more to come. keep calm!
Come on Torres!

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE