Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Saturday, October 27, 2012

BLOG VIEW: CHELSEA vs MAN UNITED ~ APA YANG KITA MAHU?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 2:23 AM, under , | No comments

Salam to all...

Big game coming in... Chelsea vs Man United. Blues! apa dalam fikiran anda?

Pertemuan dua kelab teratas liga ketika ini (off course The Blues 4 mata dihadapan). Pastinya perlawanan tumpuan minggu ini. So Super Sunday akan bermain tengah malam waktu Malaysia. Perlawanan yang ditunggu-tunggu semua fan Chelsea dan juga MU.

 

Frank Lampard confirm tidak akan diturunkan kerana kecederaan dan John Terry sedang dalam penggantungan. Perlawanan yang pastinya menarik yang mana kedua-dua pasukan akan cuba mempamerkan persembahan mantap untuk menang. Chelsea akan turun dalam misi mengekalkan rekod cemerlang di Stamford Bridge disamping mahu kembali ke landasan kemenangan selepas tersentak dengan kekalahan 2-1 ditangan S. Donestk dalam Champions League. Apa yang pasti semua pemain perlu fokus kerana lawan yang akan ditentang kali ini pastinya cukup mencabar.


Pertahanan Chelsea perlu menghadapi dua penyerang yang ketika ini "on form" iaitu RVP dan W. Rooney. Mereka mungkin pasangan penyerang yang agak digeruni ketika ini di EPL. Apapun The Blues kini adalah pihak yang berkuasa di puncak liga dan ketika ini juga trio midfield yang menyerang Eden Hazard, Juan Mata dan Oscar berada pada tahap yang terbaik. Apa yang pasti, penguasaan bola bahagian midfield mungkin milik Blues kerana apa yang Blues miliki ketika ini. Mikel pula perlu membuka permainan dan kekal alert ke atas Rooney.

Di bahagian midfield, MU kehilangan Kagawa yang cedera. Kagawa adalah one man machine bagi MU. Seperti Park Ji Sung dahulu, pemain ini adalah cukup berkesan dalam perlawanan yang besar. Dia akan mengejar dan terus mengejar. Ketiadaannya adalah berita baik buat Chelsea. Chelsea perlu mengekspoitasikan ketiadaan Kagawa seperti mana mereka lakukan keatas Spurs yang kehilangan Dembele dan Bale tempohari. Jika Oscar, Mikel dan Ramires berjaya menguasai Cleverly dan Carrick maka itulah yang akan memberikan kelebihan untuk Chelsea memenangi perlawanan ini. Bahagian midfield pastinya akan menjadi WAR ZONE dalam pertemuan ini.


Di bahagian pertahanan adalah masalah terbesar MU ketika ini. Mereka telah melepaskan 11 gol dalam 8 perlawanan EPL musim ini berbanding Chelsea hanya 6 gol. Di antara 10 pasukan teratas liga ketika ini, hanya 1 pasukan sahaja yang telah dibolosi gol melebihi MU iaitu Spurs (itupun kerana The Blues yang meledak 4 gol dalam jaring mereka minggu lepas.) Hari-hari terbaik Ferdinand dan Evra telah berlalu manakala Evans, Smalling dan Rafael belum lagi nampak seperti pertahanan dalam kelas yang sukar ditembusi. Ferdinand dan Evans tidak cukup berkesan ketika ini dan barisan serangan Chelsea seharusnya memastikan bola terus bergerak untuk memecahkan pertahanan mereka. Mata, Oscar dan Hazard seharusnya telah menghidu perkara ini dan Torres (please!...) perlu lebih konfiden dan lebih agresif untuk menemui sentuhan jaringannya. MU ketinggalan 2-0 ketika menentang Braga di tempat sendiri baru-baru ini dan walaupun mereka berjaya kembali dan menang 3-2, jangan harap Chelsea akan melepaskan leading sebegitu.

Apa yang dapat dilihat dari kaca mata MU, walaupun mereka tidak berhenti melepaskan gol, mereka juga sebenarnya tidak berhenti menjaringkan gol. 21 gol dalam 8 perlawanan bermakna mereka pasti akan menyerang. Tetapi jika Cahill dan Luiz dapat menghentikan RVP (yang score hatrik di sini untuk Arsenal musim lepas), maka The Blues pastinya akan menguasai mereka dengan counter attack yang pantas. Hazard, Oscar, Mata, Ramires dan Cole kesemuanya pantas bertindak. Ini akan memberikan The Blues melancarkan serangan sepantas kilat selepas bertahan dan mencipta banyak peluang yang mampu menjaringkan gol. Torres... please alert, u can do it brader!

Ok, This is Stamford Bridge. 4 kemenangan dari 4 perlawanan. Ini masanya untuk 5 kemenangan dari 5 perlawanan. Dan inilah masa yang cukup perfect untuk melakukannya... ke atas pasukan di tangga kedua liga, MU. Apa lagi yang The Blues mahukan? Hanya kemenangan ke atas MU.

Malaysian Blues: Chelsea 3 - MU 1.

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE