Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Saturday, October 20, 2012

MALAYSIAN BLUES: HARGA YANG PERLU DIBAYAR KERANA MENJADI ASHLEY COLE...

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:49 AM, under ,, | No comments

Salam to all...

Ashley Cole. The best left back in the world. Ok. Banyak cerita yang tak best yang di baca mengenai pertahanan kiri The Blues seminggu dua ni. Malaysian Blues malas nak cerita tentang status kontrak A.Cole yang dikatakan masih gagal diselesaikan. Ada version yang lebih tak sedap dibaca ialah A.Cole telahpun menolak untuk tawaran kontrak baru yang dikatakan hanya untuk tempoh setahun. Dalam hal ini, Malaysia Blues rasa sebagai fans Chelsea kita hanya perlu tunggu dan lihat perkembangan-perkembangan muktahir dari masa ke semasa. Hakikatnya A.Cole hari ini adalah pemain Chelsea dan walau apa juga cerita dan tekanannya, A.Cole akan tetap beraksi cemerlang. Sama ada dia kekal atau berhijrah musim depan... kita tunggu sahaja...


Terkini, Ashley Cole dikenakan denda 90,000 pound oleh FA England kerana mengeluarkan kenyataan panas melalui akaun tweeternya ke atas FA England sebagai tindakbalas tuduhan FA England yang menggelarnya "penipu" dalam kes John Terry. Apa yang kita dapat lihat, Ashley Cole tidak dikenakan hukuman penggantungan perlawanan disebabkan dia telah secara personal meminta maaf kepada chairman FA England, David Berstein.

Tahukah anda? Jumlah denda sebanyak 90,000 pound ini (~ RM439,327... dekat setengah juta RM bro!) adalah jumlah denda paling mahal yang pernah FA England kenakan berkaitan kesalahan di media sosial (tweeter, facebook dsbnya). Inilah tweet yang bernilai 90,000 pound....


John Terry pula dikenakan penggantungan 4 perlawanan dan denda 220,000 pound (berapa RM?...RM1,073,910 bro.... ) oleh FA England atas kesalahan "rasis" yang telah dibuktikan "tidak bersalah" oleh mahkamah sivil sebelumnya. 

Tahukah anda... Rio Ferdinand hanya dikenakan denda 45,000 pound (RM219,663) atas tweetnya "choc ice" yang membawa maksud yang lebih teruk ke atas A.Cole?


"choc ice" meaning black on the outside and white on the inside



So.... now you blues... asking yourself, kenapa denda ke atas Ferdinand cuma separuh daripada yang dikenakan ke atas A.Cole? Anda tahu jawapannya... inilah HARGA YANG PERLU DIBAYAR kerana menjadi Ashley Cole dan bermain untuk Chelsea (same goes to Terry). Hahahaha.... paham?


Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE