Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Tuesday, October 2, 2012

BLOG VIEW: BLUES KE DENMARK ~ PREVIEW CHELSEA vs FC NORDSJAELLAND

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 2:43 AM, under ,,,, | No comments

Salam to all,

Malaysian Blues tak pernah lupa. Chelsea tersembam di tangga ke 6 apabila tamatnya liga EPL musim lalu. Hari ini selepas 6 perlawanan, The Blues berada megah di puncak liga. Adakah Chelsea benar-benar telah kembali? Hakikatnya The Blues memiliki rekod kemenangan lebih dari mana-mana kelab lain dan belum tewas. 6 perlawanan, 5 kemenangan dan 1 seri adalah satu isyarat yang cukup baik. Beberapa hari lalu kita bertandang ke padang jiran yang dikatakan test sebenar kita dan menumpaskan mereka di laman mereka sendiri. Apapun perjalanan sebenarnya masih jauh dan Chelsea kini menjadi "team to beat" bagi kelab-kelab lain dalam liga. Yang pasti, apa yang kita mahukan ialah konsistensi persembahan untuk memberikan isyarat fear factor kepada pencabar lain.

I am thinking bro...
Ok.... pagi rabu nanti Chelsea akan beraksi di Conpenhagen, Denmark dalam perlawanan kedua kumpulan Champions League menentang FC Nordsjaelland (nak mengeja pun susah la). Terus-terang Malaysian Blues kurang idea tentang lawan yang akan kita tentang kali ini. Apa yang pasti, tiada keputusan lain yang mesti dibawa pulang ke Stamford Bridge selain menang. Seri atau kalah sukar untuk diterima.

Tak perlu kita ingatkan bahawa Chelsea adalah juara bertahan Champions League. Semua tahu akan itu. Apa yang perlu Chelsea  ingat ialah bagaimana Chelsea meletakkan pasukan dalam persaingan musim ini. The Blues memilih jalan yang lebih sukar untuk berada dalam pertandingan ini. Kita hanya disahkan untuk memberikan cabaran dalam Champion League musim apabila Drogba berjaya merealisasikan penalti terakhir yang menobatkan Chelsea sebagai raja di Eropah. Maka seharusnya kita hadir ke perlawanan ini dengan aksi King of Europe. Begitu? Yup...

Chelsea 2: Juventus 2
Selepas kita dikejutkan dengan keputusan seri dengan Juventus dalam perlawanan pertama selepas mendahului 2 gol, inilah perlawanannya untuk kita kembali bangkit. Satu kemenangan yang meyakinkan amat ditagih dari pasukan untuk memberikan isyarat kepada pasukan lain bahawa Chelsea bersedia untuk mempertahankan gelaran. RDM pastinya mengharapkan barisan pertahanan Chelsea lebih kebal dalam menghadapi team yang jarang didengar dalam sirkit Eropah. Tetapi ingat, FC Nordsjaelland pastinya mahu beraksi lebih baik di tempat sendiri.

Chelsea terbang ke Denmark dengan form dan semangat yang tinggi walaupun hanya menang 3 dari 5 perlawanan terakhir termasuk seri dengan Juventus dan QPR. Tetapi bila dilihat Chelsea meledak 6 gol ke atas Wolves dalam Capital One pastinya memberikan kerisauan kepada pengurus Nordsjaelland, Kasper Hjulmand. Pasukan ini juga bakal dilanyak Chelsea jika Chelsea berada dalam mood yang terbaik dan jika sesuatu tak kena dengan team Denmark ini.

Nordsjaelland pastinya mahu mengakhiri form yang kurang memberangsangkan mereka dalam perlawan-perlawanan terakhir mereka. Mereka hanya menang 2 perlawanan dari 5 yang terakhir termasuk 2 kekalahan dan 1 seri. Penyerang muda mereka, Joshua John yang dipinjam dari FC Twente meledak 4 gol dalam perlawanan menentang Silkeborg IF yang mana mereka menang 6-1 untuk liga mereka.

Watch this boy.
Untuk team Chelsea, dalam perlawanan ini nanti, barisan The Blues akan dilihat satu team penuh bintang dimata mereka. Apapun, bagi Malaysian Blues , perhatian harus diberikan kepada No. 11 kita, Oscar. Dengan kualiti dan gaya persembahannya kita mampu mengharapkannya. Oscar juga mampu mencipta gol dari mana sahaja sudut di dalam padang dan ditambah dengan keupayaan menggeleceknya, kepantasan serta
lorongan-lorongan bola "killer pass" menjadikan dia sebagai star untuk Chelsea.

Dalam pasukan Nordsjaelland, kita sememangnya tak banyak tahu tentang pemain mereka tetapi apa yang pasti mereka mempunyai beberapa pemain muda yang berpotensi yang mampu memberikan masalah kepada pertahanan Chelsea jika tidak ditangani dengan betul. Joshua John diberitakan telah meledak 6 gol dan 2 assist dalam 7 perlawanan. Tak ragu lagi pemain ini perlu diperhatikan.

RDM mungkin akan menggunakan formasi yang sama atau 4-3-3 dalam perlawanan ini. Mikel rasanya akan dikekalkan dibahagian tengah sebagai anchor dalam pasukan dan memberikan cover penting untuk barisan pertahanan Chelsea. Juan Mata, Hazard dan Torres akan membentuk rangkaian 3 pemain di barisan hadapan sekali dengan Mata dan Hazard akan berada diantara barisan midfield dan pertahanan lawan. Torres akan mengambil peranan biasanya sebagai target man dan meranapkan jaring pintu gol lawan. Apa yang diharapkan, konfiden Torres akan memuncak selepas menjaringkan gol dalam 2 perlawanan berturut-turut sebelum ini.

I will score again.... believe me!
Ok, barisan sebenar yang akan diturunkan pagi Rabu nanti masih tak dapat dipastikan. Mungkin RDM akan merehatkan beberapa pemain. Hakikatnya Chelsea memiliki satu pasukan yang besar dan tiada permasalahan kecederaan serius dalam team. Rotation pemain pasti dilakukan RDM. Petr Cech akan pasti menjadi benteng terakhir Chelsea. Di barisan pertahanan, RDM mungkin akan membariskan Ivanovic, Terry, Cole dan Cahill mengambilalih tempat David Luiz kali ini. Di bahagian tengah, Mikel akan kekal dan Malaysian Blues menjangkakan Frank Lampard akan berada disampingnya selepas direhatkan dalam perlawanan menentang Arsenal. Oscar akan berada dihadapan mereka dan Mata, Hazard dan Torres melengkapkan barisan serangan Chelsea untuk perlawanan ini.

Kesebelasan utama yang mungkin untuk  Chelsea vs FC Nordsjaelland:
Cech, Ivanovic, Cahill, Terry, Mikel, Lampard, Ocsar, Mata, Hazard, Torres.

Malaysian Blues: Chelsea 3 - Nordsjaelland 0


Malaysian Blues - The Chelsea FC




Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE