Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Monday, October 1, 2012

BLOG VIEW: EN. ABRAMOVICH ~ APA CERITA KONTRAK BARU ASHLEY COLE & LAMPARD?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 2:21 PM, under ,,, | No comments

Salam to all...

Kontrak Ashley Cole kini seakan terawang-awangan di udara beberapa bulan ini. Kontrak semasanya kini yang ditandatangani pada 2009 memastikan gajinya setiap minggu 120,000 pound (perghhhhhh!!!!) akan hampir penghujungnya di akhir musim 2012/13 ini. Yup, ketika ini dia tetap pemain Chelsea tetapi menjelang Januari 2013, Cole bebas untuk melakukan apa-apa perbincangan dan mempertimbangkan tawaran mana-mana kelab yang berminat.


So, bagaimana dengan Chelsea? Adakah perbincangan mengenai lanjutan atau tawaran kontrak baru  A.Cole sedang dalam proses? Nampak seperti begitu dan kita harapkan juga begitu. Tetapi adakah sesuatu yang bermakna bagi kita sedang diperbincangkan? Apa yang kita harapkan begitu TETAPI rumours yang datang dan muncul setiap hari kebelakangan ini tidak menggambarkan begitu. Dengan apa yang telah dan mampu disumbangkan A.Cole kepada The Blues, kita berhak untuk berasa gusar. Ketika mula cerita-cerita berkenaan ini mula timbul sebagai khabar-khabar angin ianya disertakan dengan dakwaan A.Cole menuntut kenaikan gaji sebanyak 200,0000 pound seminggu yang sememangnya amat sukar dipercayaai. Penafian A.Cole berkenaan dakwaan ini melalui laman twitter peribadinya agak melegakan kita.


Apa yang pasti, walaupun gajinya sekarang yang bernilai 120,000 pound seminggu juga sebenarnya adalah satu jumlah yang agak "menakutkan" tetapi sekurang-kurangnya kita pasti bahawa bukan perkiraan gaji yang menjadi isu sebenar dalam penilaian kontraknya sekarang. Punca sebenar yang menjadi perbincangan kontrak ini agak "tricky" ialah polisi baru Chelsea yang hanya akan menawarkan lanjutan 1 tahun untuk pemain berumur 30 tahun dan ke atas. Itulah sebenarnya.

Ok. Fine. Itu polisi baru Chelsea. Kita mulakan dengan melihat rasional dan sebab musababnya dibelakang tabir polisi baru Chelsea ini. Bagi Malaysian Blues, sebenarnya tidak sukar untuk memahami mengapa Chelsea memperkenalkan polisi ini. Selepas melepasi umur 30 tahun, adalah sedikit sukar untuk meramalkan dengan tepat selama mana seseorang pemain untuk kekal berada pada tahap terbaiknya. Keupayaan dan kepantasan seseorang pemain itu - kita lihat bagaimana tough dan tahap kompetetifnya EPL. Juga lihat dengan susunan jadual perlawanan-perlawan dalam bolasepak Inggeris termasuk FA Cup dan League Cup. Bagi Chelsea yang setiap tahun masih mencabar Champions League, kita tahu berapa banyak perlawanan yang memerlukan setiap pemain sentiasa bersedia dan fit.

Dalam masa yang sama, pemain bila telah melepasi umur 30 biasanya akan mencecah titik kariernya dimana seseorang pemain itu akan mengira-ngira tentang gaji atau income terakhirnya dan akan membawa mereka melihat sekeliling mereka. Siapakah yang mampu memberikan gaji atau income terbaik diakhir-akhir karier mereka. So, jika sesuatu yang mungkin bagi Chelsea enggan untuk membincangkan kontrak lebih panjang. Ini juga mungkin puncanya. Maka... jika itu halnya, kelab seperti PSG merasakan mereka mempunyai peluang. Bergantung kepada setinggi mana kepercayaan peminat terhadap A.Cole yang wang bukan segala-galanya dalam menandatangani kontrak baru maka jika wang yang dia utamakan, PSG mampu berikannya.
Pengurus PSG Ancelotti pasti amat menunggu-nunggu peluang ini.

Apapun, kita sebagai peminat Blues jangan terlupa siapa yang kita sembangkan ini. Ashley Cole. Pemain yang memberikan sumbangan 1st class kepada Chelsea sejak 6 tahun lepas. Antara tunjang kekuatan barisan pertahanan Chelsea dan masih kekal terbaik dalam prestasinya yang dianggap antara pertahanan kiri terbaik kiri di dunia ketika ini. So, dengan persembahannya yang tidak siapa boleh ragui dan mentalitinya yang ditunjukkan dalam setiap perlawanan, menjadi tulang belakang pertahanan Chelsea maka permintaannya berhak diberikan pertimbangan?

Yup. Bagi Malaysian Blues, ia mesti diberikan perhatian sewajarnya. Persoalannya, adakah Chelsea juga begitu? Kita tidak tahu. Polisi kontrak ini hanya baru mahu bermula. Malaysian Blues amat bersetuju jika pengecualian kepada pemain berkualiti seperti Ashley Cole dipertimbangkan dengan serius. Tetapi ini sebenarnya bakal menjadi satu landmark dalam polisi kelab. Ini pasti akan memberikan mesej kepada pemain-pemain lain yang mana bila sampai masa mereka kelak.


Ok. Itu Ashley Cole. Bagaimana pula dengan Frank Lampard? Kontraknya juga akan berakhir 2013 dan walaupun mungkin dia dilihat lebih memahami situasi dan mungkin dilihat kurang urgent mencari majikan baru, kelab USA, LA Galaxy diberitakan telah bersedia untuk memberikan tawaran untuknya jika sampai satu tahap isu yang sama berkenaan lanjutan kontrak dengan Chelsea nanti timbul, sama ada suka atau tidak, dia mungkin akan terbang ke Los Angeles. Siapa tahu?

Akhirnya, walaupun polisi baru kontrak ini mensasarkan perubahan yang lebih baik untuk Chelsea tetapi penyelesaian untuk setiap kontrak akan melalui proses yang lebih complicated bagi setiap bintang kelab yang sampai masanya. Jangan lupa, banyak kelab sebenarnya mengintai peluang untuk merampas pemain-pemain ini daripada Chelsea.

Seperti kita tahu dan RDM  mengakuinya, peraturan inilah yang menyebabkan Didier Drogba meninggalkan Chelsea. Dalam kes A.Cole, adakah dapat kita membenarkannya berlaku? Apa yang pasti, apajua merit untuk tambahan 1 tahun lanjutan kontrak mungkin perlu dilihat case by case.

So sekarang? Oktober sudah masuk. Walaupun RDM mengatakan bahawa isu kontrak A.Cole akan dapat diselesaikan sebelum Januari (rujuk sini) , pemain pertahanan kiri terbaik di England ketika ini hanya ada 3 bulan sahaja sehingga Januari dan selepas Januari menjelang A.Cole telah mempunyai hak untuk mengawal sendiri dan menentukan masa depan dan destinasinya. Fikir-fikirkan.....

Malaysian Blues ~ come on Roman!

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE