Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Sunday, December 23, 2012

MALAYSIAN BLUES: FALCAO - CHELSEA IN JANUARY! DEAL OR NOT DEAL?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 2:48 AM, under | No comments


Salam to all...
Malaysian Blues agak busy 2-3 minggu ini. Lama tak posting.
Apapun, Januari akan menjelma beberapa hari lagi. Kepada Blues yang sering mengikuti posting-posting di blog ini sejak dahulu, pasti jelas betapa seorang pemain baru yang mantap yang amat-amat Malaysian Blues harapkan untuk berjersi biru Januari ini ialah RADAMEL FALCAO!

Ini sajian FAKTA untuk tatapan semua blues yang lama tertunggu-tunggu (perasan!) Malaysian Blues berblogging.

1. Falcao merupakan pemain pertama yang menjulang Europa League Cup dua tahun berturut-turut (Porto 2010/11, Atl. madrid 2011/12) - FAKTA
2. Falcao merupakan penjaring terbanyak Europa League Cup 2011/12 dengan 12 gol - FAKTA
3. Falcao menjaringkan hatrik dalam perlawanan pembuka tirai kejohanan bolasepak kelab Eropah, European Super Cup 2012/13 menentang Chelsea. - FAKTA
4. Falcao adalah antara pemain utama Atletico Madrid - FAKTA
5. Falcao LANGSUNG tidak disenaraikan dalam sebarang perlawanan Europa League Cup musim ini oleh Atletico Madrid (4 perlawanan) - FAKTA
6. Falcao layak bermain untuk mana-mana kelab dalam Champions League atau Europa League jika dia keluar dari Atletico Madrid January nanti - FAKTA.
Mengapa Atletico Madrid langsung tidak menyenaraikannya dalam satu pun perlawanan Europa League Cup musim ini walaupun dengan fakta-fakta 1-4 diatas?
Adakah sudah ada "DEAL" yang telah dimeterai dengan mana-mana kelab untuk membolehkannya beraksi dalam kejohanan kelab Eropah bersama kelab lain?
Note: UEFA rule - seorang pemain tidak dibenarkan untuk bermain dengan dua kelab berbeza dalam kejohanan bolasepak Eropah (Champions League atau Europa League) dalam musim yang sama.
Malaysian Blues Verdict: RADAMEL FALCAO will win his 3rd Europa Cup in a row.. this season. Faham maksud hamba? Hahahaha...




Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

Wednesday, December 12, 2012

MISI AFF 2012: JIKA INI LAYANAN THAILAND... TUNJUKKAN SAHAJA MEREKA JALAN KELUAR!

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 6:29 PM, under ,,, | No comments

Salam to all,

Tetamu yang terpinggir. Itu yang dialami skuad Harimau Malaya di Bangkok. Cukup memalukan. Menjelang pertemuan separuh akhir kedua AFF Suzuki Cup 2012 di Bangkok esok, perang psycho Thailand ke atas Malaysia semakin memuncak. Kem Malaysia yang berada di Bangkok dalam persiapan pertemuan itu diberitakan menerima layanan "first class" dari tuan rumah.


Dikhabarkan team Harimau Malaya terkejut bila tiba di padang tempat mereka dijadualkan melakukan latihan di Jaran Burapat di Bangkok. Dilaporkan padang yang tidak rata dan dipenuhi dengan lopak-lopak air. Tak ubah seperti sawah. Kita boleh bayangkan. Dengan tiang gol berkarat, jaring yang koyak, padang yang lecak ini sememangnya sesuatu yang amat mengejutkan kita di Malaysia. Lebih-lebih lagi layanan ini diterima dari Thailand. Lebih-lebih lagi dengan apa yang Malaysia telah berikan kepada mereka ketika mereka berada di Kuala Lumpur sebelum ini. Padang sekolah-sekolah di negara kita lebih baik.




Selain itu dikatakan dijumpai juga botol kaca pecah di atas padang. Ketiadaan bilik persalinan, tandas dan beberapa kemudahan-kemudahan asas seakan memperlihatkan bagaimana Thailand mahu memberikan tekanan kepada pasukan Malaysia. Thailand yang kita kenali adalah sebuah negara yang gilakan bolasepak dengan liga yang berjaya. Adalah tidak logik sama sekali yang mereka tidak mampu menyediakan tempat latihan yang lebih baik untuk Harimau Malaya dalam satu kejohanan yang berprestij seperti ini.

Kita diberikan satu padang awam yang terbuka yang sepertinya sawah padi yang keadaan padang boleh menyebabkan kecederaan kepada pemain. Tiada privasi untuk latihan dimana orang ramai boleh berada bebas berdekatan. Hanya sebahagian kecil kawasan padang yang boleh digunkan untuk menjalani latihan. Dikhabarkan latihan-latihan taktikal tidak dapat diteruskan oleh Datuk K. Adakah ini sebenarnya yang dimahukan oleh Thailand? 

Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi juara. Jika ini caranya Thailand melaksanakan misi mengejar kejuaraan kali ini, maka kita perlu tunjukkan mereka jalan keluar dari pertandingan ini. Biar apa yang kita hadapi ini menjadi malu yang cukup pahit untuk ditelan tuan rumah. Thailand sebenarnya sudah terasa goyangnya mereka untuk menghadapi Malaysia. Yup, mereka menang semua perlawanan peringkat kumpulan dengan bergaya dan bila kini terpaksa bertemu buku dan ruas dengan Malaysia, mereka sebenarnya sudah goyang. Esok hari perlawanan, maka Harimau Malaya mungkin ada sedikit ruang berlatih di dalam stadium.

Ok, Harimau Malaya. Jangan gentar dan ragu dengan keupayaan diri sendiri. Kita pernah hadapi layanan yang lebih "first class" di Jakarta 2 tahun lalu. Kita juga pernah menghadapi layanan ultra hebat di perlawanan akhir Sukan Sea di Jakarta tahun lalu. Layanan yang diterima di Thailand takkan mampu menggugat semangat anak jati Malaysia yang berjuang esok. Tunjukkan sahaja jalan keluar untuk Thailand malam esok.

Sekadar untuk tatapan...














Dan ini yang kita berikan kepada mereka tempohari... 
MAYBANK SPORTS COMPLEX, BANGI.



HARIMAU MALAYA - TUNJUKKAN THAILAND JALAN KELUAR!
note: sebahagian gambar dipetik dari sports247.my

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

MISI AFF 2012: HARIMAU MALAYA... TAJAMKAN TARING MU!

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:02 AM, under , | No comments

Salam to all...

Malaysia vs Thailand. Semifinal AFF 2012. 2nd leg. Bangkok, Thailand.
Khamis, 13 Disember 2012. 8:00 malam.

Keputusan seri 1-1 di Bukit Jalil  membekalkan satu tugas yang agak berat buat Harimau Malaya dalam perlawanan kedua separuh akhir AFF 2012 di Bangkok Khamis ini. Apapun bukan sesuatu yang mustahil buat anak buah Datuk K menafikan sengat Thailand di tanah mereka sendiri. Jika semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan setakat ini oleh semua pemain, sebenarnya Malaysian Blues  merasakan cukup optimis bahawa Malaysia akan berjaya ke final AFF 2012 untuk kali kedua berturut-turut.


Apa yang ada dalam fikiran penyokong Harimau Malaya sekarang? Yakin? Takut? Gelisah? Berdebar-debar? Perasaan ini takkan dapat lari dari jiwa anak Malaysia yang sentiasa mengharapkan kecemerlangan bolasepak negara. Selagi 90 minit di Bangkok belum selesai (atau mungkin 120 minit) debaran ini cukup dirasakan.

Kejayaan Thailand mendapatkan 1 gol di Bukit Jalil adalah satu hutang yang perlu segera ditebus bila Safee Sali dan rakan-rakan memulakan permainan Khamis ini. Mudah perkiraan matematiknya. Jika Malaysia menang tak kira apa juga jaringannya, Malaysia akan melangkah ke perlawanan akhir. Jika seri 1-1, perlawanan akan dilanjutkan ke masa tambahan 30 minit dan penentuan sepakan penalti terpaksa dijalankan jika keputusan kekal. Jika perlawanan berkesudahan seri dengan jaringan lebih 1 gol masing-masing (2-2, 3-3, 10-10, 100-100), Malaysia akan melangkah ke perlawanan akhir.


Apa yang perlu Harimau Malaya lakukan? Sebaik sahaja wisel permulaan permainan ditiupkan, misi Malaysia adalah sedaya upaya melakukan serangan demi serangan dalam mendapatkan gol awal di Bangkok. 1 gol awal akan menebus hutang 1 gol Thailand di Bukit Jalil. Datuk K seharusnya sudah mempunyai ramuan paling mujarabnya dalam menghadapi perlawanan ini. Kawalan bahagian tengah cukup penting dalam menguasai bola dan hantaran-hantaran sempurna perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Tak kira siapa yang akan diturunkan, barisan serangan Malaysia mampu menjaringkan gol. Safee Sali, Mat Yo, Muhymeen, Azamuddin, Safiq Rahim mampu meledak gol untuk Malaysia.

Perlu diingat, Thailand bukan calang-calang lawan. Tetapi Malaysia bukan calang-calang pencabar. Perlawanan akan dilangsungkan di Stadium Suphalacai, Bangkok. Apa yang perlu kita tahu, stadium ini bukanlah stadium keramat mereka. Perlawanan separuh akhir terpaksa dipindahkan ke stadium ini dari Stadium Rajamangala disebabkan kerosakan teruk padang. Hanya berkapasiti lebih kurang 20, 000 tempat duduk, sorakkan penyokong Gajah Putih takkan sehebat penyokong Harimau Malaya di Bukit Jalil. Harimau Malaya tidak seharusnya gentar bermain di Bangkok. Pengalaman menyerap tekanan maksimum yang pernah Malaysia hadapi ketika final AFF 2010 di Gelora Bung Karno sudah cukup membuktikan Harimau Malaya bersedia untuk mengganas di Bangkok kali ini.


Sukar sebenarnya untuk meramalkan perlawanan ini. Kekuatan Malaysia dan Thailand kelihatan nampak seimbang di atas kertas. Tetapi jika Malaysia mampu melakukan seperti apa yang dilakukan pada separuh masa pertama di Bukit Jalil, perlawanan ini bakal milik kita. Perlu diingat, kita kehilangan beberapa tonggak pemain dalam perlawanan pertama Ahad lepas. S Kunalan, Safee Sali, Kyril Muhymeen diberitakan telah bersedia untuk diturunkan. Wan Zack Haikal juga diberitakan telah mula menjalani latihan. Kekuatan dan persembahan mantap pemain pilihan Malaysian Blues untuk AFF 2012 kali ini, Mahali Jasuli amat ditagih untuk perlawanan ini dan diharapkan mampu melakukan magiknya sekali lagi. Jentera tengah Malaysia diketuai kapten Safiq Rahim perlu lebih fokus dan menguasai permainan. Barisan pertahanan yang diketuai Aidil dan Fadzli Shas juga diharap mampu menyerap asakan yang pastinya bertali arus juga dari pihak lawan. Farizal juga perlu kekal tenang dan fokus dalam menghadapi perlawanan ini.


SS10 Safee Sali. Ini masanya. Malaysia perlukan Safee Sali yang sebenar dalam perlawanan ini. Sentuhan berbisa Safee Sali amat diperlukan. Lupakan kegagalan menjaringkan beberapa gol dari beberapa peluang sebelum ini. Setiap peluang yang muncul kali ini diharapkan dapat diterjemahkan menjadi gol yang akan membawa Malaysia ke final.

Ok, Malaysia. Hanya doa dan harapan dari seluruh warga negara akan mengiringi Harimau Malaya Khamis ini. Debaran ini sebenarnya cukup hebat. Sejarah untuk Malaysia lakarkan sekali lagi dalam misi mempertahankan gelaran Raja Asia Tenggara. Kepada peminat yang akan sama-sama berkelana di Bangkok Khamis ini, selamat menyokong di Stadium. Kepada jutaan yang lain yang akan menghadap televisyen, pastikan sorakan anda dirasai sehingga di Bangkok. Harimau kita di Bangkok tahu dan mendengar sorakan anda.

Kepada Harimau Malaya. Kepada Safee Sali, Mat Yo, Mahali, Wan Zack, Azamuddin, Safiq, Shakir, Aidil, Farizal, Apek, Muhymeen, Kunalan, Gary dan semuanya. Tak kira siapa yang akan diturunkan nanti. Bawakan semangat 25 juta rakyat Malaysia di tanahair. Tunjukkan sebenar taring Harimau Malaya yang sebenar. Ratahlah sepuasnya gajah Thailand. Ini masanya. Ini saatnya.

HARIMAU MALAYA... whatever it takes, bring it on!


Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

Tuesday, December 11, 2012

MALAYSIAN BLUES: LIMA ISYARAT LAGI MENGAPA THE BLUES PERLU MENDAPATKANNYA JANUARI INI!

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:50 AM, under | No comments

Salam to all,

Tak sabar menunggu bermulanya aksi The Blues dalam World Club Cup 2012 di Japan? Jangan lupa Khamis 6:30pm. Semifinal Chelsea vs Monterrey FC (Mexico). Tiada sebab untuk Chelsea tidak melangkah ke perlawanan akhir yang dijangkakan menentang Corinthians FC dan tiada sebab untuk Chelsea tidak menjulang kejuaraan pertama musim ini. Ok... Kita tunggu dan relax.

RF9... 5 goal vs Deportivo la Caruna
Ok Blues. Disember sudah masuk hampir ke pertengahan bulan. Januari akan tiba sedikit masa lagi. Ikhlasnya Malaysian Blues kali ini teruja menunggu musim perpindahan Januari ini. Selepas kecewa gagal membawa masuk sekurang-kurangnya seorang striker pada musim panas lepas (walaupun dikaitkan dengan Hulk & Cavani sepanjang musim). Kini masanya kembali. Bukan Hulk, bukan Cavani tetapi bintang Colombia yang cukup bergemerlapan ketika ini di La Liga, Radamel Falcao.

Jika kita hayati dan ikuti perkembangan semasa Chelsea dari bulan ke bulan kebelakangan ini, sepeti tidak cukup kata-kata betapa Chelsea begitu mahukan endapatkan khidmat Radamel Falcao bila musim perpindahan Januari dibuka kembali. Sekali lagi Malaysian Blues teruja bila dalam perlawanan terakhir Falcao menentang Deportivo La Caruna, dia memberikan 5 lagi isyarat dan sebab mengapa Chelsea tidak harus melepaskan bulan Januari ini tanpa kehadirannya.


Come on Abramovich. Lakukan apa sahaja. Bawa Falcao ke Chelsea. Pemain yang cukup kuat dan bintang dunia yang sedang bersinar ini melakukannya sekali lagi. 5 gol yang diledakkan dalam perlawanan menentang Deportivo menjadi 5 lagi sebab untuk Chelsea mendapatkannya. Absolutely among the best striker in the world sekarang ini.

Dia telah melakukannya di Argentina, melakukannya di Portugal dan sedang melakukannya di Spain ketika ini. Pemain barisan hadapan yang cukup digeruni, cukup brilliant di udara, sentuhan yang menakjubkan, kuat, berbahaya dalam kawasan kotak penalti dan berbisa dari segenap sudut dan jarak. Tiada pemain pertahanan di dunia ketika ini rasa gembira jika berhadapan dengannya.


Andai benar berita yang tersebar di internet ketika ini, orang-orang kanan Abramovich kini berada di Sepanyol untuk melakukan tugasan mereka dan melihat sendiri bagaimana deal ini boleh dilakukan. Khabarnya sama ada Falcao atau Gonzalo Higuin. Tetapi dengan isyarat terakhir yang diberikan Falcao, Abramovich mesti bertindak segera untuk melakukan sesuatu... apa sahaja untuk memastika Falcao menyertai Chelsea Januari ini.

Penyokong Chelsea telah mengalu-alukan Falcao sejak berbulan-bulan lamanya dan walaupun Fernando Torres telah mula menemui sentuhan berbisanya untuk meledak gol bagi Chelsea, kebarangkalian untuk Falcao berada di Chelsea selepas tahun baru 2013 sememangnya mengujakan. Untuk menjadi pencabar kejuaraan yang terhebat, Chelsea perlukan pemain seperti Falcao. Dan jika Torres terus mantap dihadapan, apa yang boleh pesaing kita boleh katakan... we will conquer the world. 2 lebih baik berbanding 1. Malaysian Blues mengharapkan kehadirannya.

Torres



Falcao adalah seorang pemain yang mampu menarik mana-mana defender keluar dari posisi mereka dan menjaringkan gol. Dia adalah seorang striker yang mampu menggunakan kedua belah kakinya menjadi kaki ketiganya. Penyerang yang tidak membuat kesilapan bila melihat peluang dan gawang gol. Striker yang mampu mengelecek dan melepaskan bola dengan pantas dan berkesan. Striker yang terlalu suka untuk menjaringkan gol dalam apa juga perlawanan. 19 gol dari 15 kemunculannya musim ini hanya memperlihatkan kepada kita betapa kita bertuah jika memiliki pemain ini.

Come on Chelsea. Whatever it takes, bring me Falcao!

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

Monday, December 10, 2012

MALAYSIAN BLUES: SURAT TERBUKA RAFA BENITEZ UNTUK BLUES FANS

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 7:24 PM, under | No comments

Salam to all...

Ada sesuatu yang menarik ditemui di internet semalam. Surat terbuka pengurus interim Chelsea, Rafa Benitez yang ditujukan kepada peminat dan penyokong Chelsea. Malaysian Blues cuba sedaya upaya untuk men"translate"kan surat ini ke dalam bahasa melayu untuk pengkongsian bersama semua blues fans di Malaysia. Maaf jika translate yang dibuat kurang atau tidak menepati maksud sebenar... maklumlah...

Encik RAFA BENITEZ
Surat terbuka dari Rafa Benitez - 08/12/2012

Hello kepada anda yang selalu melawat ke rafabenitez.com dan kepada semua pembaca baru. Saya terlebih dahulu mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada semua di Chelsea FC atas kemenangan hari ini - kemenangan pertama saya dalam Premier League sejak saya bertugas dibangku simpanan Chelsea dan yang kedua dalam minggu ini dalam perlawanan Champions League Rabu lepas.

Bermula sejak saya menerima tawaran menyertai Chelsea, pasukan saya dan saya berkerja keras untuk memperbaiki keputusan dan berusaha mendapatkan kemenangan yang sangat-sangat kita mahukan - tak kira masa yang diperlukan dan usaha serta pengorbanan untuk memastikan ianya tercapai. Disebabkan itu, anda seharusnya faham inilah pertama kali sejak pengumuman perikatan saya dengan Chelsea saya mempunyai masa untuk menulis tetapi saya hanya mengambil masa sebelum memasuki penerbangan saya yang akan membawa kami ke Japan. Saya mengambil keputusan untuk membayar hutang saya kepada semua yang sentiasa menyokong kami dan melawat laman web ini.


Seperti yang dapat anda bayangkan dari apa yang mungkin anda lihat, kami terlibat dalam beberapa tugasan yang menanti dihadapan dan sejak perubahan dalam situasi kerja saya segalanya adalah melibatkan siri latihan dan perlawanan dan disebabkan itu saya tidak lagi mempunyai masa untuk perkara yang lain. Pengenalan secara rasmi saya sebagai pengurus Chelsea dilakukan pada Khamis, 21 November dan saya datang terus dari Abu Dhabi dimana saya memberikan syarahan saya. Saya secara terus ke sesi latihan pertama saya di Cobham sejurus turun dari kapal terbang. Selepas dua sesi latihan kita berhadapan dengan perlawanan pertama dibawah kendalian saya menentang Manchester City dan kemudian dua sesi latihan lagi sebelum bertemu Fulham dalam local derby. Komitmen dua perlawanan besar dalam masa tiga hari. Kami mempunyai beberapa situasi yang perlu dilakukan dan kemudiannya satu lagi perlawanan London derby menentang West ham United. Kami rehat pada hari ahad dan kemudian jadual berulang dengan Nordjaelland dan kemudiannya Sunderland hari ini...

Melihat bagaimana pasukan kita menang ke atas pasukan dari Belanda (6-1) merupakan kemenangan terbesar Chelsea FC di tempat senditi musim ini tetapi malangnya ia tidak cukup untuk Chelsea meneruskan cabaran dalam pertandingan. Beberapa keputusan sebelum ini dalam peringkat kumpulan dan keputusan lain yang terhasil malam itu meninggalkan kita tanpa pilihan. Kami berusaha untuk memberikan kepada penyokong suatu pengakhiran yang berbeza dalam cerita ini, untuk memberikan kemenangan lain dalam Champions League tetapi sekarang kita perlu memberikan tumpuan pula kepada EUFA Europa League.

Sekarang kita akan menghadapi cabaran Kejohanan Kelab Dunia di Japan dan ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah - saya memberitahu perkara ini kepada anda berdasarkan dua pengalaman penyertaan saya yang mempunyai keputusan yang berbeza. Apapun pasukan ini adalah pasukan yang bersedia memberikan segalanya untuk berusaha dan kembali dengan kejuaraan baru dibawa untuk semua penyokong.

Mari kembali kepada mengapa saya menulis surat ini dan harapan asasnya untuk memberikan kepercayaan penuh dalam situasi dan perasaan baru saya sebelum saya mencapai satu cabaran cukup menarik dalam mengendalikan Chelsea FC. Inilah secara asasnya cabaran yang saya terima dalam tawaran yang diberikan.

Dengan kepercayaan yang sama, dengan kejujuran yang sama, dengan kesetiaan dan dedikasi yang sama yang saya letakkan dalam setiap projek saya sebelum ini.

Untuk itu, terima kasih kepada semua dengan sokongan yang diberikan, kepada mereka yang menghantar mesej, email, surat... Kepada mereka yang membuat panggilan, kepada mereka yang cuba menghubungi saya dalam apa jua cara... Kepada semua, saya secara ikhlasnya mengucapkan terima kasih atas sokongan dan melihat ke hadapan untuk sentiasa berada dekat dangan anda melalui website ini.

Kami menuju ke Japan ketika ini untuk berjuang dalam FIFA Club World Cup dengan tekad dan dengan segala sokongan yang diberikan.

Terima kasih kepada semua sekali lagi.

Rafa Benitez.

(untuk baca surat asal - klik sini )

Ok Blues... ini sahaja yang dapat Malaysian Blues translatekan untuk bacaan. Salah maksud ditranslate maafkan hamba, sila hubungi Rafa di Japan sekarang ini untuk pencerahan contact +1880022882236 Help.

Ok, Blues. Itu sahaja. Kepada mereka yang masih meratapi kehilangan RDM dan kepada mereka yang masih tak dapat menerima hakikat Rafa Benitez adalah pengendali Chelsea ketika ini, bertenang dan bertenang. Tak kiralah siapa yang menjadi pengurus Chelsea, andai dia mampu memberikan yang terbaik untuk Chelsea dan membawa pulang kejuaraan untuk Chelsea, sewajarnya kita beri sokongan.

Abramovich membawa Torres ke Chelsea. Andai kita mampu bersabar dengan Torres selama ini hanya kerana dia THE BLUES, maka Abramovich jugalah yang membawa Rafa Benitez ke Chelsea. Dan oleh kerana ketika ini Rafa adalah sebahagian THE BLUES, wajar kita memberikan sokongan kepadanya kerana kita juga mengaku THE BLUES!

Keep faith! Come on Chelsea... bawa balik kejuaraan pertama musim ini dari Japan.

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

MALAYSIAN BLUES: WORLD CLUB CUP 2012 ~ PASTIKAN MILIK THE BLUES!

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 12:56 PM, under , | No comments

Salam to all Blues....

The Blues... now in Japan
Salam 3-1 untuk semua fans yang begitu dahagakan kemenangan Chelsea. Bertandang ke Stadium of Light dengan prestasi dalam liga yang kurang memberangsangkan kadangkala cukup mendebarkan semua peminat Chelsea. Hakikatnya kita yakin bahawa Chelsea akan kembali bangkit. Dan malam ini barisan The Blues memberikan persembahan yang cukup menyakinkan untuk membenam Sunderland 3-1 di gelanggang lawan.



3 mata malam ini melonjakkan Chelsea ke tangga ke 3 liga dengan 29 mata. Agak jauh dibelakang pendahulu MU 39 mata yang menang malam tadi dengan Man City. Malaysian Blues secara peribadinya mengharapkan kekalahan buat MU malam tadi dan perbezaan akan kekal hanya 7 mata. Apa boleh buat. Keputusan mereka ditangan mereka. RVP sekali lagi menjadi duri. Apapun Malaysian Blues yakin Chelsea masih merupakan REAL TITLE CONTENDERS untuk EPL musim ini. 10 mata bezanya memang cukup jauh tetapi bukan mustahil. Yang paling penting, Chelsea perlu meneruskan rentak kemenangan ini dan mengharapkan pesaing akan tergelincir dalam perlawanan mereka.


Fernando Torres. 4 gol dari 2 perlawanan. Malaysian Blues adalah antara org yang paling hangin dengan Torres sebelum ini dengan persembahannya. Hakikatnya seperti apa yang dikatakan sebelum ini, selagi dia berbaju biru, marah atau bengang pun kita support sebab membawa misi Chelsea. Jika kebangkitan Torres bermula hari ini... teruskan. Jangan putus ditengah jalan. Untuk sesebuah kelab sebesar Chelsea menjulang kejuaraan demi kejuaraan kita perlukan striker bereputasi yang meledak gol week in week out. Anyway 2 is better than 1. Jika Chelsea mampu bawa seorang lagi striker berbisa (Falcao) Januari ini... terbaik buat Chelsea.

Ok, minggu lepas sebagai kelab yang sentiasa mencipta sejarah, kita melakar sejarah baru walaupun sejarah itu cukup pahit untuk ditelan. Sejarah tercipta bila Chelsea muncul juara Eropah pertama tersingkir dari melangkah ke pusingan kedua Champions League. Apapun, life must go on... Sama ada suka atau tidak, kita akan menghadapi kejuaraan baru yang sebelum ini cukup asing buat kita EUROPA LEAGUE CUP. Apa yang kita harapkan dengan kejuaraan ini? Yup... tak perlu rasa rendah diri... jangan lupa, beberapa kelab besar juga bertanding merebut kejuaraan ini. Apa yang Malaysian Blues harapkan, Chelsea tetap kekal sebagai pasukan yang memberikan tumpuan serius kepada apa juga kejohanan yang disertai. Walaupun Europa Cup taklah kejohanan "money spinning" seperti Champion League, kita mesti target untuk menjuarainya kali ini. Lets rock Chelsea, kita bikin sejarah lagi.... EUROPA CUP 2012/13... pastikan milik kita.


The Blues kini dah berada di tanah Samurai. World Club Cup 2012. Berehat kita dalam mengharungi kejohanan EPL. Sepanjang di Japan, EPL tetap berlangsung. Apa yang kita harapkan, bila kita kembali ke EPL kelak, hakikatnya kita akan terpaksa mengejar dari belakang. Tak pasti kedudukan kita ketika itu selepas mungkin 2-3 perlawanan terlepas. Selain itu, kita juga akan bertandang ke Leeds United untuk suku akhir Capital One Cup selepas kembali dari Japan.

Monterrey FC.
Sekarang ini, tumpuan untuk kita lakar sejarah di Japan. Chelsea dijadualkan bertemu kelab dari Mexico, Monterrey FC dalam persaingan separuh akhir. Monterry FC menewaskan juara AFC dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai 3-1 dalam pusingan sebelumnya. Atas kertas, tiada sebab untuk Chelsea tidak mampu menumpaskan kelab Mexico ini. Tetapi jangan ambil mudah, pasukan ini bukanlah calang-calang pasukan juga. Setiap pasukan perlu kita hadapi dengan penuh semangat. Satu lagi semi final menemukan juara benua Amerika Selatan, Corinthians dengan kelab Mesir, Al-Ahly yang menewaskan juara liga Jepun, Sanfreece Hiroshima 2-1.

Torres... Chelsea fans want more!
Hanya 2 kemenangan dari 2 perlawanan sahaja diperlukan untuk Chelsea menjulang Kejuaraan Kelab Dunia 2012 ini. Apa yang pasti, momentum kemenangan 6-1 dan 3-1 ke atas Nordsjealland & Sunderland perlu diterusklan di Japan. Jika The Blues mampu menjinakkan Montterey FC, kita bakal bertemu sama ada Corinthians atau pun Al-Ahly di perlawananan akhir. Atas kertas, perlawanan Chelsea vs Corinthians adalah pasukan yang diramal dalam perlawanan akhir. Tak kisahlah,... yang penting Chelsea perlu memastikan kejuaraan pertama musim ni. World Club Cup 2012 - PASTIKAN MILIK THE BLUES! NO EXCUSE!

Malaysian Blues note:
My wish - 2 kejuaraan penting untuk dijulang bulan ini.
1. HARIMAU MALAYA - AFF Suzuki Cup 2012
2. THE BLUES - World Club Cup 2012


Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

Friday, December 7, 2012

CHELSEA 6 - NORDJAELLAND 1: THE BLUES TERKELUAR TAPI BELUM MATI... TENANG!

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 2:58 AM, under | No comments

Salam to all Blues...

My Blues, Chelsea. Dua keputusan seri 0-0 di laman sendiri, diikuti dengan kekalahan memalukan 3-1 dengan West Ham dan kini kita terkeluar dari saingan mempertahankan kejuaraan Champions League. Menang besar ke atas Nordjelands tidak membawa kita kepusingan seterusnya. Keputusan awal head to head dengan Juventus atau Shaktar Donestk lansung tak membantu Chelsea. Biarpun Chelsea mencatatkan jaringan gol yang tinggi, rule head to head melontarkan The Blues ke kancah Europa Cup. 



Yup, sejarah tercipta dengan Chelsea menjadi pasukan pertama dalam sejarah terkeluar dari saingan kalah mati Champions League sebagai juara bertahan. Bukan sejarah ini yang dapat kita banggakan. Apapun yang telah berlaku tidak dapat diperbaiki. Chelsea dan penyokong terpaksa menerima hakikat ini. 

Malaysian Blues agak kehilangan idea dan buntu untuk bercerita tentang Chelsea selepas agak sibuk dengan kehidupan seharian 2-3 hari ini sehingga tidak sempat menulis. Harap-harap idea dan kebuntuan itu akan hilang. November adalah bulan yang kadangkala membawa sesuatu yang tak kena dengan Chelsea. Musim ini begitu juga. Harapnya dengan kemenangan terbaru Chelsea 6-1 ini memberikan harapan agar Chelsea di bawah Rafa Benitez ini akan mula mencipta kemenangan semula. 



Ok. Selepas ini cukup penting buat Chelsea. Kemenangan amat-amat diperlukan dalam semua kejuaraan. Sedikit hari lagi Chelsea akan terbang ke Japan untuk menghadapi World Club Cup. Inilah masanya untuk Chelsea membina keyakinan semula. Tiada sebab untuk Chelsea tidak menjadi juara. Tiada alasan untuk Chelsea tidak membawa pulang 1 lagi trofi untuk kabinet di Stamford Bridge.


Apa yang Chelsea perlu lakukan? 

  1. Mulakan dengan kembali ke landasan kemenangan. 
  2. World Club Cup 2012 ini sebagai piala pertama yang dijulang Chelsea.
  3. Benam Leeds United dalam saingan suku akhir Capital One cup dan melangkah ke separuh akhir dan akhir dan memenangi kejuaraan ini sebagai piala kedua Chelsea musim ini.
  4. Pastikan Chelsea mula mengorak langkah naik semula dalam liga.10 mata membezakan Chelsea dengan pendahulu ketika ini. Apa yang perlu dilakukan ialah kembali konsisten menang dan memastikan 3 mata dalam setiap perlawanan disamping mengharapkan MU dan Man City tergelincir.
  5. Dapatkan sekurang-kurangnya 1-2 penyerang yang benar-benar mantap Januari nanti. Walaupun Torres score 2 biji dalam perlawanan dengan Nordjelands, bagi Malaysian Blues kita wajib mendapatkan yang baru Januari ini. Bring me Falcao!




Ok... apa yang pasti ada 5 kejuaraan yang masih dalam persaingan. World Club Cup, Capital One Cup, Europa Cup, FA Cup dan EPL. Chelsea mesti bangkit untuk sasarkan sekurang-kurangnya 3 kejuaraan musim ini. Chelsea juga mesti melayakkan diri untuk Champions League musim depan dengan merit liga EPL.

Chelsea masih hidup.  Kepada Chelsea. Come on! Itu sahaja posting hamba hari ini. Badan letih...

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

Monday, December 3, 2012

MISI AFF 2012: MALAYSIA 2 - INDONESIA 0. SAWADIKHAP! INI MASA UNTUK THAILAND!

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:34 PM, under ,,,, | No comments

Salam to all,

Apa lagi yang perlu dikatakan. Sujud syukur kepada Tuhan, hasrat anak Malaysia untuk melihat Harimau Malaya melangkah ke separuh akhir AFF 2012 terlaksana. Malaysia dijadualkan akan bertemu negara Gajah Putih, Thailand dalam perlawanan timbal balik pada 9/12 dan 13/12 datang.


Sebenarnya kemenangan 2-0 Malaysia ke atas Indonesia adalah sesuatu yang lebih dari sekadar kemenangan untuk melayakkan diri ke separuh akhir. Kemenangan ini dirasakan amat menyentuh benak dan perasaan setiap peminat bolasepak Malaysia dan melibatkan maruah negara yang kita sayangi. Entah mengapa... kadangkala Malaysian Blues sendiri gagal untuk memahami sedalamnya betapa antara Malaysia dan Indonesia mempunyai satu permainan emosi yang cukup menebal.


Sebahagian kecil penyokong Indonesia (Malaysian Blues tetap menganggap sebahagian besar penyokong Indonesia masih bersikap rasional sepertimana majoriti penyokong Malaysia) dilihat cukup taksub dan serangan-serangan provokasi di dalam dan luar jaluran maya cukup jelas terhadap Malaysia. Dendam kesumat mereka cukup menebal jika ianya berkaitan Malaysia. Tidak cukup dengan hal bolasepak, segala hal-hal politik, budaya dan apa sahaja, segalanya tidak kena jika ianya berkaitan Malaysia. Media-media nasional mereka juga sebahagian besarnya sama begitu. Anda boleh pergi ke carian google dan carilah komentar-komentar dan berita-berita sukan dari seberang. Mudah untuk kita baca dan temui bagaimana media mereka berterusan membakar dan mengapi-apikan kebencian melampau ke atas Malaysia. Mujurlah majoriti rakyat Malaysia dan media kita masih punya maruah untuk tidak melayan dan mengeruhkan lagi keadaan. Bukan tidak respon dengan provokosi mereka, tetapi kadangkala akan hanya mengeruhkan keadaaan. Tidak direspon dikata kita pengecut, dilayan provokosi mulalah suara-suara bodoh dari sana mengajak berperang. Bagi Malaysian Blues ianya kenyataan yang bodoh dan tak ada akal. Perang? Menang jadi arang, kalah jadi abu. Minta jauh... Jika takdir menentukan Malaysia terpaksa berperang, kami lebih rela berperang dengan Israel dari bersengketa dengan negara yang serumpun dan mempunyai begitu kaitan sejarah, Indonesia.


Apa pun hakikatnya, rakyat Malaysia tidak lupa apa yang berlaku ketika final kedua Malaysia vs Indonesia di Jakarta dua tahun lalu. Bagaimana pasukan Malaysia terpaksa berlatih di hotel penginapan mereka sahaja atas alasan keselamatan. Bas yang membawa pemain Malaysia ditahan dan dibaling batu dalam perjalanan ke stadium dan akhirnya terpaksa di bawa ke stadium dengan kereta perisai. Dalam tekanan moral yang cukup tinggi ke atas pemain kita, kita mampu juga menjulang AFF 2010 di laman mereka sendiri. Ianya tidak terhenti di situ. Dalam perlawanan akhir Sukan Sea 2011 di stadium yang sama antara Malaysia dan Indonesia, skuad Harimau Muda juga mendapat layanan yang sama. Penyokong mereka menghina dan mengejek ketika lagu Negaraku di mainkan. Usah cerita tergamaknya Jalur Gemilang kita dipijak-pijak dan dibakar.

Hakikatnya. Betapa rakyat Indonesia dianggarkan sekitar 15,000 orang didalam stadium malam semalam. Adakah mereka benar-benar pejuang berani mati yang sanggup menggadaikan nyawa hadir ke Stadium Bukit Jalil jika keselamatan mereka tidak terjamin? Tidak! bukan itu sebabnya. Mereka juga seperti penyokong Malaysia. Mereka hadir untuk menyokong pasukan mereka dan mereka sebenarnya tahu mereka sebenarnya selamat di bumi Malaysia. Memang diakui berlaku sedikit kekecohan sebelum perlawanan tetapi bagi Malaysian Blues ianya satu hal terpencil yang sepatutnya dapat dielakkan. Meminjam kata-kata seorang sahabat ~ benarlah sememangnya provokasi-provokasi ini wujud dalam apa jua pertandingan tetapi yang membezakannya ialah bagaimana kita menangani hal sebegini.


Lagu kebangsaan mereka dinyanyikan tanpa gangguan dan ejekan dari peminat Malaysia. Jika ada yang cuba bertindak "nakal" membuat bising, pasti ada yang menegurnya. Geng Ultras Malaya yang terkenal dengan sorakan mereka berada paling dekat dengan penyokong Indonesia dan mereka bertindak matang dengan menghormati ketika lagu kebangsaan Indonesia dimainkan. Dapat kita rasakan betapa seluruh stadium menghormati ketika lagu mereka dimainkan. Penyokong Malaysia bertepuk tangan bila mereka selesai menyanyikan lagu kebangsaan mereka. Siapa yang membaling objek ketengah padang? Malaysia? Jika anda anda di stadium ketika itu... anda sendiri tahu jawapannya.

Malaysian Blues hadir dalam perlawanan semalam di Bukit Jalil. Sebagai seorang yang telah berkeluarga dan membawa bersama anak-anak yang masih bersekolah, Malaysian Blues sentiasa berada dalam keadaan bimbang sekiranya sesuatu kekecohan berlaku. Dengan suhu kepanasan perlawanan antara kedua pasukan kadangkala agak merisaukan. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Malaysian Blues & Junior.
Tapi percayalah, ada segelintir penyokong Malaysia yang belum cukup matang dalam hal ini. Masih kita jumpa penyokong Malaysia yang mengejek dan membuat provokasi kepada penyokong lawan secara melampau. Dengan melakukan sebegitu, maka tiada bezanya kita dan mereka. Yup, sememangnya hati mana yang tidak panas melihat sebahagian mereka mengejek dan menghina tetapi berpada-padalah. Seorang sahabat bercerita tentang beberapa penyokong Malaysia bersikap agak "nakal" mengejek dan membuat provokasi melampau kepada beberapa penyokong Indonesia yang sedang berjalan selepas perlawanan berakhir di kawasan parking kereta. Mujurlah tiada tindakbalas dari penyokong Indonesia tersebut. Tetapi jika berlaku pergaduhan dan sebagainya, penyokong Malaysia itulah yang akan menerima terajang pertama dari sahabat tersebut. Come on la Malaysia. Seperti yang Malaysian Blues katakan tadi, tidak semua penyokong Indonesia itu samseng. Dan jangan pula kita yang menjadi samseng. Beberapa kekecohan yang berlaku hanyalah diperbesar-besarkan oleh pihak tertentu sedangkan majoritinya masih kekal menjaga maruah negara dengan kesopanan yang terkawal.

Cukup sesak di parking kereta semalam. Pukul 12:00 malam, Malaysian Blues masih belum dapat keluar dari kawasan stadium. Dapat dilihat beberapa penyokong Indonesia yang masih berjersi merah berjalan di kawasan stadium dan tiada siapa menggangu mereka. Seperti kita, mereka juga hadir untuk menyokong pasukan mereka.Negara kita aman, maka kita sama-samalah kekalkan keamanan. Suatu hari nanti apa yang kita harapkan ada 15000 penyokong Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta jika Malaysia bermain di sana dan bersorak dengan aman dan damai. Jika kita boleh menerima 15,000 penyokong Indonesia di Bukit Jalil mengapa mereka tidak. Apa yang pasti dan penting sekali ialah keselamatan. Harap mentaliti provokasi melampau ini akan berakhir antara dua negara serumpun yang masih kekal bersaudara ini di masa akan datang.

Kereta Kebal Malaysia... MJ2, Man of the Match.
Ok, misi untuk ke separuh akhir telah terlaksana. Kemenangan 2-0 ke atas Indonesia meletakkan Malaysia ditangga kedua kumpulan B dibelakang Singapura yang dibezakan dengan jaringan gol. 2 gol pantas dari Azamuddin Akil & Mahali Jasuli terus meranapkan impian Indonesia. Rekod Malaysia ke atas Indonesia semakin melebar. They just cant beat us... anywhere, anytime. Bunyi macam sedikit bongkak tetapi bukan... ianya berbentuk kenyataan... hahaha.


Malaysian Blues memuji persembahan Malaysia dalam perlawanan ini. Walaupun nampak kelihatan agak gugup dalam 10 minit pertama dengan beberapa kesilapan mudah bahagian tengah dan pertahanan, Harimau Malaya berjaya kembali menguasai keadaaan dan mempamerkan persembahan menarik malam itu. Mahali Jasuli dan Wan Zack Haikal membuktikan sekali lagi mereka berhak diturunkan dalam kesebelasan utama. Perubahan taktikal dengan menukar posisi Wan Zack dan Azamuddin dari kiri ke kanan dalam perlawanan jelas mengelirukan Indonesia. Kredit kepada Datuk K dengan keputusan ini. Safee Sali walaupun dilihat kurang mantap tetapi bagi Malaysian Blues kehadirannya membawa pengaruh yang cukup besar dalam persaingan AFF 2012 setakat ini. Diberitakan kecederaan hamstring yang dialaminya menghadkan persembahan mantap beliau. Mungkin ada antara penyokong Malaysia yang kurang bersetuju, tetapi bagi Malaysian Blues, faktor Safee Sali sebenarnya masih diperlukan dalam skuad Harimau Malaya. 

SS10
Tempoh rehat seminggu sebelum turun melayan Thailand dalam perlawanan separuh akhir pertama hujung minggu ini diharapkan dapat digunakan sebaiknya. Kajian mendalam tentang kekuatan dan kelemahan Thailand harus dianalisa dengan teliti dan diharapkan Datuk K dapat menemui ramuan yang cukup-cukup mujarab dalam menghadapi Thailand. Lupakan kekalahan dalam perlawanan persabahatan tempohari. Thailand bukan calang-calang pasukan musim ini. Kita ditewaskan 2-0 ketika perlawanan persabahan beberapa minggu yang lalu. Apapun dalam saingan separuh akhir ini segalanya boleh berubah. Diharapkan juga beberapa pemain yang mengalami kecederaan seperti Mat Yo, S. Kunalan dan Muhymeen kembali pulih untuk sama-sama menggalas tugas penting ini. 

Penyerang berbisa Thailand, Teerasil Dangda penjaring terbanyak setakat ini.
Kepada mereka yang tidak henti-henti mempertikaikan kewibawaan Datuk K. Cukup-cukuplah buat masa ini. Biarlah dia melakukan tugasannya dengan tenang. Biar kita analisa dan buat post mortem selepas kejohanan ini berakhir. Inilah masanya kita memberikan sokongan untuk beliau.

OK, MALAYSIA. Kepada yang berkesempatan, marilah sama-sama turun ke Stadium Bukit Jalil memberikan sokongan kepada Harimau Malaya 9hb ini. Sokongan peminat perlu untuk menyemarakkan semangat pemain-pemain kita. Malaysia perlukan kemenangan yang selesa sebagai bekalan bertandang ke Bangkok selepas itu. Selamat berjaya.

Jom layan ini... 

Match Highlight: AFF 2012 ~ Malaysia 2 - Indonesia 0


Full Match: AFF 2012 ~ Malaysia 2 - Indonesia 0



MALAYSIAN BLUES Youtube: HARIMAU MALAYA ~ What Supporters Do?


Terbaik dari Seberang ~ Kalau kalah sekali, kami bisa ngerti.... hahahaha


Malaysian Blues note: Biarlah persengketaan Malaysia - Indonesia dalam bolasepak diselesaikan dalam padang sahaja. Provokasi-provokasi melampau antara keduanya tidak membantu. Jom turun stadium!



Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...