Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Wednesday, December 12, 2012

MISI AFF 2012: HARIMAU MALAYA... TAJAMKAN TARING MU!

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:02 AM, under , | No comments

Salam to all...

Malaysia vs Thailand. Semifinal AFF 2012. 2nd leg. Bangkok, Thailand.
Khamis, 13 Disember 2012. 8:00 malam.

Keputusan seri 1-1 di Bukit Jalil  membekalkan satu tugas yang agak berat buat Harimau Malaya dalam perlawanan kedua separuh akhir AFF 2012 di Bangkok Khamis ini. Apapun bukan sesuatu yang mustahil buat anak buah Datuk K menafikan sengat Thailand di tanah mereka sendiri. Jika semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan setakat ini oleh semua pemain, sebenarnya Malaysian Blues  merasakan cukup optimis bahawa Malaysia akan berjaya ke final AFF 2012 untuk kali kedua berturut-turut.


Apa yang ada dalam fikiran penyokong Harimau Malaya sekarang? Yakin? Takut? Gelisah? Berdebar-debar? Perasaan ini takkan dapat lari dari jiwa anak Malaysia yang sentiasa mengharapkan kecemerlangan bolasepak negara. Selagi 90 minit di Bangkok belum selesai (atau mungkin 120 minit) debaran ini cukup dirasakan.

Kejayaan Thailand mendapatkan 1 gol di Bukit Jalil adalah satu hutang yang perlu segera ditebus bila Safee Sali dan rakan-rakan memulakan permainan Khamis ini. Mudah perkiraan matematiknya. Jika Malaysia menang tak kira apa juga jaringannya, Malaysia akan melangkah ke perlawanan akhir. Jika seri 1-1, perlawanan akan dilanjutkan ke masa tambahan 30 minit dan penentuan sepakan penalti terpaksa dijalankan jika keputusan kekal. Jika perlawanan berkesudahan seri dengan jaringan lebih 1 gol masing-masing (2-2, 3-3, 10-10, 100-100), Malaysia akan melangkah ke perlawanan akhir.


Apa yang perlu Harimau Malaya lakukan? Sebaik sahaja wisel permulaan permainan ditiupkan, misi Malaysia adalah sedaya upaya melakukan serangan demi serangan dalam mendapatkan gol awal di Bangkok. 1 gol awal akan menebus hutang 1 gol Thailand di Bukit Jalil. Datuk K seharusnya sudah mempunyai ramuan paling mujarabnya dalam menghadapi perlawanan ini. Kawalan bahagian tengah cukup penting dalam menguasai bola dan hantaran-hantaran sempurna perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Tak kira siapa yang akan diturunkan, barisan serangan Malaysia mampu menjaringkan gol. Safee Sali, Mat Yo, Muhymeen, Azamuddin, Safiq Rahim mampu meledak gol untuk Malaysia.

Perlu diingat, Thailand bukan calang-calang lawan. Tetapi Malaysia bukan calang-calang pencabar. Perlawanan akan dilangsungkan di Stadium Suphalacai, Bangkok. Apa yang perlu kita tahu, stadium ini bukanlah stadium keramat mereka. Perlawanan separuh akhir terpaksa dipindahkan ke stadium ini dari Stadium Rajamangala disebabkan kerosakan teruk padang. Hanya berkapasiti lebih kurang 20, 000 tempat duduk, sorakkan penyokong Gajah Putih takkan sehebat penyokong Harimau Malaya di Bukit Jalil. Harimau Malaya tidak seharusnya gentar bermain di Bangkok. Pengalaman menyerap tekanan maksimum yang pernah Malaysia hadapi ketika final AFF 2010 di Gelora Bung Karno sudah cukup membuktikan Harimau Malaya bersedia untuk mengganas di Bangkok kali ini.


Sukar sebenarnya untuk meramalkan perlawanan ini. Kekuatan Malaysia dan Thailand kelihatan nampak seimbang di atas kertas. Tetapi jika Malaysia mampu melakukan seperti apa yang dilakukan pada separuh masa pertama di Bukit Jalil, perlawanan ini bakal milik kita. Perlu diingat, kita kehilangan beberapa tonggak pemain dalam perlawanan pertama Ahad lepas. S Kunalan, Safee Sali, Kyril Muhymeen diberitakan telah bersedia untuk diturunkan. Wan Zack Haikal juga diberitakan telah mula menjalani latihan. Kekuatan dan persembahan mantap pemain pilihan Malaysian Blues untuk AFF 2012 kali ini, Mahali Jasuli amat ditagih untuk perlawanan ini dan diharapkan mampu melakukan magiknya sekali lagi. Jentera tengah Malaysia diketuai kapten Safiq Rahim perlu lebih fokus dan menguasai permainan. Barisan pertahanan yang diketuai Aidil dan Fadzli Shas juga diharap mampu menyerap asakan yang pastinya bertali arus juga dari pihak lawan. Farizal juga perlu kekal tenang dan fokus dalam menghadapi perlawanan ini.


SS10 Safee Sali. Ini masanya. Malaysia perlukan Safee Sali yang sebenar dalam perlawanan ini. Sentuhan berbisa Safee Sali amat diperlukan. Lupakan kegagalan menjaringkan beberapa gol dari beberapa peluang sebelum ini. Setiap peluang yang muncul kali ini diharapkan dapat diterjemahkan menjadi gol yang akan membawa Malaysia ke final.

Ok, Malaysia. Hanya doa dan harapan dari seluruh warga negara akan mengiringi Harimau Malaya Khamis ini. Debaran ini sebenarnya cukup hebat. Sejarah untuk Malaysia lakarkan sekali lagi dalam misi mempertahankan gelaran Raja Asia Tenggara. Kepada peminat yang akan sama-sama berkelana di Bangkok Khamis ini, selamat menyokong di Stadium. Kepada jutaan yang lain yang akan menghadap televisyen, pastikan sorakan anda dirasai sehingga di Bangkok. Harimau kita di Bangkok tahu dan mendengar sorakan anda.

Kepada Harimau Malaya. Kepada Safee Sali, Mat Yo, Mahali, Wan Zack, Azamuddin, Safiq, Shakir, Aidil, Farizal, Apek, Muhymeen, Kunalan, Gary dan semuanya. Tak kira siapa yang akan diturunkan nanti. Bawakan semangat 25 juta rakyat Malaysia di tanahair. Tunjukkan sebenar taring Harimau Malaya yang sebenar. Ratahlah sepuasnya gajah Thailand. Ini masanya. Ini saatnya.

HARIMAU MALAYA... whatever it takes, bring it on!


Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...