Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Friday, November 16, 2012

BLOG VIEW: CABARAN & TEKANAN MENJELANG JANUARI

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:19 AM, under ,, | No comments

Salam to all...

Chelsea akan bertandang ke West Brom sabtu ini untuk mencari kembali rentak kemenangan yang mula tercicir dalam EPL. Dua perlawanan liga yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 bukanlah suatu yang diinginkan. Terakhir seri 1-1 dengan Liverpool sebenarnya seperti terasa hentakan ditengkuk dan sedikit menimbulkan persoalan berkenaan cabaran untuk menjulang kejuaraan liga musim ini. Malaysian Blues  tidaklah panik tetapi setiap kali Chelsea bermain, bermacam-macam perkara datang mengusik minda ini.


Ok, The Blues jatuh 1 lagi anak tangga ke tangga ketiga liga dibelakang Man City selepas kehilangan 2 mata penting yang tak sepatutnya kehilangan dalam perlawanan dengan Liverpool. Betul, Chelsea memulakan musim ini cukup brilliant tetapi hari ini dua rival besar Chelsea, Man United dan Man City bergerak perlahan memintas kehadapan. Yup... perbezaan mata sebenarnya tidaklah begitu menggusarkan (3 mata dibelakang pendahulu MU) tetapi apa yang pasti The Blues kini perlu lebih fokus dan merasakan tekanan untuk memastikan Chelsea kekal sebagai title contenders musim ini.

Malaysian Blues cuba melihat beberapa senario yang mungkin difikirkan akan menyebabkan Chelsea betul-betul tertekan dalam memastikan The Blues mengekalkan cabaran ini dan menjadi sebahagian pendahulu dalam kedudukan liga menjelang tahun baru 2013. Bulan November dan Disember merupakan tempoh yang cukup kritikal bagi Chelsea.

Faktor Terry
Hakikatnya, barisan pertahanan Chelsea agak bermasalah dengan ketiadaan kapten pasukan yang berpengaruh ini. Selepas penggantungan 4 perlawanan, Terry kini terpaksa berehat lagi selepas mengalami kecederaan sewaktu menentang Liverpool. Kalau dilihat ketika Terry tersembam, tiada apa hendak dirisaukan tetapi bila Terry tidak terus bangun selepas insiden itu, kita menjadi risau kerana kita tahu hanya kecederaan teruk sahajalah yang menghalang dia. Mujur berita kecederaannya hanya minima dan akan kembali dalam beberapa minggu.


Musim 2012/13 ini, John Terry telah bermain dalam 7 perlawanan EPL setakat ini dengan 5 kemenangan dan 2 seri. Ironinya, Terry tidak bermain ketika Chelsea tewas satu-satunya perlawanan liga setakat ini iaitu ketika kalah 2-3 dengan MU. Perlu juga diingat, Chelsea mendahului Liverpool 1-0 hasil jaringan Terry sebelum dia dikeluarkan atas sebab kecederaan. Perlu diingat, cabaran selepas ini bukan mudah. Kita akan bertemu Man City hujung bulan November. Faktor John Terry sebenarnya penting buat Chelsea kerana kepimpinan dan pengaruhnya dalam padang ketika permainan.

Ketiadaan Penjaring Gol Berbisa
Malaysian Blues tidak mahu terus menipu diri sendiri. Selepas diberikan cukup ruang dan masa dengan sokongan sekuatnya dari kelab dan penyokong setia, sebenarnya tidak sukar untuk mengakui walaupun perit bahawa Fernando Torres sepertinya tidak akan mendapatkan semula form yang mana kita lihat 24 gol semusim ketika bersama Liverpool. Dengan ketumpulan Torres sebagai penyerang utama, Chelsea terpaksa mengharapkan gol dari merata sudut dan pemain untuk memastikan kekal memberi cabaran.


Jangan kita lupa, Juan Mata merupakan joint top scorer bersama Torres dalam liga dengan masing-masing 4 gol setakat ini. Mata menjaringkan gol penting ketika menentang Arsenal dan Spurs selain meledak ketika menentang MU. Yup, Mata dilihat mampu menjaringkan gol tetapi sejarah menceritakan dia tidak pernah meledakkan sekurang-kurangnya 20+ gol yang mana secara realistiknya jumlah Chelsea perlukan dari seorang penyerang untuk membuka harapan luas menjulang liga. Jumlah terbaik yang pernah dicatatkan Mata ialah 11 gol ketika bersama Valencia pada 2009/10. Maka untuk kita mengharapkan Mata menjaringkan 10 gol mungkin sukar untuk diperkatakan. Bukan kita tak yakin dengan kemampuannya tetapi hakikatnya dia seorang midfielder. Bukan kerja dia sebenarnya menjaringkan gol.


Oscar dan Hazard juga menjaringkan gol tetapi perlu kita akui keduanya belum cukup profilik untuk menjaringkan gol yang banyak dlm liga. Daniel Sturride masih lagi berat untuk diuji RDM dengan hanya memulakan 11 dari 12 perlwanannya musim ini dari bangku simpanan. Manakala Lampard sedikit merundum musim ini untuk menjaringkan gol ditambah lagi dengan kecederaan yang dialaminya.

Mampukan Torres menggalas tugas mendapatkan sekurang-kurangnya 20 gol musim ini untuk Chelsea? KECUALI Chelsea dapat membawa masuk penyerang berbisa yang sesuai seawal Januari nanti, statistik amat menakutkan kita yang mana Chelsea tidak mampu untuk menandingi Man City dan United yang mempunyai penjaring gol yang boleh diharapkan untuk meledak setiap minggu.

Jadual ketat menjelang Januari
Chelsea mempunyai satu kejohanan baru musim ini dengan The Blues akan bersaing dalam Club World Cup di pertengahan Disember. Dengan ini bermakna Chelsea terpaksa menghantar pasukan ke Jepun ketika detik-detik kritikal dalam musim domestik EPL. Abramovich pastinya mahu melihat Chelsea menjuarai kejohanan ini dan tiada keraguan RDM akan memberikan tumpuan yang serius untuk kejohanan ini. Tetapi perlu diingat ianya juga datang dengan pelbagai risiko yang mungkin untuk Chelsea.


Kalau kita lihat Barcelona musim lepas. Mereka kehilangan David Villa ketika menjuarai kejohanan ini. Patah kaki. Dengan jadual yang cukup ketat, Chelsea benar-benar memerlukan kekuatan dalaman untuk menghadapi tekanan ini. Harap tiada kecederaan dialami kepada mana-mana pemain dalam tempoh tersebut. Kecederaan kepada pemain utama akan menyebabkan kesinambungan yang teruk buat Chelsea. RDM sendiri mengakuinya bila secara terbuka merungut dengan keengganan FA menunda perlawanan menentang Sunderland 2 hari sebelum Chelsea ke Jepun. Faktor keletihan juga pastinya memainkan peranan.
RDM jelas dilihat merasakan tekanan disebabkan jadual yang cukup padat ini.

Kesimpulan mudah
Musim lepas RDM mencipta magik dengan mengubah kejatuhan Chelsea kepada menjulang Kejuaraan Eropah. Apapun, dalam tempoh beberapa bulan di hadapan ini segalanya adalah berbeza dan menjadi satu set cabaran baru buat bos The Blues dari Itali ini. RDM terpaksa memerah otak dan segala ilmu yang ada untuk memikirkan ketiadaan kapten John Terry yang mampu memberikan sesuatu yang berbeza dengan kehadirannya dalam pasukan. RDM juga terpaksa melakukannya tanpa kehadiran striker yang cukup-cukup mantap dalam menghasilkan gol. RDM tak syak lagi terpaksa menempuhi jadual perlawanan yang tersangatlah ketat selain beban expectation dalam usaha mempertahankan Champions League.


Untuk RDM mengimbangkan segala tekanan dan bebanan ini dengan memberikan cabaran sebenar sebagai REAL TITLE CONTENDER dalam EPL merupakan satu kerja yang amat berat sekali buatnya. Apa yang perlu sekarang ialah memastikan semua perancangan berjalan lancar dan jika The Blues berjaya mendapat keputusan positif sepanjang baki November ini (terutamanya menentang Man City) maka Chelsea seharusnya mampu untuk keep in touch dengan pendahulu liga (harap Chelsea telah memintas semula) menjelang Januari.

Apa yang pasti, adalah cukup-cukup penting buat CHELSEA berada dalam kedudukan yang terbaik apabila selesai sahaja bulan Disember ini. Musim perpindahan Januari perlu dimanfaatkan Chelsea sebaiknya. Jika ada mana-mana pemain yang perlu dan mesti dibawa masuk pada Januari, apa yang kita harapkan, segala urusan belakang tabir telah bermula sekarang. Bila Januari menjelang hanya tandatangan rasmi sahaja sebagai formaliti. Harap minggu pertama Januari, kita telah bawa masuk org yang dikehendaki.

Malaysian Blues - The Chelsea FC


Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE

Kisah Lama

Archives