Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Thursday, November 29, 2012

MISI AFF 2012: HARIMAU LUKA YANG KELAPARAN ~ MALAYSIA 4 - LAOS 1 (VIDEO)

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 2:40 AM, under ,,,, | 1 comment

Salam to all...

Debaran yang menggunung di hati rakyat Malaysia malam ini sudah terlerai. Harimau Malaya yang berdarah didadanya malam ini turun dengan semangat yang begitu jitu demi membaham mangsanya dan membayar sebahagian hutang yang tinggal. Jika lumrah bolasepak Malaysia sememangnya begitu, inilah masanya untuk Harimau Malaya terus maju kehadapan. Jangan dikesali apa yang berlaku semalam. Malam ini tugas telah selesai. Kemenangan yang dicari hadir juga. Kerana hanya kemenangan yang kita cari. Malaysia 4 - Laos 1.


Hidup biar berlaku adil. Be fair. Adat manusia. Menang disanjung, kalah dipancung. Jika sehari dua ini tak cukup tangan menaip di laman sosial membahan dan mengkritik pasukan, jika sehari dua puas menyumpah dikedai kopi. Malam ini yang menang berhak mendapat kredit mereka. Yang menang berhak untuk mendapat satu pujian. Biar berpada...kerana misi kita belum berakhir. Fokus dengan apa yang akan kita hadapi dimasa hadapan.

Ikhlas Malaysian Blues. Semangat Malaysia cukup-cukup jitu malam ini. Apa yang berlaku dua hari lepas tidak mematahkan semangat anak Malaysia yang berjuang ditengah padang malam ini. Betapa mereka menggalas berjuta harapan seluruh rakyat Malaysia. Jika keseluruhan persembahan Harimau Malaya malam ini  tidak cukup untuk diberikan kredit maksimum maka tiada lain selain semangat yang dipersembahkan mereka berhak untuk kredit maksimum itu. Perlu kita akui, masih banyak yang perlu dimantapkan agar setiap peluang yang terhidang dijelmakan sebagai gol buat negara. Ini bolasepak. Menang atau kalah ditentukan dengan jaringan gol. Dan semangat inilah yang kita ada untuk menang.


KREDIT UNTUK MALAYSIA, KREDIT UNTUK HARIMAU MALAYA.  Apa yang kita saksikan tadi? Menyaksikan perlawanan tak kira di dalam stadium atau di kaca TV, sesuatu yang tak dapat tidak perlu diberikan kredit maksimum ialah SEMANGAT HARIMAU yang cukup jitu malam ini. Sukar untuk kita nafikan. Selepas moral tersembam ditanah dua hari lalu, Selepas maruah tercalar di bumi sendiri dua hari lalu. Malaysia bangkit dari luka untuk membawa semangat jitu dalam misi mesti menang malam ini. Inilah yang kita mahukan.

Harimau Malaya malam ini cukup jelas dengan apa yang perlu dan mahu dilakukan. Cukup jelas. Entah apa yang dibasuh oleh Datuk K kepada anak buahnya. Yang pasti ianya berkesan. Bermula tiupan wisel, Malaysia memberi tekanan yang menggunung buat Laos dengan serangan bertali arus. Gol awal cukup penting bagi Malaysia. Safee Sali seharusnya mampu meletakkan Malaysia dihadapan seawal minit ke 10 jika tidak kerana kegopohannya. Peluang kedua Safee muncul selepas itu juga gagal disempurnakan. Apapun penguasaan Malaysia berterusan. Menyerang dan terus menyerang. Malaysian Blues ketika ini cukup yakin gol yang ditunggu pasti tiba.



Minit ke 15, stadium dan seluruh negara bergegar bila freekick kapten pasukan Safiq Rahim menerjah jaring.  Malaysia 1 Laos 0. Gol yang cukup baik dan pilihan gol Malaysian Blues malam ini. Malaysia perlu lebih gol malam ini. Gol kedua mesti hadir segera. Mesti.

Malaysia 1 - Laos 0. Ini kedudukannya. Malaysian Blues tak mahu menipu diri sendiri. Ini hakikatnya. Dalam optimis dengan keupayaan Malaysia dan penguasaan bola yang ditunjukkan, kadangkala terusik kepala hotak Malaysian Blues dengan pesimis Malaysia akan melakukan lagi kesilapan yang biasa dilakukan bila mendahului pihak lawan. Betapa gemuruh dalam jiwa ini bila beberapa peluang terhidang untuk menambah jaringan gagal disudahkan sempurna Safee Sali dan Mat Yo. Malaysia perlu segera mendapatkan gol kedua dan terus mematikan rentak permainan Laos. Yup, kita kekal menguasai permainan tetapi gol yang dicari tidak muncul-muncul.

Cukup jelas. Pemainan milik kita. Farizal Marlias yang diturunkan sebagai penjaga gol malam ini agak tidak teruji secukupnya. Minit 39, semua tersentak. Kesilapan Safiq Rahim yang agak cuai membuat hantaran lemah menyebabkan bola singgah ke kaki pemain Laos. Gol penyamaan Laos tiba. Rembatan wing kiri Laos melambung masuk ke gawang selepas deflection tampanan Aidil tanpa dapat dibuat apa-apa oleh Farizal. Siapa yang tak tersentak? Tamat masa pertama kedudukan 1-1 cukup melemaskan penyokong. Cukup meresahkan. Tapi jauh disudut hati kita. Malam ini malam kita.


Ok. Inilah kredit sebenar yang seharusnya diberikan kepada Harimau Malaya malam ini. Entah apa yang dibebelkan datuk K di bilik persalinan. Tetapi inilah hasilnya. Setiap seorang pemain tahu Malaysia mesti menang malam ini. Separuh masa kedua benar-benar milik Malaysia. Penguasaan Malaysia berterusan. Serangan bertali arus. Malaysia perlu mendapatkan gol seterusnya dengan segera. Satu persatu peluang datang. Safiq Rahim merembat liar off the post. Safee Sali juga terlepas peluang dengan tandukannya tersasar lagi.

Minit 68, akhirnya gol yang ditunggu-tungu tiba. Wan Zack yang berjaya meloloskan diri pantas melorongkan bola untuk Safee Sali dan kali ini tenang membuat tapping untuk gol kedua Malaysia. Belum cukup. Gol ketiga mesti untuk terus mematikan rentak Laos. Tak sampai 10 minit, Wan Zack hadir dengan timing yang tepat untuk menanduk masuk hantaran lintang S. Kunalan dari kiri. Malaysia 3 - Laos 1.


Kemasukan Khyril Muhymeen menggantikan Safee Sali cukup berbaloi. Beberapa minit dipadang, pemain ini meledak gol ke-4 denga larian yang cantik melepasi pertahanan Laos dan tenang menolak bola masuk menewaskan penjaga gol Laos. Malaysia 4 - Laos 1.

Kemenangan yang kita cari malam ini sudah kita capai. Apapun perlu diingat misi jangka pendek untuk menempatkan Malaysia di saingan separuh akhir belum berakhir. Kedudukan pasukan dalam kumpulan masih terbuka luas untuk semua pasukan. Kekalahan Singapura di tangan Indonesia 0-1 meletakkan Indonesia ditangga teratas dengan 4 mata dan diikuti Singapura dan Malaysia dengan 3 mata yang dipisahkan dengan jumlah jaringan.


Pertemuan terakhir peringkat kumpulan sabtu ini menentang rival Indonesia cukup-cukup penting. Seperti malam ini, perlawanan ini adalah perlawanan mesti menang. Hanya kemenangan sahaja yang dapat memastikan Malaysia mara ke separuh akhir. Bukan seri apatah lagi kekalahan. Dendam kesumat Indonesia kepada kita jangan dikira. Tak pernah berakhir. Selepas kita melenyapkan sorakan Gelora Bung Karno 2 tahun lepas ketika menjulang AFF 2010 dan memalukan mereka dalam Sukan Sea 2011 juga ditempat yang sama, dendam mereka bukan sedikit. Semangat Harimau Malaya malam ini perlu diteruskan. Jangan mimpi untuk menjulang AFF sekali lagi. Jangan mimpi untuk membalas dendam dengan Singapura. Kekalkan tekad ini dahulu. Tewaskan Indonesia sabtu ini. Misi ini perlu dilangsaikan terlebih dahulu.

video kredit kepada siapa yang upload ke youtube..

Ini perkiraan matematiknya. Jika Malaysia menang dan Laos dapat menundukkkan Singapura atau sekurang-kurangnya seri, maka juara kumpulan B akan menjadi milik Malaysia. Perlawanan akan dijalankan serentak. Tiada kompromi. Datuk K perlu membuat study secukupnya tentang Indonesia dan wajib merangka taktikal yang cukup mujarab untuk melenyapkan Indonesia sabtu ini.

Penyokong, penuhkan stadium sabtu ini. Malaysia perlukan anda. Malaysia mesti menang. Ini masanya. Ini tempatnya. Doa dari seluruh negara buat Harimau Malaya.

Malaysian Blues Man of The Match - Wan Zack Haikal. Special mention - Shakir Saari, Mahali Jasuli, S. Kunalan.

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

1 comments:

Howdy! I know this is kinda off topic nevertheless I'd figured I'd ask.
Would you be interested in trading links or maybe guest writing a
blog post or vice-versa? My site addresses a lot of the same subjects as yours and
I believe we could greatly benefit from each other. If you happen to be interested feel
free to send me an e-mail. I look forward to hearing from you!
Superb blog by the way!

Take a look at my blog :: Cheap Dental Implants

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE

Kisah Lama

Archives