Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Saturday, November 10, 2012

BLOG VIEW: GAJI SUDAH MASUK? BOLEH TENGOK PAYSLIP?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 2:28 AM, under ,,, | No comments

Salam to all Blues...

Ada yang tak sabar menunggu sehari dua lagi? Yup, The Blues akan melayan Liverpool tengah malam Isnin. Rileks...


Ok Blues, jika anda seorang peminat Blues tegar atau sikit2 tegar tetapi mengaku penyokong Chelsea, ketika anda asyik surfing internet berkenan cerita-cerita Chelsea dan melayan facebook dengan group2 penyokong Chelsea pasti 2-3 hari kebelakangan ini akan terjumpa benda ini. Malaysian Blues pertama kali terbaca tentang ini bila ada rakan penyokong Chelsea "share" benda ni di wall facebook. Bayaran gaji mingguan yang diterima oleh pemain-pemain Chelsea (ulang suara! mingguan). Secara jujurnya memang cukup interesting bagi kita sebagai peminat jika dapat tahu gaji seorang pemain bolasepak dalam liga yang kita ikuti terutamanya pemain Chelsea. Percaya atau tidak, betul atau tidak... perkara kedua.

Ini list bayaran gaji yang diterima oleh pemain Chelsea.

Eden Hazard - £185,000 
Fernando Torres - £175,000 
John Terry - £175,000 
Frank Lampard - £140,000 
Ashley Cole - £120,000 
Petr Cech - £100,000 
Gary Cahill - £80,000 
David Luiz - £75,000 
John Obi Mikel - £75,000 
Juan Mata - £67,000 
Daniel Sturridge - £60,000 
Ramires - £55,000 
Oscar - £40,000 
Paulo Ferreira - £40,000 
Ryan Bertrand - £40,000 
Marko Marin - £35,000 
Cesar Azpilicueta - £30,000 
Victor Moses - £30,000 
Branislav Ivanovic - £28,500 
Ross Turnbull - £17,000 
Oriol Romeu - £15,000


Ok, Blues... apa yang Malaysian Blues dapati, sumber pertama pendedahan ini dikeluarkan melalui laman tweeter dan akaun tweeter yang mengeluarkannya ialah @Football_Tweet (kepada kaki tweeter, so bolehlah semak.). Pengendali akaun tweeter ini mengaku dan bagi mengelakkan pendedahan ini diplagiat (ditiru) mereka mengeluarkan statement ini...

"This is sourced from the latest version of the Sports Interactive football management simulation game, Football Manager, who have access to the official wage figures Premier League clubs."

" Sumber maklumat ini diperolehi daripada pengurusan game simulasi versi terkini Football Manager iaitu Sports Interactive yang mempunyai akses kepada senarai bayaran gaji dari kelab Premier League"

Come on Blues? Anda percaya? Itu bukan persoalannya...  Bagi Malaysian Blues pendedahan ini tidak lebih daripada penambah perisa bagi cerita-cerita yang melibatkan Chelsea. Thats all. Betul atau tidak... entahlah.

Ok, menarik untuk kita cuba tengok figure bayaran gaji tersebut. Pemain mana yang dibayar lebih, yang dibayar kurang, siapa yang kira ok, siapa pula yang dirasakan bayaran gajinya tidak masuk akal? Hahahaha.


Eden Hazard, pemain yang menyertai Chelsea musim panas lepas (musim di eropah... di tempat kita  ada musim hujan...). Cerita-cerita dahulu mengaitkan Hazard sebagai mata duitan yang hanya kerana duitlah dia menyertai Chelsea. Hakikatnya itu bukan masalah kita, tetapi dengan form dan persembahan yang ditunjukkan kepada kita ketika ini dan nilainya sebelum ini, Malaysian Blues sukakan pemain ini. £185,000 seminggu? Wow... sememangnya agak kurang masuk akal memandangkan umurnya yang masih terlalu muda.

Ok, lihat gaji Torres! £175,000 seminggu. Kalau Malaysian Blues tak silap, selepas menandatangani kontrak dengan Chelsea, belum ada lagi kontrak baru/lanjutan kontrak Torres. Maka, Torres telah menerima gaji ini sejak hampir 2 tahun lebih. Mungkin betul mungkin tidak... tetapi jika benar, mengikut fikiran Malaysian Blues jika Torres terus menerus dengan persembahan tidak bermayanya dan gagal meningkatkan permainannya maka alasan untuk menjualnya menjadi sesuatu yang realistik dan cukup justify.


Ramires, Mata dan terutama sekali Ivanovic adalah pemain yang dibayar agak rendah. Underpaid memandangkan jika dilihat dari konteks keseluruhan pemain (jangan lihat pada nilai duitnya... tetap tinggi).

Sebenarnya gaji pemain bola era moden sekarang kadangkala seperti macam tak masuk akal tetapi itulah hakikatnya. Apa yang dapat dilakukan? Basic marketing rules... permintaan dan penawaran. Contoh Hazard, dalam penilaian dan pembidaan untuk mendapatkan pemain yang hebat sepertinya jika pemain dan kelab tidak dapat mencapai persetujuan dalam perjanjian kontrak berkaitan gaji, maka biasanya pemain akan mencari kelab yang mampu memberikan apa yang mereka mahukan. Apa yang berlaku dibelakang tabir tidak kita ketahui. Malaysian Blues tak lupa Hazard lebih dikaitkan dengan MU atau Man City sebelum menyertai Chelsea. Dan kita juga jangan lupa apa yang org tua MU Alex Fergurson bebelkan bila dia gagal mendapatkan Hazard. Apa yang pasti setiap drama dalam transfer pemain, akan ada dibelakang tabir pesta lelongan atau auction dimana siapa yang dapat berikan kontrak terbaik akan dapat pemain yang terbaik.

Ok, apakah pendapat anda? Anda melihat serius perkara ini? Tidak bagi Malaysian Blues. Pendedahan ini hanya sebagai perencah bagi bolasepak yang begitu ramai pengikutnya. Sama ada benar atau tidak, Malaysian Blues tidak pasti. Mungkin ada figure yang hampir tepat tetapi kebanyakannya seperti tak masuk akal.


Pihak yang mendedahkannya mungkin ada pendapat dan buktinya. Samada pendapatnya benar atau buktinya betul, lantak dialah. Sports Interactive takkan ada figure rasmi tentang gaji pemain ini. Ini cuma satu tekaan yang mungkin bijak bagi mereka. Kontrak pemain tentunya satu yang private & confidential dan Malaysian Blues yakin Sports Interactive takkan punya akses untuk itu. Data gaji ini mungkin dari penyelidikan mereka. Kerja orang dalam? hehehehe

Eden Hazard pastinya tidak mendapat gaji sebegitu. Apa yang pasti gaji beliau sememangnya satu jumlah yang tinggi tetapi tak sampai menjadikan dia sebagai penerima gaji tertinggi ketika ini di Chelsea. Beberapa gaji pemain lain juga agak meragukan. 

Ok, posting ini sebagai selingan... tentang gaji ini Malaysian Blues memang tak ambil kisah sangat. Yang penting setiap pemain Chelsea perlu terus mantap untuk mencipta kejayaan untuk Chelsea. Hakikatnya bermain bola profesional ketika ini sememangnya satu kareer yang cukup lumayan.

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE

Kisah Lama

Archives