Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Wednesday, August 29, 2012

BLOG VIEW: CHELSEA EPL - 35 PERLAWANAN LAGI ~ TARIK NAFAS & LEPASKAN...

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 6:10 PM, under ,,,, | No comments

Salam to all...

Keep the blue flag flying high..
Sembilan mata. Lapan gol. Tiga perlawanan selesai. Satu bintang baru. What can i say... permulaan yang baik. 

Eden Hazard? berbaloi 32 juta pound yang dibelanjakan untuk membawa masuk beliau? Wowowowo... 
Untuk dengan mudah kita katakan "balik modal" mungkin agak terlalu awal tetapi persembahan yang menakjubkan beliau dan 3 perlawanan pertamanya dengan Chelsea, Malaysian Blues dengan senang hati declare... inilah yang kita nantikan. Statistik mudah - menjanakan 6 dari 8 gol setakat ini, 1 gol dalam akaun individu, pemain pertama dalam sejarah EPL dinobatkan man of the match dalam 3 perlawanan berturut-turut (mungkin 4 perlawanan dan seterusnya?) beliau sememangnya hebat... cukup hebat. Bukan mudah untuk pemain yang sebelum ini beraksi untuk kelab Lille dalam liga level 2 eropah (Ligue1... liga 2nd class, ada orang cakap macam tu la) dan dengan usia yang cukup muda mengadaptasikan diri dengan mudah dalam EPL yang dikatakan liga paling tough! Apa yang kita harapkan sekarang ialah prestasi yang terus mantap dari pemain ini dan elakkan kecederaan dalam perlawanan-perlawanan akan datang. Keep it up bro! 

EPL August player of the month?
3 perlawanan EPL selesai. Hingga pertemuan dengan QPR tengah bulan September, semua blues fans sekarang ini boleh rehatkan sedikit minda... tarik nafas dan keep calm.

Chelsea FC - kisahnya... kemenangan ke atas Wigan & Reading, mungkin tak sukar menjangkakan kemenangan Chelsea sebagai status king of Europe tetapi kemenangan ke atas Newcastle United di Stamford Bridge? Menterbalikkan keputusan perlawanan sama bulan May lepas yang menyebabkan kita terperosok ke tempat ke 6 liga? Penguasaan perlawanan yang boleh dikatakan milik Chelsea... kemenangan ini amat menakjubkan dan menggembirakan kita. Yeah! 

Kita akan berkunjung ke QPR selepas break. Match yang mampu dimenangi. Selepas itu kembali ke Stamford Bridge untuk melayan team yang cukup fizikal Stoke City sebelum panas London Derby dengan Arsenal. Itu sahaja EPL untuk September.
Hakikatnya, RDM dan pemain Chelsea sedar 3 game yang akan datang ini tidak akan menggambarkan bagaimana musim ini akan berakhir tetapi merebut mata maksimum di peringkat awal ini akan memastikan mereka hanya sentiasa perlu fokus untuk tidak tewas dalam perlawanan yang lebih sukar selepas ini.
Segalanya nampak telah berubah. Fernando Torres juga hampir telah kembali kepada yang terbaik dan tidak lagi dibayangi bayang-bayang Drogba. Lampard dan Terry sepertinya 5 tahun lebih muda (opss) dan gaya RDM juga kelihatan seperti boss yang mempunyai karisma dan kelas. Apa yang pasti, barisan muda Chelsea (tiada siapa berani kata ini team kuda tua lagi) nampak pantas serasi bersama

Yup.... 3 minggu break EPL. Sebenarnya bukanlah masa terbaik untuk break ketika ini selepas momentum yang telah semua pemain tunjukkan di awal musim tetapi dari segi yang lainnya, masa rehat yang ada ini adalah peluang untuk muka-muka baru seperti Oscar (yang baru selesai misi olimpiknya), Victor Moses dan Azpilicueta menyesuaikan diri dengan lebih mantap dengan teammate baru mereka. Selain itu Juan Mata juga dilihat perlukan sedikit rest selepas penglibatannya dalam EURO2012 dan Olimpik. 


Chelsea new blood next week?
Entah la... susah nak dikatakan. Ada 2-3 hari lagi sebelum musim perpindahan ditutup. Bukan tak kenal Chelsea... jika ianya Chelsea, maka rumours akan terus berlegar sehinggalah tamat secara rasminya musim perpindahan ini. Apa pun kita tunggu dan lihat.... tetapi Malaysian Blues mengharapkan 1 signing (penyerang) akan menyertai Chelsea sebelum tutup masanya. Mungkin juga ada pemain kita yang akan dilepaskan... siapa tahu?
Jumaat pagi Sabtu. 2:40 pagi waktu KL. Chelsea akan berhadapan dengan Atletico Madrid di Monaco untuk perebutan European Super Cup. Dengan RDM berjanji untuk membariskan barisan terbaik Chelsea dalam perlawanan ini, kita harapkan piala pertama Chelsea untuk musim ini. Selepas terlepas Community Shield, kita jangkakan RDM akan memberikan "basuhan" terbaiknya kepada semua player untuk beraksi cemerlang untuk membawa pulang piala ini ke Stamford Bridge. Kepada semua fans Chelsea, jangan lupa! takut kempunan bola nanti bila 3 minggu tak ada live Chelsea. Hahahaha!


Champion League Final - pic dari page MBAS - thumb up!
  https://www.facebook.com/groups/MalaysianBluesArmySupporters/  
Setakat itu sahaja... kepada geng2 Chelsea seluruh negara termasuk group MALAYSIA BLUE ARMY SUPPORTERS (MBAS) - https://www.facebook.com/groups/MalaysianBluesArmySupporters/  termasuk yang akan berkampung di Leeyas Corner, Bangsar untuk Chelsea vs Atl Madrid, juga di mana jua berada di seluruh pelusuk negara... selamat bernonbar - jaga tatatusila. Nampak gaya Malaysian Blues tengok live di internet lagi match ni (minggu ni nak balik kampung, x ada astro). 
Sehingga itu... TARIK NAFAS DAN LEPASKAN PERLAHAN-LAHAN becoz we are Blues Gang (ha! blues gang? Ito?).... hehehe.
Wassalam to all. See u next posting jika rajin.







Berikan komen anda tentang cerita ini..




0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...