Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Thursday, August 23, 2012

2ND MATCH 2ND WIN: CHELSEA 4 - READING 2

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 10:23 PM, under ,,,,, | No comments

Stamford Bridge, London. Chelsea 4 - Reading 2. 2nd Match, 2nd Win. Straight to the top. 

Perlawanan pertama di Stamford Bridge bagi The Blues selepas bergelar KING OF EUROPE.
Perlawanan bertemu Reading yang kembali ke Liga Perdana Inggeris musim ini seharusnya adalah peluang  sebenar Chelsea untuk memberikan amaran kepada pesaing-pesaing yang berhajat merebut kejuaraan liga musim ini. Dengan hanya satu perlawanan EPL sahaja pagi tadi. Semua manager EPL pastinya meneliti perlawanan ini untuk menilai cabaran Chelsea untuk musim ini.


Chelsea 4 - Reading 2.
Hard Work & Fighting Spirit. 
Semua fans Chelsea mengharapkan kenduri gol pagi tadi. Barisan tengah Chelsea dibarisi Hazard, Mata & Ramires dari awal lagi mungucarkacirkan pertahanan Reading. Persefahaman mantap Hazard dan Mata menggambarkan betapa permainan pantas menyerang yang diinginkan Roman Abramovich semakin jelas kelihatan.

Lampard penalti..
Minit ke 18, Chelsea diberikan sepakan penalti apabila Eden Hazard dijatuhkan sekali lagi di kotak penalti seperti perlawanan sebelum ini di Wigan. Mudah untuk rival fans berkata... ah! penalti... Hakikatnya.. gerakan berbahaya dan keupayaan menggelecek dan perubahan arah ketika membawa bola sebenarnya lah yang memerangkap pertahanan lawan dan menyebabkan sentuhan mereka menjatuhkan Hazard. Lampard seperti biasa mengambil tanggung jawab menyempurnakan penalti dan tidak mengecewakan. Hampir sama seperti penalti sebelum ini ketika menentang Wigan... rendah dan cukup power untuk menewaskan penjaga gol Reading.

Serangan bertali arus Chelsea digerakkan Hazard dan Mata cukup menghiburkan. Mikel dan Lampard juga bertindak baik sebagai holding midfielder. Namun begitu Reading bukan lawan yang mudah. Minit ke 25, penyerang Reading, Pavel Pogrebnyak melepasi jangkauan Gary Cahill untuk meledakan tandukan kencang dari hantaran silang Gareth McCleary menewaskan Petr Cech. 1-1. Selepas itu Reading yang semakin mengasak akhirnya mendapat sepakan percuma 4 minit kemudian apabila asakan kurang bijak John Terry ke atas Jobi McAnuff. Sepakan tepat Danny Guthrie di depan Petr Cech gagal ditangkap kemas seterusnya melantun masuk menerjah jaring Chelsea. Reading 2 - Chelsea 1.

Gol penyamaan Reading - Pavel  Pobregnyak
Chelsea menyusun semula permainan dan beberapa gerakan yang Hazard dan Mata beberapa kali hampir mendatangkan hasil namun tamat masa pertama Chelsea ketinggalan 1-2. Separuh masa kedua The Blues bermula dengan baik. Entah apa yang dimaki hamun oleh RDM di waktu rehat. Eden Hazard terus menjadi tumpuan apabila sentiasa mengucar kacirkan pertahanan Reading. RDM kemudiannya membawa masuk Oscar untuk menggantikan Ramires dan kemudiannya memasukkan Daniel Sturridge menggantikan Mikel. Chelsea "full throttle" menyerang Reading.

Gary Cahill... gol penyamaan Chelsea 2-2

Torres... Gol ke 3
Gol penyamaan yang dinanti-nantikan akhirnya muncul apabila rembatan Gary Cahill daripada assist Eden Hazard menerjah jaring Reading. Kedudukan 2-2 sememangnya menyentap semangat Reading. Serangan bertali arus Chelsea dari gerakan Oscar, Mata dan Hazard menembusi pertahanan Reading dan tapping mudah dari Torres menghasilkan gol ke 3 Chelsea. Fernando Torres sememangnya berada dalam posisi offside tetapi kelemahan keputusan penjaga garisan memberikan kelebihan untuk Chelsea. (semua news bercerita pasal gol offside ini ~ seminggu dua lagi senyap la... hehehehe). Chelsea 3 - Reading 2.

5 minit masa tambahan digunakan sepenuhnya oleh Reading yang tak pernah berputus asa untuk mencari gol penyamaan. Dari satu sepakan percuma kemudiannya sepakan sudut terakhir perlawanan, dari kaki Torres kemudiannya kepada Hazard pantas membawa bola menuju pintu gol Reading yang tak berpenghuni bila penjaga gol mereka meninggalkannya untuk bersama barisan serangan. Hazard yang berada di hadapan pintu gol Reading dan berdepan hanya dengan pertahanan Reading, Gunter menunjukkan betapa dia pemain yang cukup profesional. Hazard yang mampu dengan sendirinya mencetak nama sebagai penjaring gol memilih untuk melorongkan bola kepada Ivanovic yang mudah menyumbat gol ke4 Chelsea.

Ivanovic. Gol ke 4. Gol ke2 peribadi EPL musim ini. Assist by Hazard.
Tamat sudah. Chelsea 4 - Reading 2. Fly to the top.

Malaysian Blues Note:
Lawan Chelsea selepas ini lebih sukar dengan menanti kunjungan Newcastle United. Keep Calm The Blues. Hamba masih mood hari raya. Ada di kampung lagi... tengok bola secara live streaming di internet. Al-maklum kat kampung Astro tak subscribe channel sports. RDM perlu fikirkan bagaimana untuk memantapkan lagi barisan pertahanan Chelsea. Kemasukan Azpilicueta minggu depan (harapnya) akan memberikan lebih pilihan untuk RDM. Hulk, Cavani, Moses? Jangan tunggu lama-lama RA...

EDEN HAZARD. What can I say... Superb.

Berikan komen anda tentang cerita ini..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...