Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Saturday, August 25, 2012

CHELSEA NEW BLOOD: CESAR AZPILICUETA

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 2:08 AM, under , | No comments

RASMI! Chelsea New Blood - CESAR AZPILICUETA


CESAR AZPILICUETA
Chelsea FC hari ini secara rasminya mengumumkan perpindahan masuk pemain pertahanan antarabangsa Sepanyol berusia 22 tahun dari kelab Peranchis, Olympic Marseille. Lahir pada 28 Ogos 1989, Azpilicueta memulakan kareer bolasepak profesional bersama kelab Osasuna. 


Official dari chelseafc.com
Pemain dilaporkan mula bermain dalam posisi attacking midfielder tetapi dengan kebanjiran bakat di bahagian tengah Chelsea dengan Hazard, Lampard, Oscar, Ramires dan Marin, pemain ini dijangka akan menjadi pilihan RDM untuk beraksi di bahagian posisi pertahanan kanan selain Ivanovic dan Fareira.

Azpilicueta berpindah ke Marseille pada tahun 2010. Pemain ini mengalami kecederaan lutut di mana hampir sepenuh masa berehat di tahun pertama bersama Marseille. Musim 2011/12 Azpilicueta beraksi cukup baik dan mempunyai tahap permainan konsisten yang membawa Marseiile ke suku akhir Champions League tetapi ditewaskan oleh pasukan yang ditewaskan Chelsea pada perlawanan akhir iaitu Bayern Munich.

Perpindahan masuk ini mengakhiri buruan Chelsea untuk mencari pengganti Jose Bosingwa yang telah dilepaskan. Diberitakan Chelsea dianggarkan membayar 7 juta pound untuk pemain ini. Azpilicueta adalah pemain ke 4 Sepanyol di Chelsea menyertai Juan Mata, Oriol Romeu dan Fernando Torres. Diharapkan CESAR ASPILICUETA akan menguatkan lagi benteng pertahanan Chelsea.

Enjoy this video Blues....


New Blue Blood... Welcome to Chelsea

Berikan komen anda tentang cerita ini..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...