MANCHESTER UNITED, LIVERPOOL, ARSENAL, CHELSEA...
I Pick Mine... CHELSEA. My Blues My Chelsea.
Diupdate dan dipublish semula pada 16/08/2012
Liga Perdana Inggeris musim baru 2012/13 telah pun memulakan persaingan. Persaingan yang mencuri perhatian peminat-peminat seluruh dunia. Di Malaysia tidak terkecuali. Bagi peminat bolasepak Malaysia, EPL telah menjadi kegilaan bukan sahaja anak-anak muda tetapi boleh dikatakan hampir majoriti peminat bolasepak.
Selain pasukan Harimau Malaya (wajib bagi peminat bolasepak Malaysia) masing-masing mempunyai pasukan pilihan masing-masing. Apa yang pasti kelab-kelab bolasepak EPL terutamanya Manchester United, Liverpool, Chelsea dan Arsenal telah mempunyai pengikut yang ramai di Malaysia. Tidak dinafikan juga pasukan-pasukan seperti Spurs, Manchester City, Swansea (hah? Swansea?!) ada peminatnya sendiri.
My CHELSEA |
Wayne Rooney (Man United) |
Theo Walcott (Arsenal) |
Didier Drogba (Chelsea) |
Steven Gerrard (Liverpool) |
Bagaimana seorang peminat bolasepak terjerumus dalam menyokong pasukan bolasepak dari Liga Perdana Inggeris? Dikalangan orang-orang yang rapat dengan kita, rakan-rakan kita, adik beradik kita... kadangkala mempunyai pilihan yang berbeza. Hakikatnya jika kita ini tinggal di UK, pilihan untuk siapa dan mengapa pasukan itu menjadi pilihan mungkin tidak sukar dijangka. Anda mungkin tinggal menetap di berdekatan dengan Fulham Road, London maka anda akan menyokong Chelsea. Atau mungkin bekerja di Manchester dan menyokong Manchester City atau United. Samalah seperti seorang yang lahir dan dibesarkan di Bachok pastinya penyokong Kelantan Red Warriors.
Persoalannya: Bagi peminat bolasepak di luar UK, ianya menjadi sesuatu yang agak trigger ketika mula menyokong sesebuah kelab bolasepak EPL. Bagaimana seseorang yang lahir di Segamat memilih Chelsea sebagai pasukan pilihannya? Yang menetap di Sandakan memilih Liverpool? Agak sukar meneka? Berbagai sebab memungkinkannya. Mungkin kerana kejayaan berterusan sesebuah kelab menjadikan seseorang itu mula meminati dan menyokong kelab tersebut. Atau mungkinkah juga disebabkan pemain bolasepak yang amat diminati bermain dalam pasukan tersebut. Bagi peminat bolasepak di luar UK terutamanya di Asia termasuk di Malaysia, kadangkala seseorang itu memerlukan sebab untuk menyokong sesebuah pasukan bolasepak EPL. Mungkin bunyinya agak janggal bagi peminat di UK sendiri, hahahaha. Di Malaysia, bolasepak adalah sukan yang paling diminati. Sukan no. 1 negara. Walaupun zaman kegemilangan bolasepak negara pernah merundum suram sejak awal 90an hinggalah beberapa tahun yang lepas. Kegilaan bolasepak tidak pernah hilang. Amat mudah kita melihat seseorang di kalangan kita memakai jersi (ori atau siam made bukan persoalan) kelab EPL, La Liga dan sebagainya.Bagi BLOG MALAYSIAN BLUES... kenapa memilih CHELSEA? Why Chelsea?
Chelsea back to back 2004/05 & 2005/06 |
Ian Rush (Liverpool) |
Apapun setiap malam rabu selain tayangan wrestling (ingat lagi Hulk Hogan? bukan Hulk Porto yang kita kejar...) ada ditayangkan beberapa rakaman highlight bolasepak dari UK. Antara yang paling diingati ialah rancangan Road To Wembley. Ketika itulah mula mengenal bolasepak luar. Apa yang pasti ketika itu pasukan Liverpool adalah antara yang paling diminati. John Barnes? Ian Rush? Kenny Daglish? Lagenda di Liverpool. Jadi adalah tidak sukar untuk meneka agak ramai penyokong Liverpool berumur sekitar 40-50an ketika ini. Selain itu kelab yang top ketika itu ialah Everton. Saya mengikut abang-abang saya meminati Liverpool tanpa sebab. TV pun ketika itu hitam putih. Sebab seperti ini juga memungkinkan sesetengah orang yang mengikut rentak keluarga menyokong sesetengah kelab di mana mereka membesar menonton perlawanan kelab yang diminati oleh keluarga mereka.
Eric Cantona (Man United) |
Bagi MALAYSIAN BLUES, sekitar tahun 1995-97 ketika belajar di salah sebuah universiti tempatan di KL, saya mula tertarik dengan strategy games komputer. Selain permainan Red Alert (game perang-perang), games Championship Manager adalah pilihan saya. CD games pirate berlambak dipasaran ketika itu terutamanya di Plaza Imbi. Dari situlah saya mula mengenal sebenarnya EPL, FA Cup, Champions League. Memandangkan ketika itu saya belum lagi peminat hardcore mana-mana pasukan, biasanya saya memilih Chelsea jika bersaing dengan rakan-rakan yang dah terlebih dahulu memilih Liverpool atau Manchester United. Seronok dan tak ingat dunia ketika menyusun strategi perlawanan. Jual beli pemain dan sebagainya. Ketika itu jugalah baru mula mengenal internet. Bertitik tolak dari situ saya mula mengenali pemain-pemain lagenda Chelsea seperti Ruud Gullit, Mark Hughes, Dan Petrescu, Roberto Di Matteo, Zola dan Gianluca Vialli. Tahun 1997, Chelsea menjuarai Piala FA dengan Ruud Gullit menjadi player manager ketika itu menumpaskan Middlesborough 2-0. Tahun 1998, Chelsea menjuarai League Cup dan European Cup Winners Cups dengan Gianluca Vialli menjadi player manager.
Apapun, prestasi Chelsea ketika itu dalam liga tidak begitu memberangsangkan. Apabila TV satelit mula menerobos ruang tamu rumah-rumah di Malaysia awal 2000, saya tak berkemampuan untuk memilikinya. Dengan internet pun tak ada ketika itu, saya agak tertinggal. Sesekali hanya dapat menonton perlawanan live di kedai mamak atau di rumah rakan. Namun begitu, biasanya perlawanan live EPL hanya tertumpu kepada Man United, Liverpool dan Arsenal. Hanya sesekali ada live team lain jika slot tidak clash dengan pasukan top 3 tersebut. Chelsea tidak terkecuali. Hinggalah pada tahun 2003 atau 2004 saya memasang Astro di rumah sendiri. Week in Week out... makan bola, tido bola. Saya mula mengikuti lebih rancak perjalanan bolasepak Chelsea.
Jose Mourinho (Chelsea) |
Julai 2003, Roman Abramovich membeli Chelsea. Musim 2003/2004 Chelsea mencapai pencapaian terbaiknya selepas 25 tahun apabila The Blues menamatkan musim tersebut ditangga kedua liga dibelakang Arsenal. Man United di tempat ketiga dan Liverpool ke empat. Penyerang Chelsea ketika itu ialah Jimmy Floyd Hasselbank. Kehadiran Jose Mourinho musim 2004/05 membawa Didier Drogba, Arjen Robben, Ricardo Cavalho, Michel Essien dan beberapa bintang yang lain. Apa nak di kata... Chelsea got money! Musim 2004/2005 dan 2005/2006 adalah yang terhebat apabila Chelsea menjulang EPL dua tahun berturut-turut. Jose Maurinho. Opps.... post ini bukan berkenaan sejarah Chelsea. Tapi begitulah serba sedikit bagaimana MALAYSIAN BLUES mula mengikuti The Blues. Tidak pasti bilakah ianya bermula, bermula dari era Ruud Gullit dan Gianluca Vialli ... mungkin lebih tepat ketika Gianfranco Zola...Chelsea.
Zola & Gullit (Chelsea) |
IKLAN JAP: BELI JERSI SIAM GRED AAA DI ILHANSPORTSONLINE...
ILHANSPORTSOnline |
So... this is my story. Dari Segamat ke Klang ke Stamford Bridge. MY CHELSEA!
Sekadar minat bola....
Malaysian Blues - The Chelsea FC
Berikan komen anda...
0 comments:
Post a Comment
Komen anda di sini...