Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Thursday, October 4, 2012

BLOG VIEW: CHAMPIONS LEAGUE ~ FC NORDSJAELLAND 0 - CHELSEA 4. WE DESERVED!

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 2:17 AM, under ,,, | No comments

Salam to all...

The Blues merakamkan kemenangan pertama untuk kempen Champions League edisi mempertahankan gelaran King of Europe semalam. FC Nordsjaelland 0 - CHELSEA 4. Yup, agak lewat Malaysian Blues nak buat posting pasal match ni. Maklumlah game awal pagi. Siang pulak sibuk sikit kerja... apapun yang penting nak buat posting jugak.

Juan Mata
FC Nordsjaelland (FCN) . Apa yang pasti keputusan ini adalah keputusan yang amat diharap-harapkan selepas hanya mampu seri dengan Juventus dalam perlawanan pertama tempohari. Dengan team lain dalam group iaitu Juventus dan Shaktar Donesk hanya seri, Chelsea kini duduk di atas group table.

Ok Blues. Result scoreboard semalam dibaca 4-0 tetapi bukan itu sahaja ceritanya. Kisahnya jika sebelum ni Chelsea sebagai juara Eropah tidak mengenal atau tahu siapakan FC Nordsjaelland maka kini kita semua tahu. Chelsea hadir ke Denmark dengan hasrat yang tinggi untuk melakarkan kemenangan ditempat lawan. Segalanya nampak cantik dan berkesan di awal permainan bila mana Chelsea terus menerus mengasak untuk gol awal. Jika tidak kerana tiang menjadi penghalang, mungkin seawal minit ke4 permainan,  tandukan Victor Moses sudah memberikan gol buat Chelsea. Untuk tempoh 10-15 minit awal, permainan adalah milik Chelsea. Selepas itu barulah FCN mula memberikan cabaran.


Minit ke 33, Chelsea akhirnya berjaya juga membuat jaringan bila Fernando Torres merampas bola dari pertahanan FCN dan gerakan bersama Lampard memberikan ruang untuk Juan Mata meledak gol pertama Chelsea. Marvelous! Selepas itu, kita menjangkakan akan hadir lebih banyak gol tapi tak kesampaian. Separuh masa pertama, Chelsea hanya dapat menjaringkan 1 gol.

FCN sememangnya memberikan tentangan berkualiti kepada Chelsea yang menyebabkan antara kita tak senang duduk. Mudah untuk meramalkan kemenangan selesa ke atas kelab yang "tiada nama" tetapi hakikatnya agak sukar rupanya. Apapun akhirnya Chelsea membuktikan bahawa kita mampu menang dengan margin yang selesa di tempat lawan walaupun terpaksa menunggu hingga ke 10 minit terakhir untuk 3 gol lagi muncul.


Dapat kita lihat dalam match semalam, FCN beberapa kali juga mendapat peluang untuk menjaringkan gol. Hanya ketangksan dan kehebatan Petr Cech menidakkan walau 1 gol pun dibolosi terutama dari winger mereka Joshua John. Juan Mata menjaringkan 2 gol semalam selain David Luiz dengan freekick ala Drogba dan tapping Ramires melengkapkan kemenangan 4-0 yang cukup bermakna.


Sememangnya amat mendebarkan bila kita hanya mendahului dengan 1 gol sahaja hampir ke minit ke 80.
Apapun, tak siapa dapat nafikan dengan persembahan semalam (walaupun bukan persembahan terbaik Chelsea), Chelsea sememangnya layak menang besar semalam. Walaupun pemain FCN membuatkannya nampak sukar tapi kita berjaya.

So Blues? Apa dalam fikiran anda?

Malaysian Blues secara keseluruhannya gembira dan berpuashati dengan kemenangan 4-0 ini. Ianya tak hadir dengan mudah walaupun pasukan yang The Blues tentang semalam boleh dikatakan atas kertas team underdog. Keputusan semalam mungkin boleh berakhir dengan keputusan seri jika Chelsea tak berhati-hati. Sehingga gol kedua tiba, FCN sememangnya liat dan mencabar untuk mendapatkan gol penyamaan. Yup, keputusan 4-0 mungkin tidak menggambarkan keseluruhan cerita tetapi kita pasti kita sememangnya lebih berhak dan layak menang dengan keputusan itu semalam.



Torres? Apa pandangan anda dengan permainannya semalam. Its simple. Secara personal boleh dikatakan Torre kelihatan lebih fokus dan yakin, dahagakan sesuatu dan bekerja keras untuk pasukan. Mungkin sentuhan penyudahnya perlu lebih digilap lagi untuk perlawanan akan datang tetapi keyakinan dan fokusnya cukup superb. Jika moralnya kekal ditahap terbaik dan terus berusaha, kita pasti musim ini adalah musimnya.  Kadangkala kita tidak lihat naluri striker dalam dirinya. Kadangkala dah macam playmaker.

So. Its done. Very well done. The scoreline spoke itself. Persiapan untuk perlawanan seterusnya? Yup, kita akan menentang Norwich City yang baru dibelasah Liverpool baru-baru ini. Malaysian Blues  tidak menjangkakan RDM akan membuat banyak perubahan rentak pasukan secara drastik untuk perlawanan ini.

Malaysian Blues MOTM - Juan Mata
Come on Blues. Looking forward next big win vs Norwich City.


Chelsea: Cech, Ivanovic, Cahill, Luiz, Cole, Ramires, Lampard (C), Mata (Mikel), Oscar, Moses (Hazard), Torres. sub: Turnbull, Azpilicueta, Terry, Bertrand, Romeu



Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE