Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Friday, October 12, 2012

BLOG VIEW: MISI MENUTUP AKAUN OKTOBER. CHELSEA FLYING?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:23 AM, under ,, | No comments

Salam to all...

Ada yang "blank" sebab tak ada match minggu ini? Hahahaha... rileks rileks, boleh layan semifinal Piala Malaysia. Team Malaysian Blues di Piala Malaysia, Johor FC dah tamat perjalanannya. Semifinal Selangor vs Kelantan dan ATM vs Lion XII. 

Alhamdulillah. Sebentar tadi selesai sudah pertarungan Askar Malaysia (ATM) vs Singapore. ATM telah menjalankan tugas yang penuh bermakna buat seluruh isi negara. Piala Malaysia sah akan kekal di Malaysia. Sama ada final ATM vs Selangor @ Kelantan, its doesnt matter. Apa-apa keputusannya, Malaysian Blues mendoakan yang terbaik. Hamba berkecuali dalam menyokong mana-mana team. "Mem" hamba ore kelate, anak-anak semua boleh kata sokong Selangor (sebab membesar dan sekolah di Selangor). Congratulation ATM. Good luck Selangor & Kelantan. Viva Johor FC & Johor FA... opss..



Ok Blues sekalian, awal musim ini Chelsea mempersembahkan satu permulaan yang membanggakan. King of Europe (Chelsea la tu) kini di tangga teratas liga EPL dan 4 mata diatas 2 pencabar terdekat dari Manchester. Selain itu Chelsea berada di tempat teratas kedudukan kumpulan E dalam Champions League selepas 2 perlawanan. Minggu ini tiada match... laluan untuk perlawanan antarabangsa.

Tak ramai antara kita yang meramalkan Chelsea berada dikedudukan ini sebelum ini. Kredit harus diberikan kepada pengurus RDM dan pemain-pemain. Kredit juga kepada beberapa pemain baru yang cukup pantas menyesuaikan diri dalam menghadapi musim baru ini. Sememangnya adalah mencabar bagi Chelsea dari segi jadual yang agak ketat dan jumlah perlawanan tetapi sebenarnya cabaran yang paling utama ialah bagaimana RDM sebagai manager mampu mengerah otak dengan idea-idea baru taktikal serta falsafah dalam pasukan yang hendak diterapkan dalam permainan. Bagaimana ianya dapat menghasilkan keputusan-keputusan yang baik untuk Chelsea. Setakat ini nampak semuanya berjalan lancar. Minggu-minggu akan datang cabaran pastinya lebih mencabar.


4-1 vs Norwich
Selepas kemenangan 4-1 dan persembahan yang positif menentang Norwich minggu lepas, amat menarik untuk didengar bila RDM mengatakan yang peminat The Blues akan dapat melihat lebih aksi dari beberapa pemain seperti Oriol Romeu, Azpilicueta, marko Marin dan Strurridge dalam minggu-minggu yang akan datang. Jelas dengan kenyataan ini, RDM sebenarnya tahu yang dari sekarang hingga bulan-bulan yang akan datang cabaran Chelsea akan lebih getir secara fizikal dan mental apatah lagi Chelsea sepanjang musim ini akan terus berusaha dan berjuang secara serius untuk merangkul seberapa banyak piala. Maka, semua pemain yang ada dalam pasukan akan pastinya digunapakai. Percaturan yang bijak dari RDM untuk mengurus dan memilih pemain secara rotation untuk perlawanan-perlawanan akan datang amatlah penting.

Dalam perlawanan menentang Wolves sebelum ini dalam League Cup yang mana kita membelasah mereka 6-0, dapat dilihat bagaimana persembahan Romeu dan Azpilicueta yang agak mengkagumkan. Dapat dilihat persefahaman yang baik antara mereka (mereka dua-dua Spanish). Dapat dilihat juga Romeu dalam passnya banyak mencari Azpilicueta. Romeu mempunyai gaya hantaran yang pelbagai serta bijak membaca perlawanan serta sentiasa alert. Azpilicueta pula mempamerkan kelajuan dan kepantasan dikakinya serta keupayaan hantaran lintang yang baik. Mereka berdua adalah aset yang bernilai buat Chelsea. Hanya permainan konsisten Mikel dan Ivanovic sahajalah ketika ini yang menghadkan kemunculan mereka berdua. Namun, dengan kebijaksanaan RDM... kita akan lihat mereka semua beraksi nanti.

Ok. Habis sahaja minggu perlawanan antarabangsa ini, Chelsea akan menghadapi satu set jadual yang agak tricky untuk ditangani. Dalam masa 11 hari sahaja. Mula-mula kita akan bertemu Spurs yang ketika ini berada dalam form yang baik. Kemudiannya Chelsea akan terbang jauh untuk perlawanan Champions League menentang Shaktar Donesk sebelum 2 perlawanan berturut-turut di Stamford Bridge melayan Man Utd untuk EPL dan League Cup. 
Banyak yang perlu difikirkan oleh RDM.

Spurs 
Apa yang paling penting untuk dilihat RDM dalam persediaan pertemuan ini ialah senjata utama mereka iaitu kepantasan 3 pemain hadapan mereka, Defoe, Lennon dan Bale. Bagi Malaysian Blues, penting untuk RDM melihat perkara ini dan bersedia untuk menghadkan keupayaan kepantasan Spurs ditempat mereka sendiri. Siapakah yang akan membarisi kesebelasan utama Chelsea. Mungkin, untuk berhadapan Bale disebelah kiri Azpilicueta boleh diturunkan. Bukan sahaja Azpilicueta pantas dengan kakinya tetapi naluri menyerang Azpilicueta boleh membuatkan Bale menghadkan pergerakan di kawasan mereka.  


Aaron Lennon, Spurs
Selain drp itu, ketika mereka menentang MU sebelum ini di Old Trafford, kita dapat lihat bagaimana Rio Ferdinand nampak sangat diperbudakkan oleh kepantasan Lennon. Bagaimana ruang yang ada terbuka disebabkan kepantasan Lennon. Apa yang penting disini, benteng defensive midfield Chelsea, Mikel dan Ramires perlu kekal disiplin dan fokus untuk membataskan pergerakan mereka. Pasangan centreback Luiz dan Cahill (anggap Terry tidak boleh diturunkan) juga mesti kukuh untuk sebab yang sama. 

Pemain midfield Spurs dari Brazil, Sandro juga perlu diperhatikan. Dia mempunyai gaya penguasaan bola yang baik dan dialah yang biasanya akan melakukan tugas memulakan pergerakan dari bahagian bawah. Oscar. Yup Oscar. Kita telah melihat bagaimana tugasan taktikal yang cukup cemerlang dilakukan Oscar sebelum ini dalam bahagian ini. Oscar adalah pilihan terbaik untuk RDM yang bagi melayan rakan senegaranya ini.

Shakhtar Donesk
Shaktar Donesk. Malaysian Blues tak tahu sangat pasal mereka. Apa yang penting percaya kepada diri sendiri dan tidak melakukan kesilapan. Dengarnya pasukan ini cukup skillful. Kita jangkakan tentangan sengit pasti diberikan lebih-lebih lagi bermain ditempat mereka. Walaupun begitu, mungkin RDM akan mengambil peluang merehatkan beberapa pemain dibarisan serangan untuk 1st eleven. Untuk mendapatkan keputusan yang diinginkan, disiplin dan kerja keras adalah asas yang paling penting. Tenaga baru memangnya perlu. Chelsea mesti menjaga ruang kosong mereka dengan lebih ketat dan mengambil kesempatan dengan serangan yang pantas. Utk itu, Malaysian Blues ingin melihat mungkin kepantasan Hazard, Moses dan Sturridge ~ 4-3-3? Yup, untuk perlawanan Champions League di tempat lawan, mungkin ini formasi yang sesuai. Barisan midfield mengekalkan shape di bahagian tengah, mengekalkan penguasaan bola, bertahan daripada overlapping dan kemudianya memberikan serangan balas yang benar-benar berkualiti dan pantas. RDM know it better.


EUFA CUP 2009 - Shakhtar Donesk
Man Utd

Man United dah kalah 2 kali dalam liga musim ini. Walaupun MU nampak seperti telah meningkatkan gear permainan mereka ketika menang dengan Newcastle tapi apa yang pasti barisan mereka ketika ini adalah barisan yang boleh sangat ditumpaskan. MU sebenarnya masih terkial-kial untuk menyelesaikan masalah di bahagian tengah dan paling utama di bahagian pertahanan mereka. Sudah beberapa kali musim ini kita dapat lihat pemain-pemain seperti Fellaini, Lambert dan Lennon berjaya mencipta hura-hara di bahagian ini. So, barisan serangan Chelsea perlu melihat bagaimana untuk mengeksploitasikan kelemahan ini dan mencipta huruhara dan masalah di bahagian pertahanan mereka. MU pastinya akan mencuba untuk merapatkan ruang-ruang kosong dan Chelsea seharusnya lebih bermain lebih terbuka. 



Kebelakangan ini MU mengadaptasikan midfield secara diamond dan menjadikan midfield mereka lebih mengecil dimana Evra dan Rafael biasa terpaksa bergerak lebih ke hadapan untuk membuat cover dan ini akan meninggalkan ruang yang luas dibahagian belakang mereka. Dalam beberapa pertemuan sebelum ini dengan Chelsea, Ferguson lebih menumpukan untuk penguasaan di bahagian tengah. Kalau dulu biasanya Park Ji Sung dan Valencia yang melakukan tugas ini iaitu menekan full back Chelsea. Apa yang ada sekarang tidak lagi. Mereka tidak ada pemain yang sesuai atau berupaya melakukan perkara yang sama ketika ini. Jangan lupa barisan serangan mereka juga, Ronney dan RVP. Bagi Chelsea, permainan tempo tinggi dan pantas dalam membuat hantaran, skill dan kepantasan serta gaya mengubah arah yang laju dan berkesan yang ditunjukkan setakat ini mungkin adalah senjata baru untuk meleraikan barisan pertahanan MU. 

Apa yang pasti, 4 match selepas ini (Spurs, Donesk dan MU 2 kali) akan benar-benar menguji mental dan fizikal setiap pemain Chelsea. Apa yang kita harapkan kita akan menutup bulan Oktober ini dan membuka akaun November dengan keputusan-keputusan yang membanggakan. Keep the blue flang flying high.
Note: beware... MU+FA England.


Malaysian Blues - The Chelsea FC


Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE