Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Thursday, November 1, 2012

BLOG VIEW: FA ENGLAND DENGKI DENGAN KEHEBATAN CHELSEA?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:22 AM, under , | 1 comment

Salam to all...

Chelsea ketika ini sedang berada dalam satu tempoh dimana begitu banyak perhatian daripada media dan peminat bolasepak. Ada dua perkara. Pertama yang menjadi bualan atau tumpuan media ketika ini ialah berkenaan persembahan menakjubkan yang dicemburui ramai dan yang keduanya ialah berkaitan isu-isu racism yang memberikan impak negatif kepada kelab.


Kes John Terry sepatutnya sudah lama dilupakan memandangkan insiden yang berlaku (jika ia benar-benar berlaku) sebenarnya sejak dari musim lepas lagi tetapi pihak FA hanya baru menjatuhkan hukumannya 2-3 minggu lepas. 

Kemudiannya FA beralih pula kepada Ashley Cole dan menggelar pemain ini sebagai penipu ketika memberi keterangan bagi pihak Terry. Ashley Cole yang mendengar tuduhan menipu ini naik berang dan melepaskan kemarahannya dlm akaun tweeter miliknya. Upah yang dia dapat dari FA... denda 40 ribu pound.

Kini, isu berkaitan racism ini timbul lagi menghantui The Blues. Lanjutan pertemuan Chelsea vs MU yang penuh kontroversi, Chelsea telah mengemukakan aduan rasmibahawa referee malam itu Mark Clattenburg telah menggunakan perkataan yang "kurang ajar" terhadap 2 pemain Chelsea manakala didakwa mengeluarkan kata-kata berbau perkauman kepada midfield Chelsea yang berasal dari Nigeria, Jon Obi Mikel.


So... apa pendapat anda?
Bagi Malaysian Blues, apa jua keadaannya... dalam isu terbaru ini pemain Chelsea yang terlibat mestilah diberikan layanan yang adil dan saksama biar apa juga keputusannya.

Jika dakwaan ke atas Mark Clattenburg ini di buktikan benar dan didapati bersalah menggunakan kata-kata kesat dan rasis ke atas pemain Chelsea maka sewajarnya hukuman yang berat perlu dikenakan (senang cerita... hilang kerjanya sebagai referee). Seperti yang dilaporkan media, rekod Glattenburg pun sebenarnya tak cukup baik. Dia pernah pecat sebagai pengadil pada bbrp tahun yang sudah sebelum diterima semula sebagai pengadill.

Yup... tak siapa pun tahu apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang diperkatakan oleh Mark Clattenburg sehingga Chelsea yakin untuk mengemukakan aduan rasmi terhadapnya.

Apapun, Malaysian Blues percaya pemain Chelsea yang terlibat dalam dakwaan ini pastinya bukan suka-suka untuk menuduh kerana isu rasis ini cukup sensitif dalam bolasepak England. Maka, KECUALI pihak FA berterusan menganggap semua pemain Chelsea adalah PENIPU maka mereka seharusnya menekankan penyiasatan yang menyeluruh kepada pihak yang tertuduh dan bukannya kepada semua orang yang berkaitan dengan Chelsea. Hukuman paling berat perlu dikenakan jika ianya dibuktikan.

Apa kata anda? Kerana pasukan kita ini power dan namanya Chelsea maka... fair treatment kepada Chelsea  dan pemainnya dari FA England adalah sukar untuk dijangkakan... Entahlah...

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

1 comments:

Howdy! This article could not be written any better!
Reading through this article reminds me of my previous roommate!
He continually kept talking about this. I most certainly will send this information to him.
Pretty sure he will have a great read. Thank you for sharing!


Here is my web page; South Miami Heights Professional Roofing Companies

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE

Kisah Lama

Archives