Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Wednesday, November 14, 2012

BLOG VIEW: DANIEL STURRIDGE.. RDM PATUT BERI PELUANG?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 2:54 AM, under , | No comments

Salam to all Blues...

Suatu perkara yang selalu bermain diminda Malaysian Blues setiap kali perlawanan Chelsea ialah bagaimana pertahanan Chelsea akan menjadi lebih mantap dan bagaimana penyerang utama yang diturunkan akan meledak gol untuk Chelsea.


Musim-musim sebelum ini pertahanan Chelsea adalah pertahanan yang paling mantap di EPL. Setuju? Yup... musim ini barisan pertahanan Chelsea juga bagus... Terry, Cahill, Luiz, Ivanovic, Cole adalah nama-nama besar yang mengendali pertahanan Chelsea. Malang bagi kita ketiadaan Terry dan Cole dalam beberapa perlawanan ini menyebabkan kita bolos agak banyak gol. Adakah ketiadaan mereka merupakan puncanya? Harap RDM ada resepi untuk ini.

Ok... fokus Malaysian Blues bukan berkenaan pertahanan tetapi kali ini lebih kepada peledak gol buat Chelsea. Malaysian Blues sebenarnya tertarik dengan beberapa laporan di internet berkenaan Daniel Sturridge yang mengatakan jika dia diberikan lebih peluang untuk bermain dia mampu untuk meledakkan sekurang-kurangnya 20 gol buat Chelsea. Secara jujurnya, Malaysian Blues kagum dengan keyakinannya. Inilah konfiden yang diperlukan dari seorang penyerang. Jika dulu setiap kali Chelsea turun dengan Drogba, kita dapat merasakan gol darinya akan hadir tetapi sekarang ini kita tidak pasti siapakah yang akan menjaringkan gol... Torres? Mata? Oscar? Ramires? Cahill? Ivanovic? Sehingga kini joint top scorer bagi Chelsea ialah 7 gol dikongsi Mata (17 perlawanan) dan Torres (18 perlawanan) bagi semua kejohanan.


Apa yang dimahukan oleh Sturridge ialah kepercayaan dari RDM untuk turun kegelanggang lebih masa untuk dia membuktikan keupayaannya. Sama ada kita sedar atau tidak, 11 daripada 12 penglibatan Sturridge dalam perlawanan Chelsea musim ini hanya bermula dari bangku simpanan. Boleh kata dalam 10-20 minit terakhir permainan. Dia hanya bermain 1st eleven dalam perlawanan Capital One Cup menentang MU yang mana dia menjaringkan gol ketika extra time yang memberikan kemenangan 5-4.

Sturridge merupakan pemain regular ketika era pendek AVB dan menjaringkan 13 gol sehinggalah RDM mengambil alih pasukan. Dia menjaringkan 8 gol untuk Bolton ketika dipinjamkan setengah musim pada 2010/11. Apapun, biarpun terpaksa lebih memanaskan bangku simpanan, pemain 23 tahun ini menyatakan keyakinannya untuk menjaringkan gol jika diberikan lebih peluang bermain.


APA PANDANGAN ANDA? Adakah Daniel Sturridge patut diberikan peluang yang lebih untuk membuktikan keupayaannya? Dengan keadaan sentuhan gol Torres semakin hari semakin sukar untuk diharapkan. Yup, bagi Malaysian Blues,  kita tahu apa yang boleh dilakukan olehnya tetapi kita jarang sekali dapat melihatnya. Mungkin jika dilihat dari performancenya  ketika menentang MU dalam Capital One Cup sememangnya cukup baik tetapi ada masanya kadangkala sikapnya mengecewakan kita.

Ok, Chelsea ketika ini sedang hebat dikaitkan dengan beberapa pemain termasuk Falcao, Bony dan beberapa nama lain untuk musim perpindahan Januari (Yup! Malaysian Blues mengharapkan sangat) untuk memberikan persaingan kepada Torres untuk menjaringkan gol secara regular basis setiap minggu dan secara konsisten. Kadangkala Malaysian Blues terfikir adakah jawapan kepada masalah penjaring gol berbisa yang dihadapi RDM ketika ini sebenarnya ada dihadapannya... Daniel Sturridge? Victor Moses?

@ Bolton
Malaysian Blues percaya anda akan bersetuju jika Malaysian Blues katakan Daniel Sturridge AKAN menjaringkan gol untuk Chelsea bila mana dia bermain dengan keupayaan sebenarnya. Dia telah membuktikannya ketika separuh musim dibawah AVB dan ketika di dipinjamkan di Bolton sebelum ini cuma hakikatnya hari ini kadangkala Sturridge selalu sangat mencuba melakukan sesuatu yang sukar dalam permainannya.

Dia kadangkala melakukan shoots dari sudut yang tak masuk akal. Dilihat kadangkala tamak dan tidak mahu memberikan lorongan bola kepada rakan pasukan yang berada di posisi yang lebih baik untuk score dan ini mengecewakan kita. Tetapi, ada ketikanya bila masanya dia menggunakan naluri penyerangnya dan membuatkannya simple... dari mata Malaysian Blues,  inilah waktunya dia cukup-cukup efektif. Lihat gol ini... bila dia menggunakan instinct striker yang ada dalam dirinya...


Apa yang dapat kita lihat?... Sturridge mendapat satu peluang yang datang secara tiba-tiba (kesilapan pertahanan) dan dia bergerak dengan pantas untuk menguasai bola dan memperdayakan keeper dan menjaringkan gol. Dia mempunyai sedikit masa untuk berfikir dan terus menjaringkan gol. Malaysian Blues boleh katakan Sturridge hanya perlukan sesuatu yang simple dan tidak merumitkan pergerakannya untuk menjaringkan gol.

OK. Segalanya di tangan RDM ketika ini. Adakah RDM cukup berani untuk memberi peluang yang sama seperti peluang yang diberikan untuk Torres kepada Sturridge? Perlawanan seterusnya menentang West Brom sememangnya cukup penting buat Chelsea selepas hanya sekadar seri dalam 2 perlawanan terakhir liga. Adakah ini masa sesuai untuk Sturridge mendapat aksinya dan memberikan "sedikit rehat" buat Torres?

Ini kata-kata Strurridge yang menjawab pertanyaan adakah dia mampu menjaringkan 20 gol semusim...


Last sekali... apa pandangan anda? Adakah anda bersetuju dengan memberikan lebih peluang bermain, Sturridge akan dapat menjaringkan gol seperti awal musim lepas (13 gol) ? Dan akhirnya memberikan sekurang-kurangnya 20 gol untuk Chelsea musim ini? Dia menjaringkan 2 gol setakat ini untuk 12 perlawanan yang mana 11 daripadanya bermula di bangku simpanan.

Khabar angin Januari Sturridge akan berhijrah ke Liverpool? Malaysian Blues mengharapkan ianya tidak berlaku. Banyak yang mampu diberikan oleh pemain muda ini. Bulan Januari tak lama lagi... adakah kita akan mendapat sekurang-kurangnya seorang penyerang prolific yang berbisa dihadapan gol Januari nanti? Yup, MALAYSIAN BLUES mengharapkan sangat. 

Ok... layan Sturridge 2011/12... goal & assist.


MALAYSIAN BLUES NOTE: Sturridge perlu diberikan peluang yang sama dengan Torres at least sehingga kita dapat seseorang Januari nanti.

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE

Kisah Lama

Archives