Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Thursday, November 8, 2012

MISI AFF 2012: 2 MINGGU SAHAJA LAGI... THAILAND 2 - MALAYSIA 0

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 12:39 AM, under ,, | No comments

Salam to all...


Sejuk malam ni. Hujan dah berhenti. Mungkin jap lagi hujan turun lagi... sekarangkan musim hujan. Harap dapat sejukkan hati...

Sama ada kita sedar atau tidak, setiap jiwa Malaysia yang minat bola (termasuk sikit-sikit minat bola) sejak dari 2-3 hari lepas tertunggu-tunggu perlawanan Thailand - Malaysia sebentar tadi. Ramai yang balik kerja awal hari ini semata-mata untuk tengok bola dikaca TV. Lagi-lagi musim AFF Suzuki 2012 lebih kurang 2 minggu sahaja lagi nak sampai. Di kedai-kedai mamak penuh sesak org tengok bola.

Ok... pendekkan cerita. Selepas perlawanan malam ini... org masih bercerita tentang bola. Tapi nada bunyinya cukup berbeza. Manakan tidak, apa yang diharapkan dari Juara Bertahan tidak kesampaian.  Selepas dimalukan dengan Vietnam 2-0 dulu, peminat mengharapkan satu tindak balas dari Harimau Malaya untuk kembali ke landasan kemenangan tetapi malangnya masih buntu keputusannya. Tewas 0-1 di tangan Vietnam beberapa hari sudah, malam ini kita disajikan pula dengan kekalahan terbaru dengan Thailand 2-0. 

Letih nak perah otak nak bercerita malam ni. Mood agak sejuk mungkin sebab cuaca sejuk. Hakikatnya kekalahan kali ini amat memalukan bukan setakat hanya kalah 2-0 tetapi kalah teruk dalam permainan. Dalam satu keadaan Thailand menguasai 60% possesion dalam permainan. Entah apa yang bermain dalam kepala Datuk K... kita tak tahu. Eksperimen? Eksperimen? Apa yang pasti rangking akan jatuh lagi selepas ini. Apapun ini lah team kita... (walaupun Malaysian Blues merasakan bukan team terkuat diturunkan)



Come on la... 2 defensive midfielder untuk support Mat Yo dan Safee Sali. Where on earth pasukan yang meletakkan 2 defensive midfielder di belakang foward bila menentang team rival yang atas kertas kekuatannya 50:50. Hanya team Malaysia persembahan Datuk K. Secara keseluruhannya, Harimau Malaya malam ini mempersembahkan satu permainan yang cukup melemaskan peminat. Ketiadaan inovasi, kreativiti dam kurang kekuatan dalam diri. Mereka terlalu mudah sangat melepaskan possesion bola. 

Oklah, Malaysian Blues taknak komen panjang tentang perlawanan ini. Apa yang penting sekali kita harapkan K Rajagopal dalam kepalanya tahu apa yang dia lakukan. Akhirnya... untuk Malaysia melihat apa juga peluang mempertahankan kejuaraan, sesuatu MESTI dilakukan. SEGERA!.... No more eksperimen la....MALAYSIA BOLEH...

Malaysian Blues note - ketiadaan Safiq Rahim kepada Harimau Malaya seperti tiadanya Juan Mata kepada Chelsea.

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE

Kisah Lama

Archives