Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Tuesday, November 20, 2012

BLOG VIEW: CHAMPIONS LEAGUE - OSCAR vs PIRLO

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 2:30 AM, under , | No comments

Salam to all...

Malaysian Blues - Tiada keraguan. Perlawanan menentang Juventus pagi Rabu adalah perlawanan yang mesti dimenangi Chelsea. Tanpa alasan. Chelsea perlu dan mesti menang untuk memastikan kita tidak menjadi juara bertahan Champions League pertama yang tersingkir diperingkat kumpulan. Jika Chelsea berjaya mendapat 3 mata penuh di Turin maka perjalanan Chelsea untuk ke pusingan seterusnya akan lebih jelas memandangkan perlawanan terakhir kita menentang Nordjeland di Stamford Bridge (kita tewaskan mereka away 4-0 bulan lepas). Tiada keputusan lain selain kemenangan diperlukan.

Oscar vs Pirlo
Apa yang kita dapat lihat tentang Juventus? Bagaimana kekuatan bakal pasukan yang kita akan hadapi esok? Apa taktikal yang perlu dilakukan oleh RDM dalam menghadapi Juventus? Ok. Dalam setiap fokus perancangan taktikal untuk perlawanan menentang Juventus ialah bagaimana Chelsea perlu mematikan pengaruh midfielder berpengalaman mereka Andrea Pirlo.

Andrea Pirlo. Dibiarkan tanpa marking yang betul, pemain tengah Itali ini adalah salah seorang long-range passer yang cukup cemerlang. Beroperasi dengan 3 pemain midfield, permainan dibahagian tengah dalam memberikan tekanan kepada pihak lawan dan hantaran-hantaran biasanya akan melalui kepintaran Pirlo. Playmaker pengalaman ini cukup berbahaya merancang. Ada sesiapa menonton Serie A Juventus vs Lazio minggu lepas? Dengan ketiadaan Pirlo, pemain muda yang menggantikannya Paul Pogba gagal untuk menggerakkan bahagian tengah Juventus dan gagal menembusi pertahanan kental Lazio. Pirlo pasti diturunkan dalam perlawanan menentang Chelsea. Juventus juga berada dalam kedudukan mesti menang dalam perlawanan ini. Chelsea mampu menanganinya? Di Turin?


Ok, jika perlawanan Champions League sebelum ini antara Chelsea dan Juventus yang berkesudahan 2-2 dilihat semula, sebenarnya Chelsea telah melakukan sesuatu yang betul dan memang jelas, dengan adanya seorang midfield yang bekerja keras untuk membuat marking ke atas Pirlo, kelemahan pemain ini akan dapat didedahkan dengan mudah. Dia akan bermasalah untuk mencari ruang yang kemudiannya merencatkan tempo permainannya. Keputusannya, pasukannya akan pasti bermasalah.

Strategi ini adalah sebahagian strategi penting untuk RDM terapkan (jangan lupa bahagian lain). Kita perlukan pemain yang benar-benar berdisiplin sepanjang permainan untuk memberikan tekanan berterusan kepada Pirlo dalam permainan. Oscar. Oscar adalah seorang pemain yang berkemampuan mematikan rentak permainan Pirlo. Dia berperanan besar merencatkan pergerakan Pirlo dalam perlawanan pertama sebelum ini. Yup, kita takkan lupa tentang 2 gol yang dijaringkan Oscar dalam perlawanan tersebut tetapi apa yang lebih bermakna bagaimana permainan berdisiplin Oscar berjaya melakukannya. Hanya gol dari kesilapan saat akhir dari Mikel memyebabkan kita sekadar seri 2-2 di Stamford Bridge.


Apa yang pasti, RDM akan menggunakan Oscar sekali lagi dalam perlawanan penting ini. Oscar digunakan secara ekslusif sebagai central player dalam formasi 4-2-3-1 Chelsea selepas perlawanan tersebut. Pirlo akan bermain dalam zon yang lebih dalam kebelakang berhampiran 3 pertahanan Juventus. Ini bermakna, Oscar boleh bermain secara serangan 3 penjuru. Memastikan midfield Juventus hilang penguasaan bola dan mengambil peluang untuk melepasi Pirlo ketika melakukan counter attack.

Hakikatnya Pirlo sebenarnya tidak cukup mantap dalam permainan defensive. Dengan RDM jelas menyatakan akan melakukan sentuhan taktik lebih konservatif dalam perlawanan iaitu dengan memantapkan barisan pertahanan, disiplin dan attitude pemain perlu ditahap yang terbaik untuk memusnahkan Juventus di tempat mereka. Dengan kedudukan pasukan dalam kumpulan E masih terbuka antara S.Donestk, Chelsea dan Juventus, penguasaan Oscar ke atas Pirlo menjadi amat penting.

No JT..
Bagaimana pula bahagian lain? Pertahanan? John Terry masih tiada untuk memimpin dan barisan pertahanan kita sekarang kelihatan agak goyah. Kita melepaskan banyak gol dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Ashley Cole belum pasti dapat diturunkan. Adakah Bertrand mampu melakukan yang lebih baik berbanding ketika perlawanan dengan West Brom di bahagian kiri? David Luiz perlu lebih berdispilin. Malaysian Blues yakin Gary Cahill, Ivanovic akan dapat melakukan yang terbaik. Azpilicueta di sebelah kanan? Diharapkan RDM sudah menemui ramuan yang mujarab untuk mengatasi masalah dibahagian pertahanan. Mikel dan Ramires juga diharap dapat melakukan sesuatu lebih bermakna dalam perlawanan ini.


Gol? Yup... inilah yang kita mahukan. Bagi Malaysian Blues, Sturridge adalah pilihan terbaik untuk mengisi slot lone striker di hadapan Oscar, Mata dan Hazard (atau Marin/Moses). Maaflah, Malaysian Blues sudah tak berharap dengan Torres. Sememangnya Sturridge gagal menemui sentuhannya dalam perlawanan West Brom dengan beberapa peluang gol dilepaskan. Tetapi dengan apa yang ditunjukkan dalam perlawanan itu berbanding Torres, Malaysian Blues merasakan Sturridge lebih berhak untuk memulakan perlawanan malam esok.

Ini pilihan Malaysian Blues untuk 1st eleven menentang Juventus:
Cech
Ivanovic - Cahill - Luiz - Bertrand (A.Cole)
Ramires - Mikel
Mata - Oscar - Hazard
Sturridge

Malaysian Blues: Tak kisahlah macamana - yang penting mesti menang!


Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE

Kisah Lama

Archives